Pagi itu Alif mundar mandir gelisah. Dia tak boleh tidur mengenangkan apa yang berlaku malam semalam. Dia teringat-ingat kejadian semalam dia tidak fokus memikirkan tentang gelang yang hilang tiba-tiba keretanya terlanggar seseorang hingga terpelanting.
"Alamak, aku langgar orang!" Jerit Alif
Kerana ketakutan dia memecut meninggalkan tempat kejadian. Namun dia rasa bersalah lalu berpatah semula ke tempat kejadian dan berhenti di bahu jalan jauh dari tempat kejadian. Dia berjalan kaki ke arah McDonalds dan mendapati orang yang dia langgar ialah Harith. Dia melihat Harith bangkit menuju ke motornya dan beredar dari tempat itu. Alif lega melihat Harith tidak ada luka parah. Namun rasa bersalah menguasai dirinya.
"You kenapa macam cacing kepanasan je!" Tegur Adib
"I nervous event next week. Banyak benda tak settle lagi" Alif cuba menipu
"Betul ni?" Kata Adib
"Betul, dah sayang cepat pergi kerja. I hantar" Alif cuba menukar topik
Selesai bersiap keluar dari rumah hendak masuk ke kereta Adib perasan sesuatu
"Kenapa bumper you ni kemek?" Soal Adib
Alif berasa gementar. Adib mengusap bahagian yang kemek dengan tapak tangannya. Dia melihat kesan percikan warna coklat pada bahagian kemek.
"Apa dah jadi ni?" Soal Adib lagi
"I terlanggar kucing semalam" Alif masih menipu
"Sebab tu you tak senang duduk? Takut kena badi kucing la tu!" Kata Adib
"Dah jom gerak!" Ajak Alif
Selepas mereka masuk ke dalam kereta, Alif memecut laju menuju ke Sri Pentas.
...........
Zohar tiba di hospital. Syed Faisal terkejut melihat kelibat Zohar
"Macam mana keadaan Harith?" Soal Zohar
"Macam mana kau tahu Harith Accident?" Soal Syed Faisal curiga
"Syanim inform saya!" Jawab Zohar
"Macam mana kau kenal Syanim?" Soal Syed Faisal lagi
"Jumpa dia dekat rumah Harith waktu dia return kereta Harith" Jawab Zohar
Tidak lama kemudian seorang jururawat muncul
"Siapa ayah Harith?" Soal jururawat tersebut
"Saya!" Jawab Syed Faisal dan Zohar serentak
Syed Faisal merenung Zohar tajam
"Sorry teremosi, saya ayah angkat Harith je" Kata Zohar
"Saya ayah sebenar Harith" Kata Syed Faisal
"Kalau macam tu encik berdua ikut saya jumpa doktor" Kata jururawat tersebut
Zohar dan Syed Faisal dibawa ke bilik doktor. Setelah mengambil tempat duduk doktor memulakan bicara.
"Siapa bapa Harith?" Soal Doktor
"Saya doktor!" Jawab Syed Faisal laju
"Sebenarnya kodisi Harith agak teruk, mungkin ada pendarahan dalaman. Saya nak mintak consent dari encik untuk buat pembedahan dengan risiko 50-50" Terang doktor
"Maksudnya?" Soal Zohar
"Kalau pembedahan ni berjaya mungkin Harith boleh diselamatkan kalau tidak kami hanya mampu berusaha sahaja" Jawab Doktor
"Tidak!" Zohar meraung
"Bertenang Zohar!" Pujuk Syed Faisal
"Semua ni salah aku. Kalau aku balik malam semalam mesti Harith tak rasa risau. Confirm dia tak accident" Keluh Zohar
"Maksud kau?" Soal Syed Faisal
"Semalam aku accident. Aku inform Harith tak balik rumah dia. Dia mesej tanya aku kat mana sebab risau. Tapi aku tak reply sebab tak nak susahkan dia" Rintih Zohar
"Sabar Zohar, benda dah jadi" Pujuk Syed Faisal
"Kami berusaha yang terbaik. Encik boleh sign borang consent ni" Kata doktor itu menghulurkan borang perakuan kebenaran.
Syed Faisal menandatangani borang tersebut lalu membawa Zohar keluar. Zohar keluar dengan pandangan kosong manakala Syed Faisal tampak sugul.
"Papa, abang Zohar, Doktor cakap apa?" Soal Syanim
"Harith ada internal bleeding. Kena operate. Chance 50-50" Jawab Syed Faisal
Syanim dan Hadeeqah berpelukan menangis. Syed Faisal memberi mesej whatsapp kepada Adam untuk memberitahu situasi Harith.
"Zohar, kenapa kau mengaku kau bapak dia?" Soal Syed Faisal
Zohar tergamam. Dia tidak ada kekuatan untuk memberitahu kebenaran
"Sebab aku dengan Harith dan rapat macam anak sendiri" Jawab Zohar lemah
"Kau memang selalu tidur rumah Harith ye?" Soal Syed Faisal lagi
"Betul, cuma dua hari lepas je aku tak tidur rumah Harith" Jawab Zohar
Zohar berasa kesal kerana ikutkan nafsu dia bakal kehilangan anak kandungnya sendiri.
YOU ARE READING
Sengsara: Kasih Terlarang
FantasyKisah cinta tiga segi antara Naim, Yasfar dan Syanim menimbulkan pelbagai konflik yang membawa mereka kepada kebenaran yang mengejutkan.