"Encik tolong jangan, sakit!" Jerit Yasfar
"Kau diam!" Jerkah Syed
"Arrrrrgh!" Yasfar meraung
Yasfar terjaga dari lenanya. Tubuhnya dibanjiri peluh hingga membasahi tilamnya hingga lencun.
"Mimpi rupanya" Keluh Yasfar lega
Yasfar berasa hairan dengan mimpinya itu setahu dia selepas makan tengah hari dengan Encik Ezzul dan Encik Syed, dia terus pulang ke rumah.
"Apa hal aku mimpi kena liwat pulak ni?" Kata Yasfar kepada dirinya.
Dia menggapai tuala lalu bangkit ke bilik mandi. Selesai mandi dia menerima mesej Whatsapp dari Syanim
'Bie, lepas bukak kedai nanti teman I lunch kat Cafe Jibril'
Yasfar membalas mesej tersebut
'Sayang nak Bie jemput ke?'
Tak lama kemudian dia menerima mesej balasan dari Syanim
'Bie datang direct sana. I nak jumpa kat client dulu kat sana'
Yasfar bersiap menuju ke kedai tempat dia berniaga. Tugasnya hanya memantau pekerja bawahannya melakukan urus niaga. Sebaik sahaja sampai kelihatan semua pekerjanya sibuk dengan tugas masing-masing. Tiba-tiba ada wanita menghampiri kaunter pesanan
"Dik, sini ada jual kebab kan?" Soal wanita itu
'"Eh tak! Sini jual pisang cheese kak!" Jawab Yasfar
"Bukan adik ke yang dekat tiktok jual kebab tu?" Soal wanita itu semula
"Saya tak pernah jual kebab kak, saya jual pisang cheese. kat tiktok pun saya promote pisang cheese" Terang Yasfar
"Muka adik sebiji kat tiktok jual kebab tu. Tak pe la pisang cheese pun jadi la" Kata wanita itu kesal
"Akak nak flavour apa?" Soal Yasfar balik
"Bagi flavour biasa la" Jawab wanita itu
Memandangkan Yasfar tinggi ada menu besar menghalang pengelihatannya, Yasfar membongkokkan sedikit tubuhnya ke sebelah kiri.
"Biasa maksudnya?" Soal Yasfar
"Alah flavour yang biasa la dik" Kata wanita itu tertawa kecil
Yasfar menjadi keliru.
"Bang, dia nak yang plain" Pekerjanya membisikkan ke telinganya
Yasfar baru faham dan berasa kesal kerana lambat tangkap kehendak pelanggan.
"Baik kak!" Kata Yasfar ringkas
Yasfar berpesan kepada pekerjanya supaya menyediakan pesanan wanita itu kerana dia hendak pergi ke Kafe Jibril di Bangi. Perjalanan dari kedainya di Kajang memakan masa 20 minit.
..............
Sementara menunggu Yasfar di Kafe Jibril, Syanim tersempak dengan Naim di kafe tersebut.
"Hei, Naim!" Jerit Syanim
Naim melihat sekeliling mencari punca suara. Matanya tertumpu kepada gadis yang dia pernah lihat sebelum ini sedang melambai kepadanya.
"Naim, sini sekejap!" Arah Syanim sambil duduk di kerusi melambai ke arah Naim
Naim menghampiri Syanim dengan muka bengis
"Kau nak apa lagi?" Soal Naim kasar
"Jangan la marah. I nak mintak maaf dekat you pasal hari tu. sorry tau!" Kata Syanim lembut
"Ok, saya maafkan. Boyfriend you mana?" Soal Naim
"Belum sampai, boleh temankan I sekejap tak. I belanja you coffee" Ajak Syanim
"Saya nak pergi kerja la" Naim menolak ajakan tersebut
"Ala, sekejap je. Nanti BF I sampai you gerak la" Pujuk Syanim
"Ok, sekejap je tau!" Naim termakan pujukan Syanim
Setelah setengah jam berbual bersama Syanim, Naim meminta diri
"I nak gerak dulu, nanti marah staff I!" Kata Naim
"You kerja dekat mana?" Soal Syanim
"I bukak kedai kebab dekat area Bangi ni je. Dekat dengan Restoran Barra dekat seksyen 6" Jawab Naim
"You tinggalkan nombor contact mana tahu I dengan BF I boleh datang try kebab you" Kata Syanim
"Ok ni nombor I, nak datang nanti call tau!" kata Naim sambil menaip nombor di telefon bimbit Syanim.
YOU ARE READING
Sengsara: Kasih Terlarang
FantasyKisah cinta tiga segi antara Naim, Yasfar dan Syanim menimbulkan pelbagai konflik yang membawa mereka kepada kebenaran yang mengejutkan.