Setelah puas bertekak dengan pegawal akhirnya Yasfar dibenarkan melawat Harith. Harith masih belum sedar. Hanya ada Hadeeqah setia di sisi Harith.
"Saya mintak maaf pasal hari tu" Kata Yasfar
"Tak apa la, benda dah jadi. Kesian kat Sya!" Balas Hadeeqah sambil merenung Harith
"Masalahnya dia sendiri yang curang dengan Naim. Mana saya tak marah?" Yasfar cuba pertahankan diri.
"Tapi awak dengan Naim? Semata-mata kawan atau lebih dari tu?" Soal Hadeeqah
Yasfar terkedu dengan soalan Hadeeqah
"Saya rasa better awak jauhkan diri dari Sya. Biar dia sendiri je" Nasihat Hadeeqah
"Tapi..."
Belum sempat Yasfar menjawab, Hadeeqah memotong kata-kata Yasfar
"Awak tau kan Sya tengah sedih. Abang dia koma lagi. Takkan awak tak boleh fikir?" Tegur Hadeeqah
Yasfar tertunduk malu.
"Saya nak apa-apa Harith dah buat kat awak, awak maafkan dia" Kata Hadeeqah lagi
"Saya dah maafkan Harith!" Balas Yasfar
Tiba-tiba ada jururawat masuk membawa sebuah bakul berisi pakaian Harith. Tiba-tiba mata Yasfar terpaku kepada gelang hitam yang amat dia kenal terletak di atas pakaian Harith. Dia membelek gelang tersebut.
"Gelang ni macam gelang saya ni. Mana Harith dapat?" Yasfar berkata seorang diri
"Gelang ni gelang awak ke?" Soal Hadeeqah
"Ya, ni gelang Abah saya bagi. Lepas viral gelang ni dah hilang dah" Kata Yasfar
"Bagi sini!" Pinta Hadeeqah.
Yasfar menyerahkan gelang tersebut. Mata Hadeeqah terpaku pada tulisan Hadib bin Aidil Edzihar
"Awak kenal ke nama kat gelang ni?" Soal Hadeeqah
"Tak kenal. Cuma dulu waktu kecik kalau dengar bunyi kereta, saya takut sangat sampai lari bawah katil menyorok. Bila abah bagi gelang ni baru saya tenang. Saya memang simpan gelang ni tak tau macam mana Harith boleh dapat" Kata Yasfar
"Macam tu" Kata Hadeeqah
Tiba-tiba kedengaran suara orang merintih
"Abah kat mana? Hizzul kenapa tak jawab call"
Yasfar dan Hadeeqah segera memanggil doktor. Doktor memeriksa Harith. Harith sudah mula sedar.
"Iqa, Papa mana?" Soal Harith merengek
"Papa kejap lagi sampai!" Jawab Hadeeqah
Tak lama kemudian Syed Faisal muncul bersama Zohar. Yasfar terkejut melihat kehadiran Zohar.
"Abah pergi mana? Abah ok tak accident?" Soal Harith kepada Zohar
"Abah ok nak, maafkan abah nak tak jawab call masa tu" Jawab Zohar
Yasfar tertunduk rasa bersalah. Dia tersedar Harith kemalangan sebab Zohar bermalam di rumahnya.
"Harith, Zohar ni abah kamu?" Soal Syed Faisal terkejut
Harith menganggukkan kepala. Hadeeqah terkejut mendengar kata-kata Harith.
"Jadi awak ni Aidil?" Soal Hadeeqah
"Ya sayalah Aidil Edzihar, ayah Harith hmmm actually Halif" Kata Zohar tenang
Berderau darah Hadeeqah mendengar kata-kata Zohar. Syed Faisal terlopong
"Jadi awak la Aidil Edizhar dekat gelang ni?" Sampuk Yasfar sambil menunjukkan gelang yang dipegangnya
"Ya sayalah tu" Jawab Zohar
"Far, tolong pulangkan balik gelang tu" Pinta Harith
"Maaf Harith. gelang ni saya punya, abah saya bagi saya dari kecik lagi" Jawab Yasfar
"Yasfar, gelang tu bukan milik awak!" Tegur Zohar
"Maaf, saya simpan gelang ni dari kecik. Saya tak tau gelang ni orang punya" Jawab Yasfar lalu menyerahkan gelang tersebut kepada Zohar
"Tolong jaga Harith baik-baik. Pasal hari tu saya mintak maaf" Kata Yasfar
"Mintak maaf pasal apa?" Soal Syed Faisal
"Kalau saya tak almost accident dengan encik Zohar mungkin dia tak perlu bermalam kat rumah saya. Dah tentu Harith tak accident macam ni. Saya mintak maaf sebab menyusahkan keluarga awak" Kata Yasfar berlalu pergi.
Sebaik keluar dari wad dia bertembung dengan Ezzul yang sedang panik. Kelihatan sekujur tubuh atas sedang disorong ke wad kecemasan.
"Kenapa dengan Naim?" Soal Yasfar
"Dia pitam lepas saya bagitahu siapa dirinya sebenar" Kata Ezzul
"Saya tak faham" kata Yasfar
"Naim sebenarnya adalah Hizzul dan kamu adalah Hadib kembar dia" Kata Ezzul
"Apa ni saya yak faham!" Yasfar semakin bercelaru
"Kau dengan Naim tu kembar. Adam ambik kau jadi anak angkat. Dan bapak kandung kau nama dia Aidil" Kata
"Aidil Bapak siapa?" Sampuk Syanim yang baru tiba.
Yasfar dan Ezzul terkejut serentak
"Aidil, bapak Naim dengan Yasfar" Jawab Ezzul tenang
Syanim tersentak mendengar kata-kata itu
YOU ARE READING
Sengsara: Kasih Terlarang
FantasyKisah cinta tiga segi antara Naim, Yasfar dan Syanim menimbulkan pelbagai konflik yang membawa mereka kepada kebenaran yang mengejutkan.