Syed Faisal bertemu dengan Adam dan Ezzul di kafe Jibril Publika.
"Macam mana Aidil hidup lagi?" Soal Ezzul
"Mana aku tau. Aku pun baru tau kat hospital" Jawab Syed Faisal
"Aku risau la Aidil sebenarnya nak balas dendam dengan kita" Sampuk Adam
"Mustahil dia tahu pasal tu!" Balas Syed Faisal
"Are you sure dia tak tau plan kita?" Soal Ezzul
"Entah la aku agak je sebab dalam panik tu takkan dia nak cam siapa yang buat dia accident" Jawab Syed Faisal yakin
"Masalah dia kenapa dia kena menyamar jadi Zohar? Kau tak pelik ke?" Ezzul cuba memberi amaran kepada Syed Faisal
"Betul, dan macam mana Harith jumpa bapak dia balik?" Sampuk Adam
Syed Faisal mula berasa tertekan
"Jadi aku nak buat apa? Nak bagitau kita upah orang potong kereta dia sampai accident?" Jawab Syed Faisal
"Kau dah gila nak bagitau dia? Bukan ke plan kita cuma nak share saham dia je?" Kata Adam
"Memang la aku gunakan dia sebab dia percayakan aku untuk uruskan saham dia. Tapi aku tak sangka plan kita nak bunuh dia tak jadi. 19 tahun aku ingat dia dah mati. Harith dengan Syanim tu aku dah anggap macam anak sendiri. Aku takkan lepaskan Harith dengan Syanim macam tu je" Terang Syed Faisal
"Ok sekarang ni pasal saham kita bertiga je yang tahu. Tapi kalau dia tahu siapa yang buat dia accident masak kita" Kata Ezzul
"Kita kena hapuskan Zohar!" Kata Adam
Syed Faisal terasa berat hati. Dia tidak mahu mengulangi jenayah lampau yang dia lakukan. Tanpa mereka sedar Zohar turut berada di kafe tersebut duduk di meja yang terlindung dari pandangan mendengar perbualan mereka.
..........
Doktor melawat Harith di bilik wad
"Encik macam mana, ada rasa ok?" Soal Doktor
"Ok la cuma selalu pening-pening, rasa nak demam" Jawab Harith
"Encik ada makan ubat yang nurse bagi?" Soal doktor
"Saya makan je ubat yang misi bagi" Jawab Harith
"Since encik ada rasa nak demam, encik kena stay kat sini sampai condition encik stabil. Kita akan monitor apa-apa reaksi pada tubuh encik" Kata doktor itu
"Memang tak boleh balik ke?" Soal Harith
"Tak boleh selagi condition encik belum stabil" Kata doktor
Setelah doktor beredar Harith termenung sendirian. Hatinya meronta-ronta untuk keluar dari hospital setelah dapat tahu situasi yang dihadapi Syanim. Dia bingung dengan kata-kata Syanim
"Macam mana dia tahu pasal aku dengan Papa?" Dia bertanya kepada dirinya sendiri
Dia masih tak faham kenapa Syanum membuat hubungan dengan Naim sedangkan Syanim ada Yasfar. Tiba-tiba dia teringat Syanim pernah memberitahunya bahawa Naim tidak songsang.
"Sya oh Sya, tak payah la nak prove Naim tu tak gay sampai macam tu" Keluh Harith sambil menggelengkan kepala
.......
Alif mengunjungi Syed Faisal di rumah.
"Encik Syed , Hairth ada kat sini?" Sapa Alif
"Eh, Alif masuk la" Jemput Syed Faisal
"Takpe la saya ada hal, saya cuma cari Harith. Dah berapa hari cari kat rumah dia tapi takde" Kata Alif
"Harith takde dia masuk hospital" Jawab Syed Faisal
"Apa? Macam mana dia boleh masuk hospital" Alif terkejut bercampur gemuruh
"Saya tak tau. Saya jumpa dia terbaring atas sofa. Bila kejut dia tak bangun. Bila saya angkat tengok kaki dia berdarah. Doktor kata ada pendarahan dalaman" Kata Syed Faisal
"Condition Harith macam mana?" Soal Alif dengan rasa bersalah
"Dah operate. Dia dah sedar" Kata Syed Faisal
"Syukur!" Jawab Alif
"Tu la saya nak cari sapa yang buat Hairth jadi macam tu. Celaka buat anak saya almost hilang nyawa" Kata Syed Faisal geram
Alif berasa gugup.
"Ok la encik saya nak gerak dulu. Apa-apa roger saya ya pakcik" Alif meminta diri untuk beredar
"Hati-hati ye Alif!" Ucap Syed Faisal
Alif segera meninggalkan rumah Syed Faisal. Tangannya menggigil gentar dengan kata-kata yang diucapkan Syed Faisal.
YOU ARE READING
Sengsara: Kasih Terlarang
FantasyKisah cinta tiga segi antara Naim, Yasfar dan Syanim menimbulkan pelbagai konflik yang membawa mereka kepada kebenaran yang mengejutkan.