Bab 66

20 3 0
                                    

Syed Faisal menitiskan airmata membaca diari arwah isterinya Nadeera. Dia meneruskan pembacaan

'Hari ni ulangtahun ke 2 Halif, Aku happy sangat Aidil jemput majlis birthday Halif. Aku seronok melihat Halif gembira bermain dengan anak kembar Aidil. Aku cuba mendekatinya tapi dia takut melihat kelibatku. Alangkah hancur hati aku jadi ibu yang tak dapat membesarkan Halif. Tapi aku tetap syukur Aidil bagi aku peluang untuk susukan Halif bila suamiku tiada. Sudah dua tahun dia masih belum dapat menerima Halif itu anaknya'

Syed Faisal melompat bacaan diari selepas tarik kemalangan Aidil

'Hatiku hancur mendengar khabar Aidil accident. Yang baut aku hancur aku kehilangan Halif buat selama-lamanya. Dulu aku boleh melihat Halif dari jauh. Kini harapanku untuk bersama anak kandungku sendiri hancur musnah'

Syed Faisal menyelak ke halaman seterusnya

'Saat aku menerima baby girl Aidil, aku bersumpah demi Aidil yang telah menjaga Halif, aku akan jaga anaknya sebaiknya. Semoga tuhan merahmatimu Aidil'

Pipi Syed Faisal dibasahi airmata

'Bagaikan matahari yang menyinari malam aku bersyukur mendapat khabar Halif masih hidup. Tapi sayangnya Halif sudah dibawa pergi entah kemana. Kali ni aku akan pastikan suamiku mencari Halif sampai jumpa'

Syed Faisal melangkau beberapa muka surat

'10 tahun berlalu alangkah girangnya aku bertemu kembali dengan anak kesayanganku. Alangkah bahagianya aku mendengar dia memanggilku mama dan suamiku papa. Maafkan mama tak dapat jaga sayang sebab mama pun dah tak lama'

Syed Faisal menutup diari tersebut

"Kenapa? Kenapa mesti aku?" Teriak Syed Faisal

.........

Naim sedang sibuk di kedainya. Tiba-tiba dia ditegur seseorang

"Ni Encik Naim yang viral kan?" 

Naim berhenti mengambil pesanan lalu menjawab

"Ya saya Naim" Jawab Naim

"Saya dari agensi Model Labs nak buat tawaran untuk model pakaian sempena Festival Fesyen Antarabangsa" Kata lelaki itu

"Tapi saya ni pendek tak sesuai jadi model" jawab Naim

"Memang encik Naim yang paling sesuai sebab fesyen kami adalah berkonsepkan pakaian asia. Jadi Encik memang fit untuk model kami. Encik berminat tak?" kata lelaki itu

"Saya memang minat tapi..." Naim tak sempat menghabiskan kata-katanya

"Kalau macam tu esok terus datang ke office saya untuk shooting. Kita jumpa esok" Kata lelaki itu sambil menyerahkan kad perniagaan lalu beredar

"Eh, encik nama encik siapa?" Soal Naim cuba menghentikan lelaki tersebut

Lelaki itu berpaling

"Nama saya Aiman" 

..........

Adam dan Ezzul menziarahi Harith

"Harith dah ok?" Soal Ezzul

"Harith ok tapi doktor tak bagi discharge. Dia suruh stay sini seminggu nak monitor condition Harith" Jawab Harith

"Harith tak payah risau. Cuti Harith saya bayar gaji" Kata Adam

"Tak payah susah-susah. Lagipun tak best dapat gaji tak buat kerja" Balas Harith

"Macam mana Harith jadi macam ni?" Soal Adam

"Ada orang langgar Harith" Jawab Harith

"Harith nampak ke siapa yang langgar?" Soal Ezzul

"Harith tak nampak orang tapi Harith kenal kereta. Ingat nombor plat" Jawab Harith

"Siapa la bangsat yang langgar lari anak orang" Keluh Ezzul

"Saya nak tanya sesuatu boleh?" Pinta Harith

"Tanya la!" Kata Ezzul

"Betul ke Naim dengan Yasfar tu adik Harith?" Soal Harith

Ezzul dan Adam berpandangan sesama sendiri

"Betul!" Jawab Ezzul

"Kenapa tak bagitau Harith?" Soal Harith

"Kami pun tak tahu Harith anak Aidil. Lagipun kami pun baru tau yang Yasfar dan Naim tu kembar" Jawab Adam

Harith terdiam

"Macam mana Harith jumpa bapak Harith?" Soal Adam

"Harith mula-mula pun tak tau Zohar tu abah Harith. Waktu bawak datang rumah Papa pun Harith tak tau Zohar tu abah Harith. Lepas tu baru tau" Jawab Harith

"Harith sayang dengan Abah Harith?" Soal Ezzul

"Harith sayang tapi abah macam tak sayang Harith je! Harith accident pun sebab abah menghilang tak tau main dengan jantan mana" Keluh Harith

Ezzul dan Adam menggelengkan kepala mendengar keluhan Harith



Sengsara: Kasih TerlarangWhere stories live. Discover now