Pagi itu Syed Faisal terkejut melihat Harith tidur di sofa
"Harith, Bangun!" Kejut Syed Faisal
Namun Harith tidak bergerak
"Harith!" Syed Faisal berusaha mengejut Harith
Namun Harith tidak bangun. Tidak lama kemudian Hadeeqah muncul
"Bang, kenapa ni?" Soal Hadeeqah
"Harith ni dah kejut tak bangun-bangun" Jawab Syed Faisal
Hadeeqah mencuba mengejut Harith
"Harith!" Panggil Hadeeqah lembut.
Namun Harith tidak bergerak. Syed Faisal mula panik.
"Bang, kita bawak dia pergi hospital!" Cadang Hadeeqah
Syed Faisal tanpa berfikir panjang terus mendukung Harith. Tiba-tiba dia melihat darah menitik dari kaki Harith
"Harith!" Jerit Syed Faisal
"Iqa cepat ambik kunci, Harith berdarah ni!" Pinta Syed Faisal
Mereka bergegas menuju ke kereta namun bertembung dengan Syanim.
"Papa kenapa dengan Abang Harith?" Soal Syanim bingung
"Harith tak bangun. Kaki dia berdarah!" Jawab Syed Faisal bergegas menuju ke kereta
Syed Faisal meletakkan Harith ke kerusi penumpang belakang
Setelah mengunci pintu rumah Hadeeqah masuk ke dalam kereta duduk di kerusi penumpang hadapan sementara Syanim masuk duduk di kerusi belakang meriba kepala Harith. Syed Faisal menghidupkan enjin dan memecut laju ke Hospital Kuala Lumpur. Dalam perjalanan Syanim bersuara.
"Macam mana jadi macam ni?" Soal Syanim
"Papa tak tahu. Tadi Papa nampak Harith tidur kat sofa. Papa dengan Iqa kejut dia tak bangun!" Jawab Syed Faisal
Sampai di Hospital Kuala Lumpur, Harith dibawa ke jabatan kecemasan sementara yang lain terpaksa menunggu di ruangan menunggu. Kelihatan Syed Faisal menangis teresak-esak
"Sabar Papa, kita doa abang Harith ok" Pujuk Syanim
Dalam diam Hadeeqah menitiskan air mata. Ini kali pertama dia berjumpa Harith sebagai anak saudaranya dan mungkin juga kali terakhir.
............
Zohar tiba di rumah Harith namun Harith tiada di rumah dan rumahnya berkunci
"Halif, Abah dah balik ni!" Jerit Zohar
Namun tiada siapa menyahut. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
"Abang Zohar, Abang Sya Harith masuk hospital. Doktor cakap abang Harith hilang banyak darah" Beritahu Syanim
Bagaikan hendak luruh jantung Zohar mendengar berita tersebut
"Macam mana boleh masuk hospital?" Soal Zohar cuba menguatkan semangat
"Sya tak tau. Papa cerita dia jumpa abang Harith tak sedar atas sofa. Kaki dia berdarah" Jawab Syanim
"Sekarang Sya dekat mana?" Soal Zohar
"Dekat HKL" Jawab Syanim
"Sya tunggu nanti abang datang sana!" Kata Zohar
Zohar terduduk. Dia membaca semula mesej whatsapp terakhir Harith.
"Apa aku dah buat ni?" Zohar meraung penuh penyesalan.
...........
Adam dan Yasfar tiba di restoran Jibril. Ezzul dan Naim sedang duduk menanti mereka.
"Kau buat apa kat sini?" Soal Yasfar
"Kau pulak buat apa?" Naim menyoal semula
"Sudah, jangan nak bergaduh. Takkan pasal kat Avani tu kau orang bergaduh?" Kata Ezzul
Yasfar mengambil tempat duduk.
"Macam ni la semua. Sengaja saya buat makan-makan ni nak discuss pasal apa yang Syed buat dekat Avani hari tu" Ezzul memulakan bicara
"Kenapa nak sebut nama tu lagi?" Bentak Naim
"Bertenang nak, saya tau awak marah. Saya dan Ezzul pun marah. Kita semua mangsa hari tu" Sampuk Adam
"Sebenarnya saya yakin Syed perangkap kita buat pesta seks. Dia siap record lagi. Jadi kita kena fikir macam mana nak dapat balik video tu" Ujar Ezzul
Semua mata tertumpu kepada Yasfar
"Kenapa saya pulak?" Bantah Yasfar
"Awak boyfriend Syanim kan? Jadi awak yang patut gunakan peluang ni untuk ambik video tu" Kata Ezzul
"Macam mana?" Soal Yasfar
"Far buat la something. Cuba rapat dengan Syed. Abah pasti Syed takkan syak punya" Sampuk Adam
Tiba-tiba Adam menerima mesej whatsapp dari Syed Faisal
'Adam, Harith masuk hospital'
"Harith masuk hospital!" Jerit Adam
Semua yang terkejut mendengar berita tersebut
YOU ARE READING
Sengsara: Kasih Terlarang
FantasyKisah cinta tiga segi antara Naim, Yasfar dan Syanim menimbulkan pelbagai konflik yang membawa mereka kepada kebenaran yang mengejutkan.