Syanim menerima mesej Whatsapp dari Yasfar
'Sayang, Bie dah sampai! Sayang kat mana? Kafe tutup ni'
'Tutup, mana ada, I ada kat dalam ni' Balas Syanim
Syanim membuat panggilan
"Hello Bie, ada kat mana sekarang?"
"Bie ada kat parking betul-betul depan Cafe Jibril" Jawab Syanim
"Masuk la!" Ajak Syanim
"Kedai ni mana ada pintu? Dinding semuanya. Nak masuk kat mana?" Balas Yasfar menahan marah
Syanim baru teringat pintu kafe tersebut memang unik dicat menyerupai dinding. Dia sendiri keliru ketika mula-mula sampai.
"Kejap I, keluar !" Kata Syanim bergegas menuju ke pintu
Yasfar yang sedang kepanasan tiba-tiba melihat 'dinding' restoran terbuka. Syanim melambai ke arahnya
"Bie, sini!" Jerit Syanim
Yasfar menghampiri Syanim lalu Syanim menarik tangannya menuju ke meja. Setelah mengambil tempat duduk Yasfar berseloroh
"Ingat tadi cafe untuk Malaikat samapi tak ada pintu"
"Ish, Bie ni tak baik tau. Bie nak makan apa?" Soal Syanim
"Bie tengok menu dulu" Jawab Yasfar
Setelah memesan makanan Yasfar meluahkan apa yang terbuku di hati.
"Sayang, seminggu ni Bie asyik mimpi pelik-pelik je. Rasa macam real tapi mimpi"
"Mimpi apa tu Bie" Soal Syanim
Yasfar mahu memberitahu mimpi dia diliwat tapi dia mengurungkan niatnya.
"Bie susah nak decribe. Dia macam Bie kena siksa" Kata Yasfar
Yasfar terpaksa menukar istilah liwat menjadi siksa kerana dia takut dituduh sebagai gay.
"Mainan tidur tu. Maybe semalam Bie basuh kaki tak lepas balik hantar I?" Kata Syanim
"Bie lupa la! Bie sampai rumah Bie terus baring atas katil" Jawab Yasfar
"Tu la kan dah mimpi bukan-bukan. Lain kali Bie balik rumah terus mandi. Penat macam mana pun mandi. Ini tak suka sangat tidur tak mandi dulu. Dah la tak whatsapp I bagitau dah selamat sampai ke. I punya risau Bie dah sampai rumah ke, accident ke. Satu lagi kalau ada benda lain mengikut macam mana?" Syanim membebel panjang lebar.
Yasfar terdiam, kalau dibantah tentu dia kalah.
"Lepas ni teman I pergi beli kebab" Sambung Syanim.
"Buat apa? kita kan baru makan" Yasfar mempersoalkan kehendak Syanim
"I teringin pulak nak makan kebab, lunch kira lain. Kebab tu kira lain" kata Syanim
"Asyik makan je, nasib baik badan tu tak naik" Perli Yasfar
"So Bie nak cakap I gemuk la ni?" Bidas Syanim
Yasfar menepuk dahi.
"Ye la lepas ni kita pergi kedai kebab" Yasfar cuba mengalih topik
"I tak habis lagi, so kalau I gemuk Bie tak nak I la kan?" Syanim sambung membebel
Yasfar terpaksa memekakkan telinga mendengar bebelan Syanim.
Setelah setelah keluar dari kafe mereka menuju ke kedai kebab yang dimaksudkan Syanim. Namun mereka tersesat jalan. Mereka terpaksa berhenti di sebuah kedai untuk bertanya arah.
"Bang, Crazy Kebab kat mana ye?" Yasfar bertanya
"Crazy Kebab, oh tu dekat dengan Restoran Barra, Awak waze je Restoran Barra nanti jumpa la" Kata pemilik kedai itu.
Yasfar mengikut panduan yang diberikan hingga tiba di kedai Crazy Kebab yang dimaksudkan. Yasfar dan Syanim beratur untuk membuat pesanan. Sebaik tiba giliran Yasfar terkejut melihat orang yang dikenalinya.
"Awak Naim kan? yang jumpa kat IOI tu kan" Sapa Yasfar
"Eh, bro sampai jugak kat kedai saya" Balas Naim
"Bro memang jual kebab ke?" Soal Yasfar
"Betul, kat tiktok pun saya promote kebab" Jawab Naim
"Bro la yang famous jual kebab kat tiktok tu?" Puji Yasfar
"Eh takde la!" jawab Naim tersipu-sipu
YOU ARE READING
Sengsara: Kasih Terlarang
FantasiKisah cinta tiga segi antara Naim, Yasfar dan Syanim menimbulkan pelbagai konflik yang membawa mereka kepada kebenaran yang mengejutkan.