Syed Faisal pulang sedirian di rumah. Dia masih bersedih dengan apa yang berlaku kepada Harith. Dia duduk termenung bersendiran di atas sofa. Entah kenapa rasa sayangnya kepada Harith datang mencengkam dadanya. Dia teringat kali pertama dia membawa Harith ke rumahnya
"Mulai hari ni, panggil saya Papa. Dan nama awak Harith bukan lagi Halif" Kata Syed Faisal
Harith hanya merenung wajahnya.
"Tak payah risau, Papa anggap Harith macam anak Papa sendiri" Pujuk Syed Faisal
Tak lama kemudian Syanim yang baru berusia 5 tahun muncul bersama isterinya.
"Sayang, ni saya bawak abang untuk Syanim" Kata Syed Faisal
"Papa, ni ke abang Anim?" Soal Syanim
"Betul sayang, ni abang Syanim" Jawab Syed Faisal
"Kenapa Anim tak pernah nampak?" Soal Syanim
"Abang Harith sekolah asrama tak boleh balik. Asrama dia jauh sangat tak boleh balik rumah" Jawab Syed Faisal
"Sekolah asrama tak boleh balik ye? Tak nak la masuk asrama macam tu" Kata Syanim
Syed Faisal dan isterinya Nadeera tersenyum melihat telatah Syanim.
"Anim pergi mandi dulu, Papa dengan Mama nak tunjuk bilik Abang Harith" Kata Syed Faisal
Syanim menganggukkan kepala. Dia berlari menuju ke bilik untuk bersiap ke bilik mandi.
"Harith mulai sekarang panggil Mama tau" Kata Nadeera
Harith hanya mengangguk kepala janggal dengan situasi tersebut.
"Harith ikut Mama, Mama tunjuk bilik Harith!" Ajak Nadeera
Hairth hanya menurut sahaja. Setelah menunjukkan bilik kepada Harith, Nadeera kembali kepada suaminya.
"Betul ke abang nak jaga Harith tu?" Soal Nadeera
"Betul la, lagipun awak pun selalu sakit jadi apa-apa jadi Harith ada. Syanim kecik lagi. Elok abang bawak abang dia sendiri takdela sunyi dia" Jawab Syed Faisal
"Betul ke dia anak Aidil?" Soal Nadeera
"Abang pasti betul" Jawab Syed Faisal
"Kalau la kita ada anak dah tentu sebaya dengan Harith" Keluh Nadeera
"Awak masih terkenang anak luar nikah awak tu?" Soal Syed Faisal
"Kalau la abang percaya Ira, mesti Ira tak buang anak tu" Kata Nadeera sebak
Syed Faisal memeluk Nadeera.
"Benda dah lepas. Abang pun mengaku abang bodoh waktu tu!" Kata Syed Faisal
Tiba-tiba kedengaran pintu terkuak. Syed Faisal tersentak dari lamunan.
"Zohar apa kau buat kat sini?" Soal Syed Faisal
"Syed, aku rasa bersalah sangat pasal apa yang jadi dekat Harith" Kata Zohar sambil mengambil tempat duduk.
"Benda nak jadi bukan salah kau. Kau pun baru lepas accident" Kata Syed Faisal
"Betul, tapi aku rasa bersalah sangat buat dia macam tu. Kalau apa-apa jadi kat dia aku orang pertama yang rasa menyesal" Luah Zohar
"Kenapa nak menyesal? Kau bukan bapak kandung dia pun" Kata Syed Faisal
Zohar terdiam
"Tapi kau pun bukan bapak kandung dia jugak" Balas Zohar
Syed Faisal tersentak
"Macam mana kau tau?" Soal Syed Faisal
"Harith cakap dengan aku. Aku tau bila jumpa dia menangis tengok gambar family kandung dia" Jawab Zohar
Zohar masih enggan memberitahu kebenaran bahawa Harith adalah anak kandungnya.
"Kalau operation success aku minta izin bawak balik Harith balik Penang" Pinta Zohar
"Kenapa pulak, Kau dah cuai lepas tu kau nak bawak dia pulak?" Bantah Syed Faisal
"Sebab aku nak tebus kesalahan aku!" Jawab Zohar
"Tak boleh aku tak izinkan!" Bidas Syed Faisal
"Aku mintak tolong sangat-sangat!" Rayu Zohar
"Kalau dia meninggal?" Soal Syed Faisal
"Syed, apa cakap macam tu?" Zohar terkejut
Syed Faisal terdiam. Dia mendapat satu idea.
"Aku boleh izinkan tapi dengan satu syarat!" Kata Syed Faisal
"Apa kau nak aku sanggup buat!" Kata Zohar
"Kau kena jadi hamba seks aku dengan kawan-kawan aku sebelum kau balik Penang" Tawar Syed Faisal
Zohar tersentak mendengar permintaan Syed Faisal
"Kalau kau setuju aku lepaskan Harith ikut kau!" Sambung Syed Faisal lagi
"Baik aku ikut cakap kau!" Jawab Zohar
Syed Faisal tersenyum sambil merenung tubuh sasa Zohar
YOU ARE READING
Sengsara: Kasih Terlarang
FantasíaKisah cinta tiga segi antara Naim, Yasfar dan Syanim menimbulkan pelbagai konflik yang membawa mereka kepada kebenaran yang mengejutkan.