Yasfar tiba di KLIA Terminal 2 lebih awal. Dia tercari-cari pejabat urusan syarikat Red Airlines. Tiba-tiba dia disapa seseorang
"Encik Yasfar kan?"
Yasfar menoleh kepada pemuda tersebut
"Ya saya Yasfar!" Jawab Yasfar
"Saya HR officer untuk syarikat Red Airline, jom ikut saya!" pemuda itu memperkenalkan diri.
Yasfar mengekori pemuda itu yang membawanya ke satu bilik menyuarat.
"Tunggu kejap, saya panggil manager yang akan interview encik" Kata pemuda itu
Tidak lama kemudian seorang yang sebaya dengannya muncul.
"Fitri? Kau ke tu?" Yasfar terkejut
"Aku la, siapa lagi!" Jawab Fitri tersenyum
"Wah kau dah jadi manager sekarang!" Puji Yasfar
"Kau apa kurang dah popular!" Balas Fitri
"Takde la viral sekejap je. Kau tu sekarang dah jadi orang dah!" Kata Yasfar
"Aku pun baru bertatih ni" Kata Fitri malu-malu
"Macam mana kau tergerak nak panggil aku interview?" Soal Yasfar
"Bila kau viral semua orang kata kau nak jadi Pilot tak dapat. Aku pun baru jumpa resume kau" Jawab Fitri
"Tak sangka lepas grad kau dah berjaya!" Puji Yasfar
"Kau apa kurangnya dah jadi businessman" Balas Fitri
"Setakat jual pisang goreng cheese je!" Rungut Yasfar
"Tak baik cakap macam tu, orang lain buat bisnes struggle. Semua kawan-kawan kolej tanya macam mana kau boleh berjaya" Nasihat Fitri
"Boleh ke aku dapat jawatan pilot kat company ni?" Soal Yasfar
"Aku akan usahakan, sekarang aku kan kabel besar" Jawab Fitri
Mereka berdua tertawa besar
.......
Naim tiba di studio Models Lab
"Datang pun encik Naim model viral kita!" Sambut Aiman
"Sorry lambat tadi jalan jem. Puas menyelit!" Kata Naim
"Takpe, sekarang encik Naim boleh ikut staff saya untuk tukar pakaian" Kata Aiman
Naim menurut arahan Aiman. Selesai pengambaran Aiman cuba berbual dengan Naim.
"Actually saya nak panggil kawan awak, Yasfar sekali tapi tak jumpa pulak" Kata Aiman
"Lantak dia la dia nak buat apa pun!" Kata Naim
"Eh, awak bergaduh ke dengan dia?" Aiman terkejut
"Ya memang bergaduh. Dah lama dah!" Kata Naim
"Patut la dah lama tak nampak live sekali" Balas Aiman
Mereka berdua terdiam
"Kalau awak jadi permanent model kat company ni awak nak tak?" Pelawa Aiman cuba merubah suasana yang janggal
"Nak!" Jawab Naim mengangguk sambil tersenyum
........
Syanim berasa bahagia di Phuket menikmati keindahan alam. Dia cuba memadamkan kesedihan.
"Mama takkan tinggalkan baby sayang!" Kata Syanim sambio mengusap-usap perutnya
Tiba-tiba dia ditegur dua lelaki kulit putih
"Hello young lady, why are you here alone!" Tegur salah seorang lelaki itu
"I love to be alone, far from my chaotic life!" Jawab Syanim
"My name is Steven, this is my friend Watson" Steven meperkenalkan diri
"Can we be friend with you?" Pinta Watson
"Thank but I don't need anybody!" Syanim menolak permintaan mereka
"It's quite hot, Can I buy for you some drink!" Pelawa Steven
Tiba-tiba ada lelaki Thailand membawa kelapa muda
"Here coconut water, good for you and you baby!" Kata Watson
Syanim memandang tajam kedua-dua lelaki itu
"How did you know I'm pregnant?" Soal Syanim kehairanan
"We saw you always touch your belly" Kata Watson
"Dia you spy on me?" Kata Syanim berang
"No, we want to do good things!" Balas Steven
"Listen, we're good guy. We want to make friend with everybody" Watson cuba meyakinkan Syanim
"From you face I know you had so many problem. You can tell us! Don't worry, we're are good guy!" Kata Steven
Akhirnya Syanim termakan kata-kata manis Watson dan Steven. Syanim bercerita tentang masalah yang dihadapinya sambil menghirup air kelapa yang diberikan tanpa menyedari air kelapa itu sudah dimasukkan ganja.
Setelah air habis dia mula berasa pening
"I'm feeling dizzy!" Syanim mengadu
Steven membawa sebotol air mineral untuk diminum Syanim. Setelah minum air dari botol mineral dia mula rasa mengantuk. Dia sedar dia sudah melakukan kesilapan namun sudah terlambat. Pandangannya menjadi gelap.
YOU ARE READING
Sengsara: Kasih Terlarang
FantasyKisah cinta tiga segi antara Naim, Yasfar dan Syanim menimbulkan pelbagai konflik yang membawa mereka kepada kebenaran yang mengejutkan.