Bab 19

63 4 0
                                    

Sebaik tiba di rumah Naim terkejut Yasfar sedang menunggunya di ruang tamu. Sejak Adib tiada, rumah itu telah menjadi rumah kedua bagi Yasfar.

"Kau pergi mana call tak angkat, whatsapp tak reply?" Tegur Yasfar

"Eh, sorry Far, aku tadi ada hal sikit. Phone pulak habis bateri" Naim memberi alasan

"Kalau kau ada hal pun kenapa kau tak inform aku!" Bentak Yasfar

"Far, sejak bila aku kena inform apa yang buat kat kau?" Soal Naim

"Dah berapa bulan kita kenal takkan kau tak tau perangai aku!" Jerit Yasfar

Naim berasa bengang melihat Yasfar naik angin tiba-tiba.

"Kau kenapa naik angin  tiba-tiba" Naim mula meninggikan suara

"Kau takde kat kedai, aku datang sini pun kau takde. Kau ke mana tak inform aku?" Bentak Yasfar tak puas hati

"Aku bukan awek kau nak kena inform semua benda la!" Herdik Naim semula

Yasfar terdiam.

"Takpe la, macam ni kau layan aku. aku expect kau boleh harap rupanya ...." Kata Yasfar lemah lalu berpaling untuk beredar

Naim menarik tangan Yasfar

"Sorry Far, aku takde niat nak sakitkan hati kau!" Naim meminta maaf

Yasfar enggan memadang muka Naim. Naim memeluk Yasfar. Dia teringat kesalahannya mengkhianati Yasfar lalu menangis.

"Far, sorry! Jangan pergi! Aku cuma ada kau je. Aku tau aku buat silap" Rayu Naim.

"Aku malas la penat la dengan semua ni!" Keluh Yafsar

"Kenapa ni, tiba-tiba kau macam ni?" Soal Naim lembut untuk meredakan kemarahan Yasfar

"Aku nak buat surprise kat Sya tapi dia takde kat rumah. Aku call dia tak angkat. Whatsapp tak reply. Sya ada inform kau tak dia pergi mana?" Luah Yasfar.

Naim berasa gemuruh. Dia menyesal kerana terlanjur dengan Syanim tapi jika dia beritahu kebenaran dia akan hilang Yasfar.

"Takde pula dia inform apa-apa" Naim cuba menipu.

"Kau rasa Sya dah ada orang lain ke?" Soal Yasfar

Soalan Yasfar itu bagaikan sembilu yang tajam menusuk kalbu Naim. Tubuhnya menggeletar. Hatinya mula berasa bimbang jika Yasfar menghidu perbuatan mereka.

"Tak mungkin la, kenapa kau cakap macam tu?" Balas Naim

"Bukan apa, aku risau sebab lately aku kurang sikit layan kehendak dia. Semalam pun lepas dapat tau pasal bapak dia, aku tak nak bercakap sangat dengan Sya. Sya pulak macam tak kisah bila aku tak bercakap dengan dia" Terang Yasfar

"Mustahil la, takkan dalam berapa hari dia cari orang lain" Nasihat Naim.

Namun dalam hati Naim risau jika perbuatannya dengan Syanim terbongkar.

Tiba-tiba Syanim muncul di pintu. Naim terkejut besar dan tubuhnya berasa gementar

"Sya buat apa kat sini?" Soal Naim 

Yasfar memandang Syanim dan Naim curiga.

"I cari Yasfar kat kedai. lepas puas tanya ada orang inform my Hubby ada kat rumah you" Jawab Syanim cuba menipu.

"Tapi macam mana you tahu rumah I?" Soal Naim panik

"Kan Hubby I  ada update dengan I location dia kalau dia tidur rumah you" Jawab Syanim

Kecurigaan Yasfar hilang serta merta. 

"Oh, sorry Naim aku lupa yang aku pernah send location rumah kau kat Sya!" Jelas Yasfar

Naim menarik nafas lega

"Sorry Bie, I jumpa client. I baru perasan yang you ada call I" Kata Syanim

Syanim dan Yafsar berpelukan.

"Bie baru nak buat surprise, sayang takde kat rumah. Bie dah fikir bukan-bukan" Luah Yasfar

Kemesraan Yasfar dan Syanim  membuatkan Naim berasa cemburu. 

"Alang-alang Bie dengan Naim ada jom malam ni kita karok!" Ajak Syanim

"Dekat mana sayang?" Soal Yasfar

"Dekat Maharaja IOI" Jawab Syanim

Syanim berasa lega Yasfar tidak berasa curiga tujuan asal dia ke rumah itu adalah untuk bertemu Naim.

Sengsara: Kasih TerlarangWhere stories live. Discover now