Yasfar dan Naim tiba di Sri Pentas TV3. Mereka disambut oleh seorang pemuda
"Selamat datang Encik Yasfar, Encik Naim! Saya Alif ditugaskan untuk assist encik berdua sepanjang program hari ni" Sapa Alif
"Terima kasih!" Balas Yasfar
Mereka bertiga berjabat tangan
Alif membawa Yasfar dan Naim ke sebuah bilik menunggu untuk sebelum dipanggil untuk berdandan dan menyalin pakaian.
"Minta maaf sebab hari sibuk sikit jadi kena tunggu kat sini. Nanti ada orang akan handle baju dengan make up" Kata Alif serba salah
"Saya nak cari tukang solek sekejap" Alif meminta diri.
Yasfar dan Naim duduk di kerusi yang disediakan. Kerana suasana yang sejuk dan kurang rehat mata Naim berasa berat hingga terlelap di bahu Yasfar. Yasfar berasa segan mahu mengejutkan Naim membiarkan Naim terlena di bahunya. Tidak lama kemudian Alif muncul bersama pemuda lain.
"Encik Yasfar, Encik Naim! Make up artist kita dah sampai" Kata Alif
Yasfar menepuk dada Naim untuk mengejutkan sahabatnya.
"Eh Naim, congratulation dah jadi Artis!" Ucap Adib rakan serumah Naim
Naim yang mamai tiba tiba berasa segar.
"Eh Adib, kau buat apa kat sini. Dah lama kau tak balik rumah" Sapa Naim
"Bukan I dah inform Encik Ezzul ke yang I pindah rumah sebab dapat kerja baru?" Kata Adib
"Encik Ezzul?" Sampuk Yasfar
"Ya, Encik Ezzul kan bapak Naim!" Jawab Adib
Yasfar mengurut dada. Selama ini dia berkawan baik dengan anak Encik Ezzul. Hakikat yang pedih ialah apabila peluangnya untuk jadi Juruterbang terhalang kerana sahabat baiknya yang baru dia kenal.
"Aku nak cakap dalam kereta tadi tapi tak sampai hati. Lagipun Aku dah decide nak teruskan jadi model" Pujuk Naim
Yasfar tersenyum pahit.
"Ok, semua kita dah tak ada masa, Adib bawak Encik Yasfar dengan Encik Naim tukar baju then you make up sikit dia orang!" Seru Alif memecahkan suasana
"Ok, dia orang memang dah flawless tinggal touch up sikit je" Jawab Adib
Adib membawa Naim dan Yasfar ke bilik persalinan.
Sepanjang program temubual, Yasfar dan Naim menjawab soalan pengacara secara professional. Setelah tamat program Yasfar menghantar Naim pulang ke rumah.
"Aku mintak maaf. Aku baru tahu pagi tadi pasal bapak aku yang interview kau. Aku tak tahu macam mana nak cakap dengan kau actually" Kata Naim kesal
"It's okay , benda dah lepas!" Jawab Yasfar
"Aku ada satu persoalan. Kau cakap kau mimpi kena liwat lepas interview kan? Yang kau mimpi bapak aku ke?" Soal Naim
"Bukan, bapak kau cuma bawak aku ke Saujana Hotel jumpa someone. Orang yang aku jumpa kat Saujana Hotel yang dalam mimpi aku" Jawap Yasfar.
Naim terdiam lama
"Kenapa kau senyap je?"
"Takde apa-apa. Aku cuma lega bukan bapak aku dalam mimpi kau" Jawab Naim.
Setelah menghantar Naim ke rumah, Yasfar kembali ke rumahnya. Dia terkejut seseorang sedang menunggu di pintu pagar rumahnya. Lelaki berusia 40 an itu mengetuk tingkap kereta Yasfar. Yasfar menurunkan tingkap keretanya.
"Far, pergi mana tadi? Abah cari kat kedai Far takde?" Tegur Adam Shahizan
"Far ada urusan tadi. Kenapa Abah cari Far kat sini?" Balas Yasfar.
"Abah ada hal nak discuss dengan Far" Kata Adam
"Macam tu naik kereta Far. Kita pergi kafe discuss" Kata Yasfar
Yasfar membawa bapanya ke Kafe Main D'Hati. Setelah memesan minuman Adam memulakan bicara.
"Far serius nak jadi Pilot? Abah dengar Far fail interview" Kata Adam
Yasfar mendiamkan diri
"Baik Far accept offer abah join talent model company abah. Lagipun Far dah popular sekarang" Tawar Adam
Adam terdiam seribu bahasa.
YOU ARE READING
Sengsara: Kasih Terlarang
FantasyKisah cinta tiga segi antara Naim, Yasfar dan Syanim menimbulkan pelbagai konflik yang membawa mereka kepada kebenaran yang mengejutkan.