Syed Faisal menerima mesej dari dalam kumpulan Whatsapp bersama Adam dan Ezzul
'Syed, Aidil ada dengan kita orang' Tulis Adam
'Ni masa kita hapuskan Aidil' Tulis Ezzul pula
'Jangan buat apa-apa, tunggu aku datang' Balas Syed Faisal
Ezzul berkongsi lokasi mereka
'Kita orang tunggu. Kita pastikan hari ni hari last Aidil!' Tulis Adam
Syed Faisal berpatah balik ke Hospital Ampang
"Harith stay hospital tengokkan Iqa dengan Sya!" Arah Syed Faisal
"Tapi Papa, Hairth nak ikut!" Jawab Harith
"Bahaya, kalau Abah Harith kena culik mana tau kalau ada orang kacau Iqa dengan Sya. Papa nak Harith protect dia orang!" Pujuk Syed Faisal
"Papa!" Jerit Harith sebak
Syed Faisal merenung lama dan mencium dahi Harith
"Papa sayangkan Harith dari dulu sampai sekarang. Papa nak tebus salah Papa!" Kata Syed Faisal sayu.
Setelah Harith turun Syed Faisal memecut laju menuju ke gudang terbiar
........
Zohar mula sedar dan melihat dirinya diikat. Dia terkejut melihat Adam dan Ezzul berpakaian serba hitam
"Lepaskan aku!" Rayu Zohar
"Lepaskan? aku takkan biarkan kau terlepas kali ni" Jawab Adam
"Kau nak apa dari aku?" Soal Zohar
"Aidil, kau fikir kita orang tak tahu kau muncul balik sebab nak balas dendam kan?" Kata Ezzul
"Bila masa aku nak balas dendam. Kalau aku nak buat dah lama aku buat!" Balas Zohar
"Tapi aku tak, kau dah lupa kau yang langgar Naim anak aku!" Jerkah Ezzul
"Aku tak sengaja!" Jawab Zohar
"Kalau tak sengaja kenapa kau lari?" Soal Ezzul
"Aku memang tak perasan aku langgar Naim!" Zohar cuba menyakinkan Ezzul
"Kau bohong! Habis arwah bini aku kau jugak yang buat. Kalau kau tak tolak dia sampai jatuh terduduk takde dia gugur sam[ai tak boleh mengandung. Kau tau tak rasa bila hilang anak yang aku dah tunggu lama!" Sampuk Adam
"Aku tak tolak dia. Sumpah dia yang terjatuh sendiri depan mata aku!" Kata Zohar
"Alasan seribu alasan kau bagi. Kenapa kau tak mati accident je dulu!" Adam tidak mepercayai Zohar
"Kau orang dah berjaya hancurkan hidup aku, family aku. Apa lagi kau orang nak?" Soal Zohar
"Selagi kau hidup aku takkan puas hati!" Jawab Ezzul
"Tolong la lepaskan aku. Aku sanggup tebus kesalahan aku!" Rayu Zohar
"Nyawa kau yang aku nak!" Kata Adam
"Sudah, cukup!" Tegur Syed Faisal yang muncul tiba-tiba
"Kita kena hapuskan Aidil, Syed" Kata Ezzul
"Cukup la kita upah orang buat dia accident dulu, takkan kita nak tambah jenayah lagi!" Kata Syed Faisal
"Kenapa kau nak bela dia Syed?" Adam mempersoalkan Syed Faisal
"Dia tak bersalah dalam hal ni. Please la kita lupakan hal yang dah lepas!" Pinta Syed Faisal
"Lupakan? Kau fikir senang nak lupakan benda dah lepas?" Jerkah Ezzul
"Kalau kau dendam dengan Aidil kenapa kau jaga anak dia?" Persoal Syed Faisal
Adam dan Ezzul mengeluarkan pistol lalu dihalakan ke arah Zohar
"Adam, Ezzul tolong! Kau berdua kawan aku dah lama. Aku tak nak kau berdua meringkuk dalam penjara!" Pujuk Syed Faisal
"Hutang nyawa dibalas nyawa!" Kata Adam melepaskan tembakan diikutI Ezzul
Tapi Syed Faisal menjadikan tubuhnya sebagaj perisai bagi melindungi Zohar
"Syed!" Jerit Ezzul dan Adam terkejut
Tubuh Syed Faisal terkulai layu rebah di atas paha Zohar. Adam dan Ezzul terpaku.
"Syed, bangun, Syed!" Jerit Zohar.
Namun tubuhnya yang terikat membuatkan dia tak mampu berbuat apa-apa
Tiba-tiba kedengaran bunyi gudang itu diserbu
"Polis, Angat Tangan!"
Ezzul dan Adam mengangkat tangan. Dua orang polis menggari Adam dan Ezzul sambil merampas pistol di tangan mereka. manakala polis yang lain mengangkat tubuh Syed Faisal yang terkulai layu. Anggota polis lain membuka ikatan tangan Zohar. Ketika Adam dan Ezzul dibawa keluar dar gudang mereka merenung wajah Naim dan Yasfar yang berada di pintu kereta dengan pandangan Sayu
"Abah!" Kata Yasfar terkejut
"Ayah, apa yang Ayah buat ni!" Naim meraung
YOU ARE READING
Sengsara: Kasih Terlarang
FantasyKisah cinta tiga segi antara Naim, Yasfar dan Syanim menimbulkan pelbagai konflik yang membawa mereka kepada kebenaran yang mengejutkan.