𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝐄𝐍𝐃

416 4 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯



Zafriel dan Natasya menghampiri susuk Aniq yang sedang berdiri di luar wad bersama dengan Muhammad dan Khairah.

"Zaf." serentak dua jejaka itu menegur sahabatnya yang baru tiba.

"Assalamualaikum." Zafriel menjawab dengan salam membuatkan kedua jejaka itu tersengih dan membalas kembali salaman Zafriel.

"Aniq, Auni mana? Tak ikut sekali ke?" suara Natasya menghentikan sengihan dua jejaka itu.

"Auni ada dekat dalam wad Alya. Aku dengan Muhammad sengaja duduk dekat sini takut kau orang berdua sesat masuk wad lain. Iyalah, korang kan suka so sawit." ujarnya dengan sengaja menambah cerita.

Zafriel menjeling Aniq yang suka menambah itu.

"Ha, sekarang aku ada dekat depan mata kau. Tak nak masuk ke? Atau kau buat kerja baru jadi lolipop man jaga jalan?" bidas Zafriel.

"Iya der.. Gua masuk, gua masuk." Aniq mengangkat kedua belah tangannya ke sisi sebelum mereka semua serentak masuk ke dalam wad di mana Alya ditempatkan.

Masuk aje ke dalam, kedengaran suara Haidar yang sedar mengazankan anaknya.

"Der, aku rasa macam sejuk hati aku bila dengar ketua babun ni azan." tutur Aniq sembari menyenggol kedua sahabatnya.

"Baguslah tu. At least dia berbakat juga dalam bab ni." balas Muhammad.

"Tengoklah suami siapa." Alya pula mencelah membuatkan semua mata tertuju kepadanya.

"Eh, taniah iya kau selamat melahirkan sekaligus menukarkan ketua babun ni kepada manusia semula. Aku tak tahulah tanpa kau, mesti hidup si babun ni huru-hara." ucap Aniq sebak sambil tangan ditekapkan di dada.

Dramatik betol!

Auni menjeling suaminya yang lancang berbicara itu. Tangannya bertindak untuk mencubit perut berotot milik suaminya.

"Aduh! Nini sayang, abangnya sakitlah!" adunya sambil mengusap perutnya yang masih jelas terasa sakitnya.

"Eh, awak nak ganti jadi babun ke? Jangan lupa, awak pun kena berubah ikut jejak si Haidar ni. Lagi dua bulan anak kita nak keluar ni." tangan mengusap perutnya yang memboyot.

"Iya... Iya... Abang tak buat hal dah." dia pasrah. Sempat dia menjeling sekilas ke arah Haidar.

"Fuh... Selamat aku si babun tu tak dengar aku kena marah dengan Auni. Kalau tak, mahunya aku kena bahan takut bini dengan dia." monolognya di dalam hati.

"Dey, tepilah. Aku nak letak anak aku." usir Haidar yang mahu meletakkan kembali anaknya berdekatkan dengan Alya.

"Ceh, macam engkau seorang aje ada anak." cemuh Aniq dengan wajah tidak puas hati.

"Ha, memang anak aku pun yang dah keluar dulu."

"Ha, riak lagi, riak." Aniq menyilangkan kedua belah tangannya dan menjeling lagi Haidar.

[𝐂]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now