Bahagian 22 : Bantuan

19 2 0
                                        


Tiada jalan mudah. Itu yang aku tahu sebaik sahaja melihat dua pengawal di hadapan kamar Kanda Rezuan.

Namun masa tidak lagi memihak kepada kami. Aku pandang Muaz. Dia mengangguk sedikit.

Tanpa lengah, kami bergerak.

Langkah pertama senyap. Langkah kedua pantas dan bersedia. Dua pengawal itu sedar kehadiran kami. Keadaan jadi tegang.

Aku merapati pengawal di sebelah kiri, tangan aku menyambar lengannya pantas sebelum dia sempat menghunus senjata. Aku membuka langkah, sekelip mata tubuhnya terhempas ke lantai. Aku rasa kagum sedikit dengan diri sendiri. Tak asnagka aku mampu buat begitu.

Di sebelah kanan, Muaz juga bertindak. Gerakannya bersih. Cepat. Tepat.

Namun pengawal itu bukan biasa. Dia melawan.

Tendangan dilepaskan—Muaz mengelak, membalas dengan siku ke rusuk, diikuti kuncian yang memaksa lelaki itu rebah.

Pengawal pertama bangkit semula. Aku tidak beri ruang. Satu langkah ke hadapan. Pukulan tepat ke dada. Dan kali ini, dia tidak bangun lagi.

Sunyi. Hanya bunyi nafas kami.

"Cepat," kata Muaz. Aku tidak menunggu.

Pintu kamar itu aku tolak dan terbuka.

~~~~~~~~~~~~

Kanda Rezuan masih berada di dalam. Duduk di kerusi, tenang. Seolah-olah dia memang sedang menunggu.

Matanya terangkat sebaik sahaja melihat kami. Dan buat pertama kalinya aku nampak sesuatu di wajahnya.

Kelegaan.

"Indera," katanya perlahan.

Dia bangun.

"Dan kau, Muaz."

"Kanda okay?" tanyaku terus. Rezuan menghela nafas.

"Kanda okay. Mereka kurung kanda di sini sejak pagi. Kanda tak sangka kamu berdua yang datang. Kamu berdua okay?" soalnya pula.

Aku mengangguk.

"Kami okay. Bukan kanda saja, semua kerabat diraja di kurung. Seluruh istana ni dah jadi penjara. Semua laluan keluar masuk di kawal ketat." balasku.

"Dewan Diraja akan bersidang kejap lagi. Semua Ahli dewan dikawal ketat." tambah Muaz.

"Ini bukan sidang biasa, Kanda." ujarku. Kanda Rezuan memandang aku tepat.

"Kanda tahu."Jawabnya perlahan. Tiada kejutan di wajahnya. Seolah-olah semua ini sudah dalam jangkaannya.

"Tengku Muhammad sedang mengunci semua pintu," sambungku. "Tiada siapa boleh campur tangan. Tiada siapa boleh keluar."

"Supaya tiada siapa boleh menghalang apa yang akan berlaku dalam dewan nanti," tambah Muaz.

Rezuan mengangguk perlahan. "Dia mahu ahli dewan buat keputusan mengikut kehendaknya."

Sunyi seketika. Namun kali ini sunyi itu bukan kosong. Ia penuh dengan kefahaman yang sama. Ini bukan lagi sekadar permainan. Ini langkah terakhir.

"Kanda dah hubungi seseorang," kata Rezuan tiba-tiba.

Aku memandangnya. "Siapa?"

"ASP Haris." ujarnya tenang. Nama itu membuatkan aku terdiam seketika.

"Dia tahu?" tanyaku.

Kanda Rezuan mengangguk.

"Kanda beri semua maklumat yang kita kumpul. Tentang diari. Tentang apa yang kita jumpa."

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 11 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

PuteraCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang