Adik

306 14 0
                                    

8 tahun lalu.

"Umi!! Tengok abang aniq ni, dia buli dira!!" Adu adira dekat umi aniq.

"Mana ada! Dia yang jatuh sendiri!" Ujar aniq mempertahankan diri dia sendiri.

"Kamu berdua ni, jumpa je gaduh. Tak jumpa masing masing menangis. Dira mari sini dekat umi." Panggil umi yang berada dipangkin bersama ibu, ibu adira.

"Biasa la kak budak budak, si dira ni pula tiada adik beradik yang lain, entah macam mana dia berkawan dengan si aniq je." Ujar ibu perhatikan adira yang dibersihkan punggung kotor dia oleh kak ilah, umi aniq.

"Yang aniq ni pulak, dah tahu adik dia ni perempuan, ajak main macam lelaki, sebab itulah asyik menangis je dira ni." Marah umi pula.

"Kecik kecik, entah nanti besar nanti diorang suka sama suka ke, ha lagi susah kita nanti." Ujar ibu dan mereka sama sama gelak.

"Apa yang susahnya? Okay la tu! Diorang dah kenal sesama mereka, ha bahagialah mereka nanti." Ujar umi pula dan mereka gelak lagi.

"Kak intan!!!" Jerit adira suka bila nampak si intan, kakak aniq. Laju sahaja adira lari dan peluk intan itu.

"Ibu! Umi!" Ujar intan sebaik sahaja intan dan adira hampiri mereka berdua. Intan menyalami kedua wanita separuh usia itu.

"Abang kamu mana?" Tanya umi.

"Dia ada kelas tambahan, dia suruh intan balik dulu." Ujar intan dan duduk disitu.

"Kamu pergi masuk mandi, nanti buat kerja sekolah. Ajar si aniq ni sekali buat kerja sekolah. Dari tadi main je kerja dia." Bebel umi dan intan anggukkan kepala dia.

"Intan naik dulu." Ujar intan dan berlalu tinggalkan pangkin itu. Dia masuk dalam rumah diikuti adira.

Dia dudukkan adira dalam bilik dia sementara dia mandi.

(....)

Petang itu, intan dan aniq buat kerja sekolah sama sama diruang tamu rumah mereka dengan ditemani adira. Walaupun adira orang luar, tapi mereka sekeluarga anggap adira ini sebagai anak sendiri, sebabnya adira ini anak tunggal, tiada adik beradik. Jadi umi dan ibu pun setuju untuk rapatkan silaturahim mereka.

Disebabkan adira tak masuk sekolah lagi, dia hanya melukis sebelah intan.

"Eh dira tahun depan dah school kan?" Tanya intan dekat adira dan laju je adira anggukkan kepala dia.

"Nak school dekat mana?" Tanya intan.

"Dengan abang aniq." Jawab adira semangat.

"Wah! Goodgirl!" Ujar intan dan belai rambut adira.

"Boleh ke nak pergi school? Kalau susu pun minum lagi." Ujar abang, merupakan abang sulung intan dan aniq, aidil.

"Takboleh minum susu ke?" Tanya adira.

"Mana boleh! Nanti orang cakap kau baby!!" Jawab aniq dan aidil terus pukul manja lengan aniq, sebabnya dia tak suka aniq bahasakan aku engkau dekat adira.

"Minum sikit pun tak boleh?" Tanya adira lagi.

"Boleh, tapi bukan minum dekat sekolah la. Minum dekat rumah." Ujar intan pula.

"Boleh boleh boleh!!" Jawab adira suka.

Kalau ikutkan umur, aidil berumur 17 tahun, bakal menghadapi peperiksaan spm, manakala intan pula berumur 15 tahun, bakal menghadapi peperiksan pmr. Aniq pulak 8 tahun manakala adira 6 tahun. Entah kenapa jarak antara intan dengan aniq jauh sangat.

(...)

8 tahun kemudian

Walaupun dah 8 tahun berlalu, hubungan mereka 2 buah keluarga masih rapat. Dan adira masih lagi berkepit dengan aniq disekolah. Walaupun mereka dah berada disekolah menengah, mereka masih rapat.

You Are Mine!!Where stories live. Discover now