Luah

155 13 3
                                    

Aniq dah pun mula kelas ditempat belajar dia. Dia dan haikal ke kelas sama sama, sehinggalah mereka jumpa lagi ramai kawan kawan mereka.

- sebulan kemudian-

Adira sibuk menolong umi sekeluarga, sebabnya abang aidil akan melangsungkan majlis akad nikah dan bertunang dirumah.

Walaupun aniq study, dia tetap balik untuk tolong mana yang dia boleh tolong, tapi dia bukan datang seorang, dia datang dengan haikal.

"Ni kawan kamu la ni? Hurm hensem." Puji ibu.

"Terima kasih makcik." Balas haikal dan tersengih suka.

"Sama sama, ni nak minta tolong, ambilkan bekas besar dekat dapur. Minta la dekat sesiapa." Pinta ibu meminta tolong dekat haikal.

"Boleh boleh." Balas haikal dan masuk ke dalam rumah lalu menuju ke dapur. Lelaki tolong pasang khemah diluar rumah manakala perempuan dibahagian dapur dan masak.

Haikal masuk je dapur, dia tak tahu nak jumpa siapa untuk kinta tolong. Sebaik sahaja dia nampak adira, dia terus hampiri adira.

"Adira kan?" Tegur haikal dekat adira dan adira pandang dia dan anggukkan kepala dia.

"Kenapa?" Tanya adira.

"Makcik minta bekas besar. Ada tak?" Tanya haikal dan berkerut dahi adira.

"Makcik mana?"tanya adira dan haikal geleng kepala tanda tak tahu.

Adira bagi 1 bekas paling besar dekat haikal dan haikal sambut huluran adira itu.

"Terima kasih." Ucap haikal dan berlalu dari situ.

"Ni makcik." Ujar haikal dan hulur bekas tadi dekat ibu.

"Terima kasih ye nak." Ucap ibu dan sambung rewang dekat situ.

"Sama sama." Balas haikal lalu dia dapatkan aniq semula.

"Kau pergi mana?" Tanya aniq sambil lap peluh dia.

"Ada makcik tadi minta tolong." Balas haikal.

"Ni nak teman aku pergi beli ice tak? Mak aku suruh pergi beli." Tanya aniq dan haikal sengih je.

"Mestilah boleh. Nak gerak sekarang ke?" Tanya haikal dan aniq anggukkan kepala dia.

"Aku nak ambil kunci motor jap." Jawab aniq dan masuk kedalam rumah tapi diikuti oleh haikal dari belakang.

"Kau pehal ikut?" Tanya aniq yang pelik dengan gelagat haikal ni.

"Ala kau ni, dalam ramai ramai ni, aku kenal kau je. Mestilah aku ikut kau je." Balas haikal dan sengih.

Aniq mula mencari kunci motor dia di tempat biasa, tapi takde. Lepastu dia mencari diruangan dapur, tapi masih tak kelihatan.

"Dik, ada nampak kunci motor abang tak? Tak jumpa la." Tanya aniq yang masih mencari kunci motor dia.

"Cuba tengok dekat tepi rak tu, ada tak?" Tanya adira yang sibuk kupas ubi kentang itu. Aniq pun ikut je apa yang adira cakap dan betul, kunci motor ada dekat situ.

"Alright, dah jumpa. Nak apa apa tak? Nak pergi beli ice ni." Ujar aniq.

"Ikut abang la. Kalau ni nak ice cream boleh?" Tanya adira dan sengih dekat abang dia.

"Okay, tapi 1 je la." Balas aniq dan adira anggukkan kepala dia.

Aniq dan haikal dah keluar dan melangkah ke motor.

"Kau dengan adik kau tu memang rapat ke?" Tanya haikal ingin tahu.

"Hurm, asal?" Tanya aniq dan hidupkan enjin motor dia.

You Are Mine!!Where stories live. Discover now