Cerita

188 14 0
                                    

Adira balik je, dia terus balik makan, mandi. Lepastu dia akan ajak ibu ke rumah umi, sebab dia ada gosip yang perlu dia bagitahu umi.

"Apa la yang kamu ni nak membawang? Tak lain tak bukan sebab abang aniq dia la ni." Ujar ibu sebaik sahaja tiba di rumah umi.

"Ha kenapa? Nak cerita apa?" Ujar umi. Dia dah tahu sebab itu je rutin harian adira.

"Umi nak tahu tak, tadi kan adira nampak abang aniq pegang tangan perempuan. Abang aniq ada girlfriend umi." Adu adira.

"Pegang tangan? Kamu biar betul?" Tanya ibu seakan tak percaya.

"Betul! Depan dira. Dira nak panggil tapi diorang dah naik motor." Ujar adira.

"Tak reti halal haram ke anak aku seorang ini." Ujar umi dan picit kepala dia yang tak sakit itu.

"Sabar la kak ilah, nanti kamu cakap dengan dia baik baik." Ujar ibu.

(....)

Keesokannya adira sampai je sekolah, terus tangan dia kena tarik dengan aniq.

"Eh eh abang aniq! Sakitlah!" Adu adira bila aniq pegang tangan dia kuat sangat.

"Kau cakap apa dekat umi?" Tanya aniq bengang. Dia tahu kawan kawan dia ada dekat situ tapi dia marah bila depan dia kini adalah adira.

"Cakap apa?" Tanya adira dan urut tangan dia yang sakit itu.

"Aku tanya kau, kau tanya aku balik?? Kau cerita apa dekat umi semalam?" Bengang aniq.

"Banyak benda! Cuba abang bagitahu apa benda." Tegas adira.

Amirul dan haziq hampiri aniq, dia tahu apa akan jadi dekat adira kalau mereka tak halang aniq.

"Kau cerita aku pegang tangan perempuan? Kenapa? Memang semua benda nak cerita ke?" Marah aniq.

"Iye! Abang kan dah besar, dan pegang tangan bukan mahram kan tak elok, sebab tu dira cerita dengan umi." Jawab adira selamba.

"Boleh tak jangan semua benda nak cerita dekat umi?  Mulut tu diam! Jangan sampai aku benci kau, sekali aku dah benci kau, muka kau pun aku taknak tengok." Marah aniq, aniq ukashah.

"Takkan cerita benda tu pun kena marah? Sampai nak benci?" Tanya adira tak puas hati.

"Kenapa? Kau siapa yang aku tak boleh nak benci?" Tanya aniq lagi geram.

"Aniq, dah la tu. Tu adik kau tu." Tegur amirul yang rasa kesian dengan adira.

"Aku takde adik la sial!! Aku anak bongsu! Kau pergi sebelum aku makin benci dekat engkau!" Bengang aniq. Adira hanya berdiri situ. Dia cuba nak melawan tapi haziq terlebih dahulu tarik adira tinggalkan mereka bertiga disitu.

Adira mula beratur ditapak perhimpunan, dan entah kenapa air mata dia mengalir, sebab dia tak pernah nampak aniq semarah itu. Dan dia tak pernah tahu pun yang aniq akan semarah itu, selama ni takde pun dia marah kalau dia cerita semua benda dekat umi.

Haziq yang juga pengawas, hampiri adira yang sedang beratur tu, dia bagi tisu dekat adira. Adira jeling dia dan ambil tisu tu.

"Lap air mata tu, jangan bazirkan. Dira tak salah, dia salah. Dira buat benda betul tegur dan cerita dekat umi benda sebenar." Pujuk haziq dan adira gelengkan kepala dia.

"Tak! Dia dah benci dira." Jawab adira dan air mata dia masih lagi mengalir.

"Dia takkan boleh benci dira." Jawab haziq lagi.

"Dia dah benci dah pun." Jawab adira dan haziq mengeluh bila adira menjawab.

(...)

Pada waktu balik, aniq tak terus tunggu adira, dia terus balik ke rumahnya dengan motor manakala adira masih disekolah.

You Are Mine!!Where stories live. Discover now