Walaupun aniq suruh dia balik sendiri,tetapi adira masih berdiri didalam kawasan sekolah. Bukan dia taknak balik, tapi hujan lebat, macam mana nak balik.
Adira yang masih ada di kantin itu hanya duduk dan buat latihan disitu sehingga dia tak sedar yang aniq berdiri belakang dia.
"Dira!" Panggil aniq dan adira pusing pandang belakang.
"Jom masuk kelas abang, tengah hujan ni." Ajak aniq dan berdiri sebelah adira yang tengah duduk itu.
"Abang ada kelas tambahan kan? Pergi je la. Dira tunggu sini." Ujar adira degil. Aniq malas cakap banyak, beg sekolah, pencil box, buku latihan milik adira dia rampas dan terus tinggalkan kawasan kantin.
"Ish abang!!!!" Jerit adira kuat tapi kuat lagi bunyi hujan.
"Masuk kelas abang!!!" Ajak aniq dan adira gelengkan kepala dia.
"Sama je duduk kat kantin juga."jawab adira dan cuba nak rampas segala barang dia tapi kedegilan aniq lagi tinggi gunung, Akhirnya adira mengalah dan ikut je belakang abang dia.
Setibanya mereka dikelas aniq, adira tak terus masuk, malah hanya berdiri depan pintu kelas.
"Adira kenapa tak masuk?" Tanya sikgu fuad, guru kelas aniq. Aniq terus duduk dimeja dia dan kesemua barang adira, diletakkan ditempat duduk kosong sebelah dia
"Boleh masuk ke? Ni kan kelas tambahan tingkatan 5." Jawab adira dan cikgu fuad hanya senyum sahaja.
"Masuk je, abang kamu ni risau betul. Ni dah kamu ada depan mata, takde lah dia risau sangat." Ujar cikgu fuad dan adira hanya masuk dan terus melangkah ke tempat disebelah aniq.
Buku latihan dia yang aniq letak atas meja dicapai dan dia mula buat latihan disitu, disebelah abang dia.
"Hai adira!" Kacau haziq, kawan baik aniq.
"Hai abang haziq." Balas adira dan lambai dekat kawan abang dia.
"Jangan kacau adik aku haziq!" Balas aniq. Dia tahu kawan dia ni suka sangat kacau si adira ni.
"Aku tanya khabar je. Kan dira kan?" Balas haziq dan senyum dekat adira dan adira hanya senyum sahaja.
Aniq pandang adira, dia nampak adira pandang haziq, segera dia pusing kepala adik dia itu untuk fokus dekat buku dan bukan dekat lelaki lain.
"Kenapa?" Bisik adira dekat aniq.
"Jangan layan dia, buat je latihan tu." Arah aniq dan adira hanya akur sahaja.
"Okay semua, siapa nak try jawab soalan dekat depan?" Tanya cikgu fuad kuat dekat pelajar dalam kelas dia. Adira yang buat latihan itu pun angkat kepala tengok ke arah papan putih itu.
"Negatif 5" jawab adira dan aniq pandang dia
"Cikgu, saya nak try jawab boleh?" Tanya adira volunter angkat tangan bila seisi dalam kelas itu diam.
"Tahu ke jawapan? Sebabnya ni soalan tingkatan 5 tau, kamu tu masih tingkatan 3." Ujar cikgu fuad. Dia bukan nak rendah rendahkan bakat anak murid dia, tapi inginkan kepastian.
"Tahu! Negatif 5." Jawab adira yakin.
"Mari sini cuba jawab dulu, nak tengok betul ke tak." Ujar cikgu fuad. Adira berdiri dengan semangat dan melangkah kehadapan kelas abang dia itu, marker pen yang dihulur oleh cikgu fuad diambil dan dia mula jalan kerja dipapan putih itu.
Mereka semua 1 kelas lihat apa yang ditulis dipapan putih yang ditulis adira itu. Setelah selesai menjawab soalan, dia duduk ditempat duduknya disebelah aniq
"Okay bagus adira, jawapan kamu betul." Ujar cikgu fuad dan membuatkan mereka semua terkejut dan laju sahaja kepala mereka pusing pandang adira dan membuatkan adira hanya senyum je.
YOU ARE READING
You Are Mine!!
RomanceMereka membesar sama sama, sehinggakan terlalu rapat bagi kedua dua belah pihak. Mereka rapat disebabkan keluarga mereka merupakan jiran rapat dikampung Adira, yang merupakan calon pt3 disekolah kebangsaan bintang berlian, seorang yang periang, sem...