Lagi 3 minggu, peperiksaan besar iaitu spm akan diduduki oleh aniq. Jadi kini dia lebih banyak belajar dari bermain futsal. Malah dira pun jarang nampak dia melainkan dirumah.
Dan adira akan duduk dirumah umi selama seminggu, disebabkan ibu dan ayah terpaksa ke bandar untuk seminggu walaupun adira menolak tapi dia tetap tak boleh melawan.
"Umi, dira nak balik boleh? Nak ambil barang dira tinggal." Pinta adira meminta izin untuk balik.
"Barang apa? Minta aniq hantar la. Dah lewat ni." Risau umi.
"Esok nak kena bawa barang seni, buku lukisan dengan berus tertinggal dekat rumah. So nak pergi ambil." Jelas adira.
"Pergi dengan aniq la. Dah lewat ni, malam pulak tu bahaya." Risau umi.
"Ala rumah dekat je, takde apa apa pun." Jawab adira taknak mengalah.
"Tunggu, pergi dengan aniq. Kalau tak umi tak izinkan." Halang umi dan adira mencebik bila umi tak izinkan.
Umi berlalu ke bilik aniq, selang beberapa minit umi dan aniq keluar dari bilik itu dan berdiri didepan adira.
"Nak ambil barang apa? Bagi kunci rumah, abang ambilkan." Ujar aniq dan buka pintu rumah.
"Dira ikut? Sebab nak ambil barang something." Ujar adira memujuk.
"Cepat, abang tunggu bawah." Ujar aniq dan keluar dari rumah.
Adira terus ikut langkah aniq dan ke motor.
"Tudung mana?" Tanya aniq bila dia tengok adira yang hanya freehair berdiri sebelah dia.
"Ala, dah malam, tiada siapa nampak. Cepatlah." Jawab adira.
"Takde, pergi naik pakai tudung! Kalau taknak pakai tudung bagi je kunci rumah." Jawab aniq dan adira terus merengus.
Dia masuk semula kedalam rumah, tudung sarung dipakai, lepastu dia keluar semula dapatkan aniq.
"Cepat naik." Arah aniq bila dia puas hati dengan penampilan adira sekarang.
(...)
Sebaik sahaj tiba dirumah, adira terus masuk dalam bilik dia dan sebungkus kotex dicapai. Kotex itu dia masukkan dalam beg, kemudian dia keluar, rumah dikunci dan dia dapatkan aniq semula.
"Dah?" Tanya aniq pula dan adira anggukkan kepala dia. Adira panjat motosikal dan mereka mula pulang kerumah semula.
(....)
-3 minggu kemudian-
Kini spm sebenar telah berlangsung. Suasana dalam dewan peperiksaan tersangatlab sunyi. Disebabkan spm, pelajar sekolah yang lain telah pun cuti sekolah.
Adira peperiksaan pt3 telah pun berjalan dengan lancar. Maklumlah pt3 dulu, barulah spm. Adira dirumah ibu hanya duduk tengok tv dengan santai.
"Adira, dira agak abang dira tu dapat berapa A?" Tanya ibu yang ingin berbual dengan anak dia.
"Mestilah dia dapat straight A!!" Jawab adira happy.
"Adira pula agak berapa A?" Tanya ibu dekat adira pula.
"Mestilah straight A jugak." Jawab adira suka.
"Kalau abang aniq nak belajar, dira okay ke?" Tanya ibu dan adira pelik dengan soalan ibu dia itu.
"Kenapa ibu tanya? mestilah dira okay! Dia bukan sesiapa pun, dia bukan anak ibu, dia jiran kita ibu." Jawab adira selamba.
"Tak sedih kalau dia jauh?" Tanya ibu dan adira.
YOU ARE READING
You Are Mine!!
RomanceMereka membesar sama sama, sehinggakan terlalu rapat bagi kedua dua belah pihak. Mereka rapat disebabkan keluarga mereka merupakan jiran rapat dikampung Adira, yang merupakan calon pt3 disekolah kebangsaan bintang berlian, seorang yang periang, sem...