Hidup baru

12 2 0
                                    

Ayah dan adira telah buat keputusan untuk mulakan hidup baru. Rumah yang mereka duduk sebelum ini, mereka tinggalkan begitu sahaja.

Abah dengan ayah masih berhubung, tapi melalui telefon sahaja. Abah masih terkejut dengan berita terkejut ini. Malah mereka tak sempat nak jumpa ibu, tapi tak boleh nak buat apa.

Malah aniq juga cuba telefon adira banyak kali untuk tanya khabar adik dia, tapi adira tetap tak jawab telefon aniq.

"Dira, kamu memang taknak jawab panggilan abang kamu ke?" Tanya ayah.

"Dira tak bersedia lagi nak cakap dengan sesiapa. Semua benda ni berlaku begitu cepat. Dira rindu ibu." Balas adira dan terus terusan menangis.

"Ayah pun rindu ibu, tapi kita kena kuat sayang. Demi ibu!! Ibu pun mesti taknak kita selemah ini. Ibu tahu kita kuat, sebab itu dia tinggalkan kita. Dan ibu tahu pasti dira boleh berjaya suatu hari nanti." Pesan ayah dan adira segera memeluk ayah dia.

"Nanti ayah nak balik rumah sana ke?" Tanya adira dan ayah menganggukkan kepala dia.

"Ayah balik seorang boleh? Panggilan untuk tempat belajar dah memangil, mungkin adira terus pergi sana." Balas adira dan ayah hanya senyum sahaja.

"Ayah faham. Takpe ayah okey je. Ayah akan sentiasa sokong apa sahaja keputusan anak ayah." Balas ayah dan adira senyum manis dekat ayah dia.

"Dira sayang ayah! Sayang sangat sangat." Balas adira

"Ayah pun sayang dira." Balas ayah dan mereka sambung berpelukan.

(.....)

Ayah sampai sahaja dirumah lama mereka, abah dan penduduk kampung laju sahaja dapatkan ayah. Laju sahaja abah memeluk kawan baik dia ini. Malah aidil, aniq juga berada disitu.

"Aku tahu kau kuat. Kami minta maaf sebab tak tahu hal ini." Balas abah serba salah.

"takpe, kami juga rahsiakan hal ini dari kamu sekeluarga." Balas ayah.

"Adira mana ayah?" Tanya aniq yang begitu risau dengan adik perempuan dia.

"Adira takde. Dia terus sambung belajar. Dia bukan taknak balik sini dulu, tapi dia tak kuat. Dia rindu sangat dengan ibu." Balas ayah dan umi terus menangis dekat situ.

"Ya allah abang, kesiannya dekat adira. Kuatnya dia hadapi hal ini sendiri." Ujar umi teresak esak.

"Adira okay ke?" Tanya aidil lagi. Dia pun risau dengan keadaan adik perempuan dia itu.

"Dia okay. Dia kuat. Ni dia hantar gambar yang dia dah sambung belajar. Ayah harap sangat yang dia baik baik je dekat sana." Balas ayah dan menunjukkan gambar adira yang ada didalam kelas itu.

" Balas ayah dan menunjukkan gambar adira yang ada didalam kelas itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa dia tak contact aniq langsung?" Tanya aniq perlahan.

"Dia taknak kamu risaukan dia sangat. Dia cuba nak berdikari sendiri. Dia nak cuba sendiri semua benda. Dia nak kuat sendiri selepas ibu takde. Kamu yakin lah yang dia akan telefon kamu nanti." Balas ayah perlahan dekat anak lelaki dia ini.

You Are Mine!!Where stories live. Discover now