Selepas beberapa minggu, haikal datang semula ke rumah keluarga adira seorang diri tanpa aniq.
"Assalammualaikum!" Haikal memberi salam.
"Waalaikummusalam." Balas ayah pula dan terkejut dia bila dia nampak haikal berada didepan rumahnya.
"Haikal, buat apa dekat sini?" Tanya ayah apabila haikal hampiri dia dan menyalami dia.
"Saya dah fikir hal yang saya pernah cakap dengan pakcik dulu. Kalau pakcik okey esok saya minta mama dengan papa saya datang sini jumpa pakcik dengan makcik." Jawab haikal serius.
"Kamu betul betul? Tak main main ke?" Tanya ayah seperti tak percaya.
"Tak, saya memang kuat main. Tapi kalau hal hal macam ni saya serius. Umi pun bagitahu saya yang aniq tak pernah suka adira." Jawab haikal dan terus berkerut dahi ayah.
"Kamu syak aniq suka adira ke? Sebab tu kamu nak ikat adira cepat cepat?" Tanya ayah dan haikal senyum je.
"Saya syak je, tapi aniq bagitahu umi yang dia memang anggap adira tu adik dia je. Jadi tak salah kalau saya nak jaga adira. Kalau nanti adira nak sambung belajar dekat kl ke, saya boleh tengokkan dia, saya memang duduk kl." Balas haikal lagi serius.
"Macam ni la, kamu bawa ahli keluarga kamu datang sini. Biar kami je berbincang antara kami." Jawab ayah serius dan haikal senyum.
"Baiklah. Esok juga saya minta mama dan papa datang sini. Make sure pakcik dengan makcik ada dekat rumah ye." Jawab haikal semangat dan menyalami ayah, lalu berlalu dari situ.
Haikal masuk dalam kereta dan tinggalkan rumah ayah.
"Abang, siapa tadi?" Tanya ibu.
"Haikal. Nampak nya dia memang serius nak merisik anak dara kita." Ujar ayah dan terus terkejut ibu dibuatnya.
"Abang, saya taknak lepaskan anak saya. Tapi sebab saya bang, teringin nak tengok dia kahwin." Ujar ibu dan ayah terus memeluk ibu apabila ibu dah pun mengalirkan air mata dia.
"Saya tahu awak teringin nak tengok adira bahagia, tapi kita kena bincang dengan dia. Saya pun taknak bagi dia kahwin lagi." Ujar ayah memujuk ibu.
(....)
Seperti yang dikatakan, esoknya haikal datang semula dengan keluarganya.
"Ha jemputlah masuk!" Jemput ayah bila haikal sekeluarga datang berkunjung dirumah mereka.
"Maaflah, rumah kami kecik je." Balas ibu sambil menyalami mama haikal.
"Takpe, kami faham." Balas mama haikal.
"Jemputlah duduk, saya nak hidangkan minuman dulu." Ujar ibu lalu menuju ke dapur.
"Saya arif, ayahnya adira." Ayah perkenalkan dirinya.
"Saya hafizi. Datuk hafizi." Ujar papa haikal.
"'Nak panggil apa? Segan pula saya." Balas ayah serba salah.
"Panggil hafizi je." Ramah papa haikal.
"Anaknya mana?" Tanya mama haikal.
"Adira masih dekat sekolah, dia lewat sikit harini, ada kelas tambahan." Jawab ayah.
"Umurnya berapa? Boleh saya tahu?" Tanya mama haikal.
"Baru nak masuk 17 tahun. Nak jawab spm. Haikal dah tahu, malah saya sendiri dah pesan dengan dia, tapi saya minta dia fikir baik baik dan bawa keluarga dia la, untuk berbincang hal ini." Jawab ayah jujur.
"Jemput minum" jemput ibu dengan membawa sedulang air lalu diletakkan diatas meja kecil diruang tamu itu.
"Kami minta maaf la kalau menggangu, tapi haikal ni la, tak sabar sabar. Kami datang nak merisik adira. Tapi itulah, kami nak tengok dululah, berkenan sangat. Muda lagi kalau nak kahwinkan diorang, bak kata encik arif, adira tu pun masih bersekolah. Jadi kami datang untuk ziarah je la." Ujar papa haikal.
YOU ARE READING
You Are Mine!!
RomanceMereka membesar sama sama, sehinggakan terlalu rapat bagi kedua dua belah pihak. Mereka rapat disebabkan keluarga mereka merupakan jiran rapat dikampung Adira, yang merupakan calon pt3 disekolah kebangsaan bintang berlian, seorang yang periang, sem...