Hari sabtu
Harini merupakan hari bertunang bagi adira dan haikal. Dan pada harini juga status dia akan berubah. Dari single ke tunangan orang.
"Ibu, betul ke keputusan yang dira buat ni?" Tanya ibu. Sebenarnya ibu yang siapkan anak dara dia ni.
"InsyaAllah, Allah akan memudahkan segalanya. Lagipun kamu nak gembirakan ibu, bukan suka suka. Nanti Allah sendiri yang akan buat samada kamu memang jodoh haika atau tidak." Pujuk ibu
"Dira nak ibu ingat, dira buat ni semua sebab ibu. Dan dira pun dah minta tolong haikal, untuk carikan doktor untuk sembuhkan ibu. Dira tak bersedia lagi nak kehilangan ibu." Ujar adira sedih.
"Tak baik macam tu, sekarang ni ibu dan dira ingat yang mungkin ni memang dah tertulis bahawa kamu adalah jodoh haikal. Ibu cuma nak pesan 1 benda. Walaupun kamu dengan dia tak suka sama suka, ibu nak kamu selalu ada bila dia susah, sama juga dengan dia. Ibu nak kamu berdua tak berahsia antara 1 sama lain." Pesan ibu lagi dan adira anggukkan kepala dia.
"Adira dah siap ke? Family haikal dah sampai dah." Ujar umi masuk dalam bilik adira.
"Abang aniq memang tak balik kan minggu ni?" Tanya adira pula sebaik sahaja dia nampak umi.
"Tak, kamu jangan risau." Ujar umi dan adira anggukkan kepala dia.
"Jom keluar, senyum sikit, jangan masam. Nanti dah tak cantik dah anak ibu ni." Ujar ibu dan cubit pipi adira manja.
Mereka bertiga mula menapak ke ruang tamu, dan adira dapat lihat yang ruang tamu dia kini dah penuh dengan acara pertunangan antara dia dengan haikal.
Adira duduk diatas kerusi yang disediakan.
(....)
Selesai sahaja upacara penyarungan cincin, kini sesi bergambar pula.
"Terima kasih sudi jadi tunang saya." Bisik haikal.
"Sama sama." Ucap adira perlahan.
"Assalammualaikum!!" Ucap seseorang diluar rumah. Mereka yang kenal akan suara itu terus membesar mata mereka. Begitu juga dengan adira.
Umi terus berdiri depan pintu dan betul tekaan mereka, aniq dibawah rumah.
"Umi? Buat apa dekat rumah ibu?" Tanya aniq dan menyalami uminya.
"Kamu kata kamu tak balik minggu ni, ni kenapa dekat sini?" Tanya umi risau.
"Rindu dira, tu datang nak bawa donut ni bagi dia. So nanti nak balik hostel balik. Ni umi kenapa ramai ramai ni? Ada buat kenduri ke? Tak bagitahu aniq pun." Ujar aniq dan panjat tangga.
Sebaik sahaja aniq masuk kedalam rumah ibu, dia dapat lihat ramai orang, tapi mata dia tetap menatap adira yang berdiri sebelah haikal, dengan sejambak bunga malah haikal dan adira memakai baju warna yang sedondon.
YOU ARE READING
You Are Mine!!
RomanceMereka membesar sama sama, sehinggakan terlalu rapat bagi kedua dua belah pihak. Mereka rapat disebabkan keluarga mereka merupakan jiran rapat dikampung Adira, yang merupakan calon pt3 disekolah kebangsaan bintang berlian, seorang yang periang, sem...