Selepas 3 bulan
Adira ke sekolah untuk mengambil keputusan spm dia.
"Tahniah wei!!! Kau memang sama macam abang kau, straight A!" Ucap mereka yang lain dekat adira.
"Terima kasih. Tahniah juga untuk korang." Ucap adira dekat kawan mereka.
"Abang kau tak datang ke?" Tanya batrisya dan adira gelengkan kepala dia lemah.
Ye, aniq dah kurang bercakap dengan dia. Dia tahu yang abang dia sibuk dengan Universiti dia, tapi sejak dia bertunang dengan Haikal, aniq langsung tak hubungi dia. Jadi betullah apa yang abang dia cakap, yang dia takkan ambil kisah hal adik dia lagi.
"Dia sibuk." Balas adira lemah.
"So dah decide ke nak masuk U mana?" Tanya batrisya lagi dan adira hanya senyum je.
"Takde, tapi aku dah tahu nak jadi apa." Balas adira lagi.
"Apa?" Tanya mereka semua serentak.
"Doktor." Balas adira dan senyum.
Aku decide selepas ibu disahkan penghidap barah payudara.
"Eh wei, tengok tu. Tu 1 sekolah dengan kita ke? Asal aku tak pernah tahu ada lelaki hensem macam tu?" Ujar nasuha dan menunjukan ke arah seorang lelaki segak, yang baru masuk kedalam dewan itu. Semua mereka disitu turut pusing dan pandang kearah yang nasuha tunjuk.
Tapi tidak bagi adira, sebab dia tak tahu pula yang haikal akan datang sini harini dengan sejambak bunga ditangan.
"Asal aku rasa dia macam senyum kearah kita?" Ujar batrisya pula.
"Dan kenapa aku rasa dia macam datang kesini? Pakwe sesiapa ke?" Ujar nasuha pula. Mereka masing masing diam disitu.
"Hai girls!" Tegur haikal ramah dan mereka bertiga dekat situ dah terkejut dah bila lelaki yang baru diorang puji hensem tu, memang betul betul berdiri depan mereka sekarang.
"Hai! Kita kenal ke?" Tanya nasuha.
"Nope! First time saya jumpa awak semua. Saya haikal, kawan lelaki adira." Ujar haikal ramah dan berdiri sebelah adira. Jambangan bunga tadi, dia hulur dekat adira dan adira ambil bunga itu.
"What!!!! Kau tak cakap pun kau ada boyfriend?" Tanya nasuha dan batrisya serentak.
"Ala, aku saja taknak bagitahu korang." Ujar adira dan senyum dekat kawan kawan dia.
"So how you guys punya keputusan? Puas hati tak?" Tanya haikal ramah dekat mereka.
"Alhamdullilah, bersyukur. Eh by the way, macam mana kenal adira?" Tanya nasuha nak korek rahsia.
"Alhamdullilah. Kenal adira? Anggap je la kami ni ditkadirkan Tuhan untuk bersama." Ujar haikal merendah diri.
"Wow!!! Sweetnya!!!" Ujar batrisya dan nasuha teruja.
"Mengadalah korang. Awak datang sini nak ambil saya balik ke?" Tanya adira dan pandang haikal yang setia berdiri disebelahnya.
"Yes, tapi awak lapar?" Tanya haikal semula.
"Kenapa? Abang haikal nak belanja kami ke?" Tanya nasuha teruja.
"Boleh je. So korang nak makan apa?" Tanya haikal ramah.
"Pergi chicken rice shop boleh? Nak makan nasi ayam." Jawab batrisya pula.
"Korang ni memang tak reti malu ke? Main order je nak makan apa." Bebel adira.
"Kau sendiri cakap, ada pakwe kongsi." Jawab nasuha selamba.
"Kau jangan fitnah! Aku tak cakap pun." Marah adira dan cuba nak pukul nasuha tapi haikal laju sahaja menahan tindakan adira itu.
YOU ARE READING
You Are Mine!!
RomanceMereka membesar sama sama, sehinggakan terlalu rapat bagi kedua dua belah pihak. Mereka rapat disebabkan keluarga mereka merupakan jiran rapat dikampung Adira, yang merupakan calon pt3 disekolah kebangsaan bintang berlian, seorang yang periang, sem...