spm + kacau

154 12 0
                                    

selepas beberapa bulan, kini giliran adira pula yang akan mengambil peperiksaan spm. tanpa adra tahu, aniq sanggup balik dari asrama sebab nak bagi kata kata semangat untuk adik dia ini.

"abang balik kenapa?" tanya adira suka bila dia nampak aniq ada disitu disaat saat akhir.

"jumpa adik abang ni la, nak bagi kata kata semangat untuk dia supaya boleh jawab spm dengan tenang." ujar aniq dan adira gelak je.

"ala, spm je pun. benda senang." jawab adira berlagak.

"amboi berlagak. ni nak tanya, kalau dapat straight A jugak, nak ambil course apa?" tanya aniq ingin tahu.

"ala, tak fikir lagi la. dah la nak spm, dah tanya soalan macam tu." rungut adira dan buat buat sedih.

"alololo, nak nangis ke tu? abang tanya. kalau nak ambi course sama abang senang la, nant buku rujukan tak payah beli, guna abang punya je." ujar aniq dan adira mencebik.

"taknaklah!! semua nak ikut abang." jawab adira.

"amboi, dah bosan ke sebab asyik ikut abang je?" usik aniq dan adira hanya jeling je.

"ni semua persiapan dah siap? alat tulis semua cukup?" tanya aniq dan adira anggukkan kepala dia.

"good luck! i know you can do it." ucap aniq beri semangat dekat adik dia ni.

"thank you abang! doa kan dira yang boleh buat tau!!" ujar adira semangat.

"mestilah, cuma nanti hari isnin abang tak dapat hantar pergi sekolah la, sebab abang ada kelas." ujar aniq dan adira anggukkan kepala dia.

"takpe, ni abang datang pun okay." ujar adira. dia lupa yang selepas je dia habis peperiksaan spm, dia akan ditunangkan dengan haikal.

"hurm, esok kita keluar?" usik aniq lagi.

"nampak tak buku kimia ni? kalau kena dekat kepala, agak agak bengkak tak kepala tu?" marah adira dan aniq terus terusan gelak.

"abang gurau pun tak boleh ke? adoi la sakit perut abang gelak." ujar aniq dan sambung gelak.

"gelak la sini sorang sorang, dira nak belajar." ujar adira dan abaikan aniq yang tengah ketawa itu.

"umi, tengok abang aniq ni!!! macam orang gila!! gelak sorang sorang!!" jerit adira kuat kuat. keluarga semua datang bertandang kerumah adira, tapi umi dengan ibu ada dekat dapur, adira dengan aniq ada dekat ruang tamu.

"aniq, apa kacau adik kamu ni? dia nak spm tu." tegur umi.

"ala, usik sikit je sebab taknak bagi dia stress. nak spm ni mana boleh makin stress, kena la gelak gelak sikit." jawab aniq cuba pertahankan diri sendiri.

"eleh cakap orang, dia pun dulu nak spm pun sama! muka lagi stress adalah!" perli adira dan aniq senyum je.

"adalah abang gelak, adik je tak nampak." jawab aniq dan makan goreng pisang yang telah dibuat oleh ibu dan umi.

"bila?" tanya adira pula.

"bila abang kacau adik abang ni." jawab aniq dan sempat kenyitkan mata dia dekat adik dia.

"ish ibu tengok tu, nak mengatal pulak dengan adik dia ni. ada yang kena pukul dengan buku ni karang!!!" marah adira dan angkat buku kimia dia yang tebal tu dekat aniq acah nak pukul.

"dah dah, adira mari sini makan dulu." ujar ibu memanggil anak dara dia. adira letak buku kimia dia dan duduk sebelah ibu, dia ambil goreng pisang dan makan.

(....)

sebelum adira nak ke sekolah, dia capai telefon dia dan dia dapat mesej dari haikal.

Haikal

goodluck spm, sorry tak dapat nak jumpa sebelum dira nak spm. but i will send wish to you. jangan fikirkan pasal kita for 1 month ni. just fokus spm tu. insyaAllah saya takkan kacau awak selama awak spm, taknak awak stress. again goodluck.

love you

adira baca mesej dari haikal tu tapi tiada niat langsung nak reply. semalam dia bersama aniq dan dia lupa sungguh kewujudan tunang dia ni.

semakin nak spm, semakin dia takut untuk jadi tunang haikal, dia juga risau nak beritahu aniq macam mana. tapi terpaksa.

(.....)

1 bulan kemudian

semua kawan sekelas adira mula bergambar ramai ramai selepas mereka semua dah habis paper pada hari itu.

"tahniah semua!!!!" jerit mereka masing masing.

"wei, walaupun kita dah habis paper, jangan lupa contact each other tau!" ujar fatehah dekat kawan sekelas dia.

"korang pun, kalau dah kahwin ke, jangan lupa jemput tau!!! jumpa waktu ambil result nanti!" ujar kawan sekelas mereka yang lain.

"bye!!!! jumpa lagi 3 bulan!!" ujar mereka dan berlalu dari sekolah itu, kini mereka semua dah habis spm, jadi masa untuk pulang ke rumah selepas habis paper

(....)

adira balik je rumah, dia dapati yang keluarga dia dan dia keluarga angkat dia ada dekat situ.

"kenapa ramai ramai dekat sini?" tanya adira sebaik sahaja dia menyalami mereka semua.

"kami dah masak makanan kegemaran kamu, sebab kamu dah habis peperiksaan penting." ujar ibu dan terus tersenyum adira dibuatnya.

"wah!! betul ke??" tanya adira suka.

"betul la! sebab ibu tahu anak ibu ni makan tak pernah nak kenyang sebab sibuk belajar, kami tahu jadi sebab tu lepas je kamu dah habis peperiksaan, kami terus masak untuk kamu makan kenyang kenyang." jawab ibu dan terus adira peluk ibu kesayangan dia ini.

"ni yang dira sayang ibu ni!!!" ujar adira suka dan sesekali dia mencium pipi ibunya.

"jom makan!!!" ajak adira dan berlalu ke dapur diikuti yang lain.

(.....)

adira capai telefon dia bila haikal menghubungi dia.

"hello." sapa adira sebaik sahaja dia jawab panggilan dari haikal tu

"assalammualaikum. sibuk ke? dah habis spm kan? macam mana semua paper okay?" tanya haikal.

"waalaikmussalam. tak sibuk, baru lepas makan dengan family tadi. paper semua okay, ada yang susah ada yang senang yang penting boleh jawab dengan baik." jawab adira.

"alhamdullilah, baguslah macam tu. sorry la lama tak tanya khabar." ujar haikal serba salah.

"takpe, lagipun kan dah mesej, kata yang awak takkan kacau saya selama saya spm." ujar adira pula.

"alhamdullilah, saya pegang kata kata saya, walaupun sebenarnya setiap hari saya nak mesej awak, nak tanya keadaan awak, macam mana peperiksaan awak, tapi saya tahan diri saya sebab taknak awak banyak berfikir." ujar haikal lemah lembut.

"terima kasih juga sebab tepati janji awak." ucap adira.

"sama sama. boleh saya cakap pasal kita?" tanya haikal.

"boleh, bila awak nak hantar rombongan?" tanya adira.

"sabtu dan ahad ni. kalau hari lain tak boleh, sebab kelas. boleh ke?" tanya haikal.

"boleh, nanti apa apa boleh je mesej, dira akan bagitahu ibu dengan ayah." jawab adira.

"baguslah kalau macam tu, kita jumpa sabtu ni ye." ujar haikal dan adira anggukkan kepala dia, walaupun dia tahu yang haikal takkan nampak.

"jadi, selamat malam. sleep well. you doing good already in your spm so jangan banyak fikir sangat okay. tahniah!!!" ucap haikal.

"terima kasih dan selamat malam juga." ucap adira.

"assalammualaikum." ucap haikal

"waalaikummusalam." balas adira dan matikan panggilan begitu juga dengan haikal.

"aku yakin ke dengan apa yang aku buat ni? aku tak gunakan haikal sebab ibu kan?" soal adira kepada diri dia sendiri tapi tanpa dia sedar dia menangis diatas tilamnya.

You Are Mine!!Where stories live. Discover now