Lari

207 13 0
                                    

"Assalammualaikum ibu!" Aniq memberi salam dari luar rumah. Adira yang memang cam suara aniq itu langsung tak pergi jumpa aniq. Malah dia sibuk membuat kerja sekolah dia.

"Assalammualaikum!!" Aniq memberi salam lagi apabila tiada siapa buka pintu. Aniq tengok di tepi tangga, ada selipar adira dan ibu, tapi tiada siapa yang buka pintu.

"Assalammualaikum!" Ujar aniq lagi sedikit kuat. Kalau kalau mereka tidur.

"Waalaikummusalam, adira kenapa tak buka pintu, kan ada orang tu." Tegur mak yang dari dapur terus buka pintu.

"Tu orang jual barang tu." Jawab adira selamba.

"Ouh aniq, ha kenapa? Maaflah ibu dekat dapur. Adira ni pulak entah kenapa tak buka pintu, padahal dia ada dekat atas tu." Bebel mak sebaik sahaja dia buka pintu dan dapatkan aniq.

"Takpe, ni umi suruh hantar bekas ni. Umi ada bagi sikit lauk untuk makan malam." Ujar aniq dan senyum dekat ibu. Mata dia cuba cari kelibat adira tapi adira langsung tak munculkan diri.

"Ya allah! Buat susah susah je. Hantar nanti pun takpe. Ni terima kasih la ye." Ucap ibu sambil menyambut bekas yang dihulur aniq itu.

"Sama sama. Adira ada?" Tanya aniq mencuba nasib.

"Dekat atas. Buat kerja sekolah. Nak jumpa dia ke? Mari la naik dulu." Ajak ibu dan aniq hanya senyum sahaja.

Adira yang dengar ibu cakap macam tu, laju je adira bangun.

"Adira ni abang aniq kamu nak jumpa, eh kamu nak kemana?" Tanya ibu yang pelik bila laju je adira menghilang.

"Pergi tandas! Sakit perut!" Jawab adira kuat. Aniq yang mendengar hanya senyum kelat dekat ibu.

"Hurm takpe la. Aniq balik dulu la. Sebab baru lepas main bola, mandi pun belum." Ujar aniq meminta diri.

"Ha iyelah. Terima kasih." Ucap ibu dan aniq mula berlalu dari situ.

(....)

Malam itu, adira pergi tusyen untuk PT3. Dia pergi tusyen itu dirumah cikgu hamizi yang merupakan cikgu matematik. Begitu juga dengan aniq. Aniq pun ada tusyen disitu. Memandangkan cikgu hamizi buat tusyen untuk bantu anak murid dia.

"Assalammualaikum cikgu!!" Ucap adira kuat diluar rumah.

"Waalaikummusalam. Mari sini masuk. Lambat pulak harini." Tegur cikgu hamizi dan adira senyum je.

"Tadi sakit perut." Jawab adira dan senyum.

"Kamu duduk dekat meja sana, kawan kamu yang lain dah sampai dah. Cikgu ajar form 5 dulu." Ujap cikgu hamizi sebaik sahaja adira masuk kedalam rumah cikgu hamizi.

Sebaik sahaja dia masuk, mata dia terus bertentangan dengan aniq yang tengah senyum dekat dia. Adira abaikan aniq dan terus berlalu ke meja dimana kawan kawan dia dah ada.

"Kan aku cakap, dia akan lari dari kau." Bisik amirul dekat aniq. Aniq diam dan tengok kearah adira, malangnya adira membelakangi dia.

(...)

Selesai tusyen, mereka semua mula keluar dari rumah cikgu hamizi itu, aniq dah bersiap sedia dimotosikal dia begitu juga amirul dan haziq.

"Bye cikgu. Terima kasih!" Ucap adira dan kawan kawan dia serentak.

"Sama sama. Khamis nanti jangan lupa datang." Pesan cikgu hamizi dekat mereka semua.

"Baik cikgu." Jawab mereka serentak.

Adira kini bertentangan mata dengan aniq.

"Dira, balik macam mana?" Tanya amirul.

"Jalan kaki dengan kawan kawan lain." Jawab adira.

You Are Mine!!Where stories live. Discover now