Cemburu

193 12 0
                                    

"Kita nak tengok wayang pulak kan?" Tanya adira sebaik sahaja aniq selesai membuat pembayaran untuk makan mereka tadi.

"Takde balik." Ujar aniq serius.

"Ish tak baik tipu! Cakap dengan ayah nak tengok wayang, lepastu kata tak jadi." Ujar adira pula. Dia geram dengan abang dia seorang ni, semalam kata lain, harini kata lain.

"Ni abang nak tanya, kenapa sesuka hati bagi nombor dekat orang yang tak kenal?" Tanya aniq serius dan langkah mereka berdua berhenti ditengah jalan.

"La pasal tu ke? Ala, kalau dia mesej dira block je la, apa susah. Cepatlah. Nak tengok barbie ni!" Rengek adira dan buat muka comel dekat abang dia.

"Betul akan block dia?" Tanya aniq seakan tak percaya dengan adik dia ni.

"Iye! Cepatlah!! Nanti tiket habis!" Rengek adira dan aniq mengalah dan kini langkah mereka ke pawagam.

(...)

Selepas seminggu, akhirnya aniq dah mula kerja part time dekat coffee bean, manakala adira pula sibuk study. Sebab tahun depan giliran dia pula yang akan menduduki peperiksaan spm.

"Ni, adira. esok kamu ada kem kan?" Tanya ibu dan adira anggukkan kepala dia.

"Dah siapkan semua barang?" Tanya ibu lagi.

"Dah. Ala kem dekat sekolah je. Kem sambil belajar, tidur dekat sekolah." Jawab adira sambil mengulang kaji dimeja makan didapur.

"2 hari je kan?" Tanya ibu lagi. Dia bukan apa risau, sebab jarang jarang adira akan berpisah dengan dia, melainkan kalau dia terpaksa tinggalkan adira dirumah umi.

"Iye 2 hari sahaja ibu. Ibu jangan risau, dira dengan kawan dira yang lain." Ujar adira, dia tahu yang ibu dia risau sangat dengan dia.

"Hurm nak suruh kamu kahwin, muda lagi." Ujar ibu dan terus gelak adira dibuatnya.

"Apa la ibu ni, tahun depan baru spm kot." Ujar adira dan ibu hanya senyum sahaja.

"Kamu nak makan apa harini?" Tanya ibu.

"Ayam masak merah. Ibu masak lebih? Nak hantar dekat abang aniq." Ujar adira dan senyum.

"Kenapa nak hantar dekat dia?" Tanya ibu pula.

"Ala kan dulu dia belanja dira tengok wayang. Makan, minum jadi nak hantar la dia makanan." Ujar adira.

"Iyelah. Nak tolong ibu tak?" Tanya ibu dan adira laju sahaja anggukkan kepala dia.

(....)

Adira ke tempat kerja aniq dengan naik bas, maklumlah ada je bas nak ke mall, tapi tu la lambat je la. Sebaik sahaja dia masuk kedalam coffee bean itu, dia nampak aniq tengah lap meja dan laju je kaki dia melangkah ke abang dia itu.

"Abang!" Tegur adira suka.

"Eh buat apa dekat sini? Datang dengan siapa?" Tanya aniq dan sesekali mata dia memandang kearah belakang kalau kalau adira datang dengan seseorang.

"Datang sorang. Ni abang dah makan ke? Kalau belum ni makanan. Dira dengan ibu masak." Ujar adira dan hulur beg kecik itu dengan aniq.

"Ouh, terima kasih. Ni balik macam mana?" Tanya aniq.

"Naik bas." Jawab adira.

"Tunggu la, kejap lagi kot mungkin abang break. So nanti abang hantar." Ujar aniq.

"Eh tak payah. Susahkan abang pula. Lagipun dira lambat lagi nak balik, sebab plan dengan kawan nak jumpa sini." Jawab adira.

"Kawan? Buat apa?" Tanya aniq. Dia kalau bab adira memang risau dah macam adik kandung dah.

You Are Mine!!Where stories live. Discover now