Selepas 3 hari haikal dirumah keluarga aniq, akhirnya mereka akan kembali semula ke asrama mereka semula.
"Aniq, sebelum kamu balik, singgah rumah ibu. Hantarkan lauk kenduri ni." Ujar umi dan hukur sebungkus plastik dekat aniq. Aniq angguk dan ambil huluran umi itu.
"Umi, nak tanya boleh?" Tanya haikal. Umi yang minta haikal memanggil dia dengan gelaran umi.
"Tanya apa?" Tanya umi pula.
"Kalau haikal nak bercinta dengan adira boleh? Haikal tak tahu kenapa tapi memang haikal suka dia. Macam fall in love at first sight gitu." Ujar haikal dan senyum senyum dekat umi.
"La, kamu kena cakap dengan ibu dia. Bukan dengan umi. Ibu dan ayah dia yang ada hak. Kami ni orang luar je haikal." Balas umi.
"Takdelah. Cuma haikal rasa yang aniq suka adira. So kalau haikal bagitahu umi, mungkin umi boleh bagitahu aniq yang haikal suka dira." Balas haikal dan umi faham dengan maksud haikal itu.
"Faham, nanti umi akan tanya aniq la. Kalau memang aniq anggap adira adik angkat sahaja, umi bagitahu kamu." Ujar umi dan haikal hanya senyum dengan balasan umi.
(....)
"Assalammualaikum!!" Ucap aniq sebaik sahaja tiba dirumah ibu.
"Waalaikummusalam, ouh aniq dengan haikal." Balas ayah sebaik sahaja keluar dari rumah.
"Ni umi ada bagi lauk kenduri semalam. Ada la balance sikit, ni semua umi dah panaskan. Tapi umi ada cakap kalau macam nak basi ke nanti buang je." Ujar aniq sambil menghulurkan bungkusan itu kepada ayah.
"Ha iyelah, terima kasih. Ni terus nak balik asrama ke?" Tanya ayah dan aniq anggukkkan kepala dia.
"Pakcik, nak tumpang tandas boleh?" Tanya haikal.
"Kau ni, time ni jugak kau nak pergi tandas!!" Marah aniq.
"Dah tak tahan ni, boleh pakcik?" Tanya haikal minta izin.
"Ha masuklah, tandas dekat dapur." Ujar ayah dan haikal terus laju turun dari motor, kasut ditanggalkan dan terus masuk kedalam rumah.
Sebaik sahaja dia keluar dari tandas, dia tengok keadaan sekeliling rumah keluarga adira itu.
"Haikal dah jumpa tandasnya?" Tanya ayah yang baru masuk itu.
"Dah jumpa dah. Terima kasih." Ucap haikal dan senyuman masih terukir dibibirnya.
"Sama sama, tu aniq dah kepanasan dah tu." Ujar ayah dan senyum.
"Ha iyelah, tapi pakcik, nak tanya dan minta izin boleh?" Tanya haikal serius.
"Tanya apa dan nak minta izin apa?" Tanya ayah yang juga kedengaran serius.
"Kalau adira masih tiada sesiapa didalam hati dia, boleh ke kalau saya nak masuk dalam hati dia?" Tanya haikal serius.
"Kamu suka adira?" Tanya ayah dan haikal angguk tanda betul dengan sangkaan ayah adira.
"Kalau pakcik setuju, saya nak kenal adira dengan lebih rapat, lepastu kalau boleh habis adira trial spm, atau lepas saya habis semesta 3 saya nak merisik dia. Saya akan minta mama dan papa saya datang merisik adira. Saya serius pakcik." Ujar haikal dan dia memang serius dengan apa yang dia cakap.
"Kamu sedar tak yang adira tu masih bawah umur, dia spm pun belum? Kamu nak buat dia jadi isteri kamu?" Tanya ayah yang juga serius.
"Saya sedar, sebab tu saya nak merisik dulu. Tunang kemudian pun takpe. Saya sanggup tunggu dia. Saya taknak dia jadi hak orang lain." Balas haikal.
"Pakcik nak kamu fikir baik baik, niat kamu ni tak salah, tapi pakcik risau kamu fikir untuk kamu je, orang lain tak fikir. Kamu fikir baik baik, dah bincang dengan keluarga kamu, baru kamu datang sini semula." Pesan ayah dan haikal anggukkan kepala dia. Tangan ayah disalam dan dia keluar dari rumah itu.
"Cepatlah! Lambat la kau ni!" Marah aniq yang masih ada dimotor.
Haikal segera memakai kasut dan dapatkan aniq.
(....)
Ayah dapatkan ibu yang tengah buka lauk didapur.
"Tadi haikal datang dengan aniq hantar lauk ni." Ujar ayah dan mengeluh
"Haah, kenapa? Jarang jarang abang tiba tiba mengeluh ni kenapa?" Tanya mak risau.
"Haikal, kawan si aniq tu, ingat? Yang tolong semalam." Jawab ayah dan ibu cuba ingat sesiapa kawan aniq yang nama haikal.
"Ouh, ha dia. Kenapa dengan dia?" Tanya ibu.
"Dia cakap dengan saya, dia nak merisik adira. Tapi saya suruh dia fikir betul betul dengan keputusan dia." Jawab ayah dan ibu terkejut dengan apa yang ayah cakap.
"Abang biar betul? Abang izinkan?" Tanya ibu seakan tak percaya.
"Tak, mestilah tak. Adira tu dunia luar pun dia tak habis lagi tengok, takkan nak suruh bagi kahwin dah. Abang suruh si haikal tu fikir baik baik. Kalau dia yakin yang adira tu memang jodoh dia, dia memang akan datang hantar merisik. Dia tak kisah nak bertunang bila, tapi dia memang nak adira. Dia sanggup tunggu adira habis belajar semua." Jawab ayah dan kalini ibu pula mengeluh dengar apa yang ayah cakap itu.
"Kenapalah dengan anak kita bang?" Tanya ibu.
"Kalau dia yakin nak juga datang merisik adira, awak nak setuju ke?" Tanya ayah.
"Awalnya memang saya tak izinkan, tapi kalau abang fikir sebaliknya saya terpaksa ikut, sebab abang wali dia." Balas ibu.
"Kita berdoa je la, harap tiada apa yang berlaku." Balas ayah dan ibu hanya setuju dengan apa yang dikatakan ayah itu.
YOU ARE READING
You Are Mine!!
RomanceMereka membesar sama sama, sehinggakan terlalu rapat bagi kedua dua belah pihak. Mereka rapat disebabkan keluarga mereka merupakan jiran rapat dikampung Adira, yang merupakan calon pt3 disekolah kebangsaan bintang berlian, seorang yang periang, sem...