Dalam elok adira buat kerja sekolah dekat ruang tamu rumah umi, dia tertidur disitu dengan kerja sekolah dia.
"Umi, macam mana nak buat dengan anak dara umi seorang tu? Terbongkang dekat depan." Ujar aniq yang lalu depan adira, dia memakai kasut untuk main futsal manakala umi berada dipangkin depan rumah.
"Biar la dia tidur. Dia penat tu, lagi lagi dia baru lepas makan. Lepastu buat kerja sekolah sambil baring, tu yang dia tidur tu." Ujar umi.
"Ni aniq nak pergi main futsal jap. Kalau habis awal lepas isyak balik. Aniq solat dekat sana terus." Ujar aniq minta izin.
"Jangan lambat sangat." Pesan umi dan aniq anggukkan kepala dia. Dia mula panjat motor dia dan tinggalkan kawasan perumahan dia.
(...)
Sebaik sahaja aniq tiba dia gelangang futsal, amirul terus berdiri sebelah dia.
"Lambat sampai." Tegur amirul.
"Mana ada lambat, awal la ni." Jawab aniq.
"Janji 530 petang. Sekarang dah jam 6." Jawab amirul.
"Kau sendiri tahu kan, tadi kelas tambahan jam 5 habis. Nak hantar adik aku lagi, makan, mandi mestilah paling lambat jam 6. Kau lain la rumah dekat, takpayah hantar orang." Marah aniq dan membuatkan amirul hanya senyum sahaja.
"Kau ni, aku cakap je, takpayah nak marah." Ujar amirul dan senyum.
"Kau la, nak aja sakitkan hati aku." Marah aniq pula.
"Ni aku nak tanya, adik kau tu single tak? Dulu comot, sekarang dah form 3 makin cantik pula aku tengok dia, ni belum makin dewasa, kalau dewasa aku rasa aku yang rugi nanti sebab terlepas dia." Ujar amirul tiba tiba terus kena jeling dengan aniq.
"Kau kalau nak cakap, better belakang belakang. Kau cakap depan aku ni, abang dia." Marah aniq.
"Ala, tak payah nak abang adik sangat la. Semua tahu kau dengan dia rapat je, bukan adik beradik kandung. Kalau kau nak kahwin dengan dia pun boleh. Tapi disebabkan kau cakap kau anggap dia adik, mesti kau takde perasaan kat dia kan? So kau nak tak jadikan aku adik ipar kau?" Usik amirul dan gelak membuatkan aniq hanya diam dan jeling kawan baik dia tu.
"Percaya cakap aku, dia takkan nak jadikan kau pakwe dia." Jawab aniq selamba.
"Amboi yakinnya kau!" Jawab amirul dan gelak.
"Dah la jom main, bukan cakap pasal adik aku." Marah aniq dan mula masuk dalam gelanggang futsal itu.
(...)
Ayah yang baru pulang itu terus ke rumah umi untuk jemput anak dara dia.
"Maaflah susahkan kamu jaga si adira ni. Terkejut kami sampai sampai rumah dia takde, tu datang sini tengok tengok kalau dia dekat sini." Ujar ayah dekat kak ilah, umi aniq.
"Katanya dia tertinggal kunci rumah. Tapi kalau dia ada kunci pun, saya akan suruh dia duduk sini jugak, bahaya nak bagi dia tinggal seorang, sebabnya kamu dengan mah kan keluar." Ujar umi dan ayah hanya anggukkan kepala sahaja.
"Ni abang man tak balik lagi?" Tanya ayah berkaitan suami kak ilah, rahman.
"Malam nanti baru balik, sebabnya dia ke bandar." Jawab ilah.
"Kalau macam tu, saya balik dulu la ye. Maaflah susahkan." Ujar ayah. Beg sekolah adira dia gantung kebelakang manakala adira dia dukung gaya bridal style.
"Ha iyelah." Ujar umi. Ayah mula tinggalkan kawasan perumahan umi. Ayah sebenarnya datang kesini jalan kaki. Rumah mereka takde la jauh sangat.
(...)
(Keesokannya)
Adira ke padang sekolah, memandangkan kelas dia waktu pj sekarang, tetapi kelas aniq pun waktu pj sekarang.
Bila amirul nampak je adira, dia terus lambai kearah adira dan adira balas semula lambaian amirul itu.
"Tu bukan kawan baik abang kau?" Tanya nasuha dan adira anggukkan kepala dia.
"Haah." Jawab adira dan duduk dipadang sekolah.
"Wei dira, hensemnya abang kau! Tu kau tengok tu, hensem je main bola." Puji kawan sekelas adira, batrisya.
"Kan!!! dengan senyuman dia." Ujar fatehah pula.
"Korang ni, pergi la puji dia depan depan. Jangan puji depan aku." Jawab adira dan geleng kepala dengan gelagat kawan dia ini.
"Malu!!" Jawab mereka serentak.
"La ada perasaan malu? Aku ingat perasaan malu kau hilang." Perli adira dan gelak.
"Tapi kan wei, tahun ni last diorang. Hurm dah la next batch tak hensem sangat." Ujar fatehah dalam nada sedih dan kecewa
"Kau datang sekolah belajar ke cari jodoh? Batch kita ni takde yang hensem ke?" Jawab adira pula dan laju sahaja kawan kawan dia geleng kepala.
"Takde!!! Batch abang kau tu hensem sangat! Dah la abang kau hensem, lepastu kawan kawan dia semua hensem!! Pandai abang kau cari kawan yang hensem hensem!" Puji nasuha pula dan adira hanya gelak je.
"Gatal betul!" Jawab adira dan geleng kepala dengan gelagat kawan kawan dia.
"Eh abang kau datang sini." Ujar batrisya dan betulkan tudung sekolah dia. Malah bukan dia je betulkan tudung, yang lain semua sama betulkan tudung, maklumlah nak nampak cantik depan crush. Bukan adira tak tahu, semua suka aniq as a crush diorang.
"Ada bawa kunci rumah tak?" Tanya aniq dah mencangkung depan adira, adira anggukkan kepala dia dengan soalan abang dia itu.
"Balik ayah ambil?" Tanya aniq lagi dan lagi sekali adira angguk kepala dia.
"Bisu ke? Dah tak reti nak jawab?" Marah aniq dan adira jeling dia.
"Nak kena cungkil ke mata tu? Ni dah kenapa tudung senget senget? Dah besar pun selekeh lagi." Marah aniq.
"Kau pehal marah dia? Selekeh pun cantik je, kan dira kan." Ujar amirul dan adira senyum je.
"Kau pergi sana! Sibuk je" halau aniq dekat amirul.
"Amboi kedekut." Ujar haziq pula. Aniq pula tahu yang kawan kawan dia ni semua suka kacau adira, adik dia.
"Hai abang aniq!" Tegur fatehah berani.
"Hai! Ni ada pin peniti lebih tak? Betulkan tudung adik abang ni boleh?" Tanya aniq dekat kawan kawan adik dia.
"Ish! Kejap lagi orang betulkanlah. Kan tadi baru habis pj. Penat tahu tak!" Jawab adira bengang.
"Eleh, pj benda, tak berpeluh pun. Ni baru pj, bersukan berpeluh macam abang ni." Ujar aniq. Peluh dia yang ada dimuka dia sapu dan rembeskan ke adik dia dan terus adira tolak dia sebab peluh abang dia kena dia.
"Ish pengotor la abang ni!! Tunggulah balik nanti bagitahu umi!" Ugut adira.
"Ingat abang takut ke?" Jawab aniq selamba.
"Bagitahu abah!!" Ugut adira lagi dan aniq hanya gelak je.
"Bagilah tahu, ingat abang takut?" Ujar aniq lagi dan gelak.
"Dah la benci cakap dengan abang!" Marah adira dan berdiri tinggalkan padang.
"Eh kau nak pergi mana?" Jerit nasuha
"Pergi tandas la!" Jawab adira dan tinggalkan kawasan padang.
"Kami pergi dulu bang! Jumpa lagi abang abang hensem." Ujar nasuha yang sempat puji aniq and the gang lepastu tinggalkan diorang disitu
"Kau kenapa buli adik kau?" Tanya amirul
"Aku bosan kalau tak buli dia." Jawab aniq dan gelak.
"Dah la jom sambung." Ajak haziq dan mereka pun sambung main bola
YOU ARE READING
You Are Mine!!
RomanceMereka membesar sama sama, sehinggakan terlalu rapat bagi kedua dua belah pihak. Mereka rapat disebabkan keluarga mereka merupakan jiran rapat dikampung Adira, yang merupakan calon pt3 disekolah kebangsaan bintang berlian, seorang yang periang, sem...