Soalan + pergi

18 4 1
                                    

"Ye adira, kenapa nak jumpa abang dekat luar?" Tanya aniq sebaik sahaja mereka berdua berada di pangking.

"Nak tanya boleh?" Tanya adira meminta izin.

"Tanya la, sejak bila adik abang ni pandai minta izin?" Usik aniq dan adira tersenyum

"Abang okey ke bila adik dengan haikal?" Tanya adira

"Okey je kenapa? Kawan abang kan? Mestilah okay je." Balas aniq

"Maksud adik, ni perasaan abang. Macam mana." Balas adira

"Okey je. Dont worry la. Abang okey je. Yang penting adik pandai jaga diri dan jaga hubungan kamu berdua. Adik tu muda lagi, jangan nak keras kepala sangat. Dengar cakap haikal." Pesan aniq.

"Bukan tu maksud adik. Maksud adik is perasaan abang. Ada sakit hati ke?" Tanya adira lagi.

"Takde. Kenapa?" Tanya aniq lagi.

"Betul erk?" Tanya adira dan aniq hanya tersenyum dengan gelagat adik dia ini.

"Okay la kalau macam tu. Tu je nak tanya. So hadiah adik mana?" Tanya adira teruja dekat abang dia ini.

"Nak apa?" Tanya aniq.

"Hurm nak telefon baru. Boleh?" Tanya adira dan terus aniq buat bombastic side eye dekat adik kesayangan dia ni.

"Telefon? No! Tak boleh! Abang pun masih belajar, belum kerja." Balas aniq dan terus cemberut adira dibuatnya

"Then nak abang ajar adik macam mana nak sambung belajar." Balas adira.

"Minat apa?" Tanya aniq.

"Doktor." Balas adira selamba.

"Doktor apa? Doktor haiwan ke? Doktor pokok ke? Doktor gigi ke?" Tanya aniq.

"Hurm doktor bedah. Doktor pakar macam tu." Balas adira.

"Ouh, kalau nak jadi doktor pakar, lama nak belajar." Balas aniq

"Berapa tahun?" Tanya adira lagi.

"Berapa tahun? Not sure tapi around 13 tahun juga." Balas aniq dan ternganga adira dibuatnya dengan jawapan abang dia ni.

"Biar betul? 13 tahun?" Tanya adira lagi tak percaya.

"Iye. Tu baru macam masih power sikit. If nak lagi power maybe lebih." Balas aniq dan terkejut lagi adira dibuatnya.

"Susahnya." Balas adira

"Tak susah if adik buat betul betul. Kalau minat tak susah pun." Balas aniq dan adira anggukkan kepala dia.

"Faham. Nanti apa apa adik tanya abang." Balas adira dan senyum dekat abang dia.

"Good." Balas aniq dan adira terus lari masuk dalam rumah.

Aniq yang lihat adira masuk dalam rumah tu, mengeluh kerana dia akan lepaskan buah hati dia ini kepada kawan baik dia.

"Haikal, aku harap sangat kau jaga dia baik baik. Aku sanggup lepaskan dia kalau kau dapat jaga dia dengan baik." Ngeluh aniq seorang diri disitu.

(...)

Malam itu, adira mula melihat course belajar yang dia minat.

"Sayang, ibu nak masuk boleh?" Tanya ibu diluar bilik.

"Boleh, masuklah." Ujar adira dan ibu masuk bilik dia.

"Ibu nak cakap sikit. Sementara kamu belum nak sambung belajar, kalau kita sekeluarga bercuti nak?" Tanya ibu.

"Boleh, nak bercuti dekat mana?" Tanya adira.

"Pulau tioman." Balas ibu.

"Eh tapi duit ada ke?" Tanya adira.

"Ada, duit yang ibu dengan ayah saving." Balas ibu.

"Eh tapi tu kan duit untuk pembedahan ibu." Balas adira.

"Betul, tapi ibu dah cakap dengan ayah, kita spend time sekeluarga dengan duit yang kami kumpul. Untuk kali terakhir." Balas ibu

"Maksud ibu? Kan nak belanja untuk rawatan ibu." Balas adira.

"Betul tapi takde harapan sayang. Ibu dah makin kritikal sayang." Balas ibu membuatkan adira terkejut dengan apa yang ibu dia cakap.

"Tapi kita belum cuba dengan doktor yang haikal rekomen kan?" Tanya adira tak percaya dengan apa yang ibu cakap.

"Dah, ibu dah pergi petang tadi dengan ayah. Peluang tipis." Balas ibu dan terus menangis adira mendengarkan jawapan ibu.

"Adira minta ampun ibu." Ujar adira serba salah.

"Tak sayang, bukan nasib anak ibu macam ini. Kita dah cuba dan dah ikhtiar tapi takdir yang dah ditentukan. Jadi ibu dah bincang dengan ayah. Kita spend time dekat pulau tioman." Ujar ibu pujuk anak perempuan dia dan adira hanya setuju sahaja.

(....)

Waktunya sudah tiba. Mereka sekeluarga mula bergerak ke pulau tioman. Kunci rumah diberikan dekat umi, untuk kemas apa yang patut. Malah hal sakit ibu ni pun tiada siapa tahu kecuali haikal.

(.....)

Setelah 5 hari mereka sekeluarga meluangkan masa dekat pulau tioman, hari terakhir yang tak dijangka akhirnya terjadi juga.

"Ibu!!!! Ibu!!!! Bukan sekarang ibu!!! Adira minta maaf sangat sangat. Dira sayang ibu!!!" Rintih adira disebelah jasad ibunya.

Ye, malam terakhir mereka, ibu adira dimasukkan ke hospital, dan telah mengembuskan nafas terakhir dihospital itu.

"Ayah, ibu ayah!! Ibu dah tak ada ayah!!" Nangis adira.

"Ayah minta maaf. Sebab tak dapat jaga ibu." Ujar ayah dan terus adira peluk ayah dia ini sekuatnya.

(....)

Setelah kejadian itu, adira ketemu haikal dipulau tioman itu.

Adira pulangkan semula cincin tunangan mereka.

"Saya minta maaf. Saya dah cakap pada awal lagi, yang kita bertunang sebab ibu. Dan sekarang ibu dah tak ada, jadi kita pun tak perlu teruskan. Saya minta maaf. Terima kasih banyak banyak sebab banyak bantu saya, carikan doktor terbaik untuk ibu tapi pada akhirnya kita putus. Saya minta maaf." Ucap adira serba salah.

"Saya minta maaf, dan simpati dengan awak sekeluarga. Awak kuat ye. Saya faham. Waktu doktor bagitahu tentang keadaan ibu pun saya tahu. Saya harap awak kuat. Jikalau awak perlukan apa apa bantuan, awak boleh je contact saya, insyaAllah saya akan bantu awak. Saya akan tunggu awak untuk buka hati awak untuk terima saya." Balas haikal dan adira beri senyuman yang paling manis dekat haikal

"Terima kasih. Awak jaga diri ye. Terima kasih dan maaf sekali lagi." Ujar adira serba salah dan berlalu tinggalkan haikal disitu.

You Are Mine!!Where stories live. Discover now