Mata helang milik seorang wanita galak memerhati keadaan di luar sana. Setelah beberapa minit menunggu dari atap bangunan, kelihatan beberapa lelaki yang berpakaian suit lengkap bersama seorang wanita melangkah keluar dari lobi hotel.
"Gotcha. I found you."
Dia menarik picu riffle yang dipegang dari tadi.
London bridge is falling down, falling down falling down
London bridge is falling down, my fair lady.
"Bang"
Bibirnya tersenyum sinis melihat keadaan yang kelam kabut di luar sana angkara dia sendiri.
"Nice shot dearself." Dia menepuk bahunya sendiri.
Telefon miliknya berdering.
"I'm done with my work. Business between us is over." ucapnya dingin sambil melihat mangsanya yang sudah tumpas akibat tembakannya tadi.
"As usual, i need my payment as soon as possible, Thank you."
Dia terus meletakkan telefon tanpa menunggu balasan dari pihak sebelah sana. Dia melepaskan nafas lega. Akhirnya, dia akan bebas dari dunia 'gelap' ini.
Rasa menyesal pun ada kerana telah melibatkan diri dalam hal-hal begini. Segala alatan barang yang digunakan tadi dikemas semula. Tidak sabar mahu terbang pulang kembali ke pangkuan keluarga.
Ding dong..
Tengku Sarah melihat boarding board yang memaparkan ketibaan penerbangan dari luar negara itu. Dia menggosok kedua tangannya dengan perasaan teruja. Tidak sabar mahu bertemu dengan kakak kesayangannya. Di dalam kepalanya, bermacam rancangan yang sudah dia rangkakan untuk dilakukan bersama kakaknya.
Pak!
Adoi, Tengku Sarah memegang bahunya yang terasa sakit. Baru saja dia ingin memarahi manusia yang memukul bahunya. Tiba-tiba dia terdiam seketika.
Eh? Matanya turun naik menilik figura yang sedang berpeluk tubuh di hadapannya.
"Angah, rindunya dengan angah!!" Tengku Sarah terus memeluk kakaknya, Tengku Airis Almas. Pelukan dilepaskan.
Sekali lagi, dia menilik wajah cantik milik kakaknya. Wanita itu masih kelihatan cantik sama seperti dulu. Anggun dan elegan. Itu yang dia boleh katakan tentang kakaknya.
"Kenapa tak beritahu dah keluar?" tanya Tengku Sarah dengan dahi berkerut. Punyalah lama dia menunggu di sini tetapi demi kakak kesayangannya, dia rela bermandi peluh di sini.
Tengku Airis menggulingkan matanya.
"Angah dah terpacak dekat depan adik dah lama tau, adik tu yang berangan entah sampai ke mana." tempelak Tengku Airis dengan nada dingin.
Tengku Sarah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bibir mengukir sengihan kecil.
"Hehe maaflah angah. Adik terlalu excited tunggu angah balik. Adik dah rancang macam-macam dalam otak adik ini tau untuk aktiviti kita nanti." ujar Tengku Sarah bersama senyuman lebar.
Tak sabar rasanya. Dua minggu sebelum kepulangan Tengku Airis, dia sudah listkan aktiviti yang ingin dilakukan bersama kerana bimbang terlupa.
"Rancangan apa lagilah tu. Tak payah risau, angah kan dah balik terus ke sini. So, bila-bila masa saja kita boleh laksanakan RANCANGAN adik tu." Ditekan sedikit perkataan rancangan itu.
YOU ARE READING
HER MAN [C]
RomancePrevious title : His Assassin Girl (Dalam proses editing dan publish balik) " No one can tame me, not even love - Tengku Airis Almas " "Some women like to be a man's last romance but not in my life. You are both, my first love and my last romance "...