Cahaya dari luar membuatkan Tengku Airis terbangun. Dahinya mencipta lapisan kerana berusaha untuk membuka mata.
Aduh!
Dia memegang kepalanya yang terasa berat.
Perlahan lahan dia membuka mata, melihat sekeliling. Ini bukan bilik dia. Dia meraba dirinya. Masih berpakaian lengkap. Syukur.Matanya dipejam kembali. Dia mengambil masa lima minit sebelum membuka kembali matanya.
Okay dia sudah tahu dia di mana.
Ini bilik Balqis.Terdengar pintu bilik dikuak dari luar.
Dia melihat Balqis menatang dulang bersama bubur dan air diatasnya."Hey babe, kau dah bangun?" tanya Balqis penuh prihatin. Dia risau mengenangkan apa yang terjadi pada kawan baiknya itu.
"Okay cuma kepala rasa berat sikit," jawab Tengku Airis dengan lemah.
"Apa dah jadi dekat kau? Aku tengok kau dah tak ada dekat meja. Aku cari tup tup terbaring dekat sudut hujung dewan," beritahu Balqis usai melabuhkan duduk di sisi Tengku Airis.
Tengku Airis cuba memproses apa yang terjadi. semalam. Dia melihat air yang dibawa Balqis di atas meja itu.
Ting!
Harith Ziqry!
"Harith. Kau ingat lagi?" tanya Tengku Airis tiba-tiba.
"Harith? Lelaki yang angaukan kau dari zaman sekolah tu? Kenapa dengan dia?" soal Balqis kembali.
"Aku nak kau cari jejak dia. Tak kira lah dia dekat mana sekalipun," arah Tengku Airis.
"Wait, kenapa tiba-tiba Harith pulak ni?" Balqis bertanya dengan nada hairan.
"Kalau bukan sebab dia, kawan kau ni takkan terlantar macam apa dekat sudut dewan. Dia cari pasal dengan aku." kata Tengku Airis dengan nada suara yang geram.
"Aku rasa dia ada letak something dekat air yang aku minum. Sebab lepas je aku minum air yang waiter tu bagi, dia terus datang tegur aku," jelas Tengku Airis sambil mengurut pelipisnya.
"You know what? He tried to do something tak baik dekat aku. Aku nak lawan balik last-last aku yang tumbang."
Tengku Airis merasa sakit hati apabila teringat kejadian malam tadi.
"Sebelum aku pengsan, aku sempat dengar someone shout something. Suara lelaki.
"Lelaki? soal Balqis pelik.
Tengku Airis menganggukkan kepalanya.
"Beb, yang aku tahu kau dah terbaring elok dekat sudut hujung dewan tu. No body else dekat situ selain kau. Aku decide bawa kau balik sini sebab tak nak family kau fikir bukan-bukan."
Aik?
Tengku Airis yakin ada orang lain selain mereka berdua di situ. Tak mungkin dia berhalusinasi.
Ah lantaklah.
"Apa-apa je lah. Yang aku tahu, aku nak kau cari mamat tu. Dah tahu location dia, roger aku terus."
Dia sudah merancangkan macam-macam untuk Harith jika dia bertemu dengan lelaki gila itu.
Balqis membuka televisyen yang ada dibiliknya. Terpampang jelas wajah Harith skrin televisyen.
Balqis dan Tengku Airis berpandangan.
Balqis menguatkan sedikit volume untuk mendengar dengan lebih jelas.
"Seorang usahawan muda telah ditemui meninggal dunia di tempat kejadian. Hasil siasatan mendapati bahawa usahawan muda itu telah mengakhiri kehidupannya dengan membunuh diri."
YOU ARE READING
HER MAN [C]
RomancePrevious title : His Assassin Girl (Dalam proses editing dan publish balik) " No one can tame me, not even love - Tengku Airis Almas " "Some women like to be a man's last romance but not in my life. You are both, my first love and my last romance "...