BAB 8

5.3K 265 8
                                    

Tenang dan nyaman.

Itu perasaan yang dia rasakan saat ini ketika mendengar bunyi ombak pantai dan angin yang tidak terlalu kencang menyapa tubuhnya. 

Pulang saja dari kerja tadi, dia terus memecut membawa diri ke pantai Desaru dengan menaiki motorsikal Bonneville T120 blacknya.

Saja mahu mencari ketenangan jauh sedikit dari rumahnya.

Mujur saja dia ada membawa baju khas yang disimpan di dalam bilik rehat yang terletak di dalam pejabatnya untuk mengemudi motor.

Sedang asyik menikmati suasana pantai, kedengaran telefonnya berdering menjerit meminta untuk diangkat. Dia melihat nama yang tertera pada skrin telefonnya.

"Hello Minah, kau kat mana?" sergah Tengku Airis tanpa menunggu sapaan daripada pemanggil di sana.

"Dari kering boleh berlecak ketiak tunggu kau. Cepat sikit!"

Pap!

Dia terus mematikan panggilan. 

Setelah hampir 10 minit menunggu, orang yang dinanti telah pun tiba. Dia menyilangkan kedua tangan pada dadanya, melihat kedatangan orang itu yang semakin hampir ke arahnya.

"Yuhuuuuu masam sekali wajahmu sahabatku! Kau tak payah nak tayang muka basi dekat aku. 10 minit saja pun tunggu bukan 10 jam." kata Balqis, kawan baiknya dari zaman sekolah sambil membetulkan rambutnya yang berterbangan kerana angin pantai.

"Kau memang kan, ajak aku healing bagai ke sini on time konon. Sendiri pun tak reti ontime." Tengku Airis menjeling tajam ke arah Balqis.

"Tenang. Kata healing. Jangan marah-marah nanti cepat tua. Meh tengok sikit muka busuk masam kawan aku ini. Oh buruk sekali. Cuba senyum sikit. Sikit saja." Balqis membuat gaya seperti mahu menangkap gambar dengan tangannya. Sempat lagi dia membetulkan bibir Tengku Airis agar tersenyum.

"Kau ini memang manusia yang tak boleh nak serius sikitlah." ujar Tengku Airis sambil tergelak kecil. Geli hati dia melihat telatah Balqis yang selamba memegang bibirnya tadi.

"Hidup ini, kalau nak serius memanjang pergi planet lain sajalah." balas Balqis bersahaja.

"So, macam mana kehidupan kau dekat sini? Dah hampir 3 bulan kita balik Malaysia, baru dapat jumpa kau. Sibuk mengalahkan perdana menteri ya." sindir Balqis.

Selepas saja tiba ke Malaysia, mereka berdua memang sudah jarang bertemu memandangkan masing-masing sudah ada komitmen kehidupan yang memerlukan mereka untuk fokus lebih kepada kerja.

"Sorrylah Qis. Aku memang sibuk sangat-sangat. Tak menang tangan nak uruskan projek yang berlambak dekat company ayah aku tu." balas Tengku Airis.

Kadang-kadang pernah dalam seminggu itu berapa kali saja dia balik awal gara-gara mahu menyiapkan kerja.

"Tak apa aku faham. Tambah pula dengan sifat kau yang kalau dah sekali menghadap kerja tu, dunia luar memang kalah lah. Takkan boleh tembus kau punya fokus terhadap kerja tu." ujar Balqis.

Dari zaman sekolah dia mengenali Tengku Airis, wanita itu memang akan memberi sepenuhnya tenaga dan perhatian kepada kerja yang dia lakukan.

"Nak buat macam mana kan, kalau buat kerja main-main tak berkat pula nanti. Apa aku nak jawab dekat sana nanti kalau aku curi tulang dalam kerja. Jadi, untuk dapat keberkatan hidup, sebaiknya aku buat kerja betul-betul." balas Tengku Airis tenang.

Balqis mengangguk kecil, tanda bersetuju dengan kata-kata Tengku Airis.

"Anyway, aku lapar sangat-sangat ini, Dari tadi lupa nak isi perut. Kita cari makan sekejap jom." ajak Balqis. 

HER MAN [C]Where stories live. Discover now