BAB 12

4.8K 207 9
                                    

Setelah selesai menyemak tentatif dan dekorasi tempat untuk majlis malam ini, Tuan Danial pergi ke syarikatnya yang terletak bersebelahan dengan hotel milik keluarganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah selesai menyemak tentatif dan dekorasi tempat untuk majlis malam ini, Tuan Danial pergi ke syarikatnya yang terletak bersebelahan dengan hotel milik keluarganya.

Sampai saja di bilik pejabatnya, dia meregangkan otot sendinya. Sejak kebelakangan ini dia agak sibuk sedikit hingga kurang masa rehat untuk dirinya.

"Kalau ada isteri urutkan seronok lah jugak eh," gumamnya perlahan.

Otaknya terus melayang teringatkan Tengku Airis. Umi dan abinya ada memberitahu kalau keluarganya ada menjemput keluarga Tengku Razeef untuk majlis malam nanti.

Agak-agak wanita itu turut hadir sekali kah?

Terbang lamunannya apabila telefonnya berbunyi. Terpampang nama Tengku Arifin pada skrin telefonnya.

"Hello bro, what up?"

"Majlis malam ini pukul berapa?" tanya Tengku Arifin di dalam talian.

"Paling awal selepas maghrib. Kau datang sekali dengan Fiq ke?"

"Tak, aku terus bersiap dari tempat kerja. Aku baru balik settle jumpa customer." beritahu Tengku Arifin.

"Okay kalau macam tu, jumpa malam nanti lah." balas Tuan Danial sambil melepaskan tali lehernya.

"Okay bro, Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam" jawab Tuan Danial.

Panggilan telefon dimatikan. Dia mengerling jam di dindingnya. Ada berbaki dua jam lagi sebelum majlis bermula.

Mengingatkan dirinya belum menunaikan solat asar, dia terus bergerak pantas menuju ke ruangan bilik rehatnya di dalam pejabat itu untuk menunaikan kewajipan kepada Allah.



Tengku Airis sudah membuat muka bosan di ruang tamu. Matanya berkali-kali mengerling jam di dinding.

"Apa yang lama sangat nak bersiap ni?" bebel Tengku Airis. Dia tidak suka menunggu.

Lima minit kemudian dia terdengar bunyi derapan kaki datang dari tangga. Dia terus menoleh memandang ke arah tangga. Tengku Razeef berjalan beriringan dengan Tengku Maleeka manakala Tengku Sarah pula menapak turun di belakang mereka.

"Angah, serius lah pakai warna hitam, lagi?" Tengku Sarah menilik pemakaian Tengku Airis atas bawah. Riak wajah Tengku Sarah jelas menunjukkan dia tidak gemar dengan gaya kakaknya itu untuk majlis malam ini.

"So?" balas Tengku Airis sepatah.

"Cantik tu memang cantik lah angah tapi sesekali pakai lah warna terang sikit macam pergi reunion hari tu. Sumpah cantik sangat."

"Tak kuasa angah nak tukar-tukar lagi. Jom pergi." Tengku Airis terus pusing tubuh berlalu meninggalkan mereka.

Tengku Sarah mendengus kecil.

HER MAN [C]Where stories live. Discover now