Kereta Buggati La Voiture Noire laju menderu laju masuk di kawasan perkarangan rumah yang kelihatan mewah itu. Tuan Danial melangkah keluar dari kereta bersama satu fail ditangan. Semua pengawal yang berjaga di luar menunduk hormat kepadanya.
"Selamat malam Tuan." sapa pengawal yang berjaga di bahagian depan. Tuan Danial mengangguk kecil sebelum jarinya laju menekan nombor pin akses untuk pintu utama rumah tersebut.
Rumah itu tidak semua orang akan boleh masuk dengan mudah. Jika hendak masuk ke dalam rumah tersebut, mereka perlu tahu nombor pin rumah tersebut.
"Klak"
Pintu terbuka. Dia melihat keadaan di dalam rumah itu. Bersih dan kemas. Setiap minggu dia akan mengupah orang untuk membersihkan rumah keduanya itu.
Sudah hampir sebulan dia tidak pulang ke rumah itu dek kerana sibuk dengan kerja hakiki dan keluarganya juga ada di sini. Jadi, pergerakan dia ke rumah ini agak terbatas.
Tiada siapa yang tahu tentang rumah keduanya itu. Rumah itu dia jadikan sebagai tempat untuk dia melakukan perkerjaannya yang 'kedua'.
Setelah berpuas hati dengan keadaan di ruangan bawah, dia naik ke tingkat atas dengan menaiki lif.
Ting!
Dia menuju ke bilik kerjanya.
Ibu jari discan pada biometric machine.
"Beep"
Dia melangkah masuk apabila pintu bilik tersebut dibuka. Dia melabuhkan duduk di sofa yang tersedia di dalam bilik itu sambil membelek fail yang ada ditangannya. Segala perihal yang dia inginkan selama ini terkandung di dalam fail yang dipegang.
Hampir beberapa tahun dia cuba merungkai kes Tengku Amir. Satu persatu bukti dia dapat hasil mengupah orang profesional. Kepalanya disandarkan pada kepala sofa.
Hampir saja dia menyerah mencari bukti berkakitan Tengku Amir tetapi memikirkan kakak kepada Tengku Amir itu membuatkan dia bertekad untuk cari bukti sampai dapat. Dia tidak kisah berhabis duit untuk kes ini asalkan persoalannya selama ini terjawab.
Bibirnya melepaskan keluhan kecil. Dia melihat ke arah trofi yang dimenanginya 5 tahun lalu. Kenangan lama kembali menerjah mindanya.
FLASHBACK
Buk!
Buk!
Kedengaran bunyi tumbukan yang bertalu-talu dilemparkan pada punching bag. Tuan Danial menyeka sedikit peluh yang mengalir ke wajahnya kemudian kembali menyambung latihannya.
"Fuh nice move brother."
Tuan Danial terus menghentikan tumbukannya apabila satu suara yang menyapa sistem pendengarannya. Bibirnya mengukir senyuman melihat Tengku Amir melabuhkan duduk di kerusi panjang di luar gelanggang.
YOU ARE READING
HER MAN [C]
RomancePrevious title : His Assassin Girl (Dalam proses editing dan publish balik) " No one can tame me, not even love - Tengku Airis Almas " "Some women like to be a man's last romance but not in my life. You are both, my first love and my last romance "...