Sunyi sepi keadaan di rumah kediaman milik Tengku Razeef. Semua berkumpul di kediaman itu termasuk lah anak sulung lelakinya turut ada serta di situ.
Semua berpandangan sesama sendiri kecuali Tengku Airis dan Tun Danial yang hanya tunduk memandang lantai sejak dari mereka tiba di rumah.
Tengku Razeef berdeham kecil sebelum memulakan bicara.
"Ehem, ibu ayah tak nak bersangka buruk tapi macam mana boleh sampai macam ni?" soal Tengku Razeef berhati-hati. Dia harus bijak bermain kata dalam situasi begini kerana Tengku Airis itu mudah melenting jika salah bicara.
"Cukup semua percaya yang angah dengan dia tak ada buat apa apa langsung. Itu saja."
Tuan Danial yang baru sahaja ingin membuka mulut itu sudah dicantas laju oleh Tengku Airis.
"Macam mana nak percaya angah? Mereka yang tangkap pun tengok keadaan angah dengan nel dalam keadaan mencurigakan."
Tengku Maleeka mengurut pelipisnya. Dia tidak sangka perkara begitu akan terjadi pada anaknya.
"Itu apa yang diaorang nampak. Diaorang tak tahu situasi sebenar," jelas Tengku Airis tegas. Haih malam ini betul-betul menguji kesabaran dia.
Boleh pulak dia dengan budak mentah itu ditangkap khalwat!
"Sekarang macam mana? Mana nak letak air muka keluarga kita? Semua staf tahu apa yang terjadi." beritahu Tuan Darius dengan serius.
Semua hanya diam membisu. Masing-masing tidak tahu mahu memberi respon apa.
Tuan Danial menarik nafas dalam sebelum memulakan bicara. Wajah tegang Tengku Airis diperhati sekilas.
"Biar nel bertanggungjawab atas apa yang terjadi." Semua orang terus memandang Tuan Danial.
"Macam mana anak umi?" tanya Puan Khadijah dengan lembut.
"Uncle, kalau uncle benarkan, izinkan saya bertanggungjawab atas apa yang terjadi dengan mengahwini anak uncle," beritahu Tuan Danial sekali nafas.
Semua terlopong mendengar kata-kata lelaki itu. Tengku Airis terus menoleh laju ke arah Tuan Danial.
Gila! Kahwin dengan budak mentah itu? A big no!
"Kahwin?? No! Nothing happened between us, kenapa nak sampai kahwin pula?" Tengku Airis menayangkan muka tidak puas hati. Nada suaranya sudah tinggi. Dia tidak peduli apa tanggapan keluarga lelaki itu.
"So, you nak biarkan diaorang terus berfikir bukan-bukan pasal kita?" soal Tuan Danial dengan tenang.
"No, but dengan berkahwin akan buat orang bertambah salah sangka. Lagipun kita tak ada buat apa-apa, so tinggal abaikan saja mulut orang," jelas Tengku Airis dengan selamba.
"Senang you cakap. Abaikan mulut orang. Habis tu keluara kita macam mana?" bidas Tuan Danial kembali.
Tengku Airis perhatikan setiap wajah yang ada di situ.
"Semua ini akan reda bila masing-masing senyap saja," jawab Tengku Airis lagi.
Mereka hanya perhatikan saja Tengku Airis dan Tuan Danial berdebat sebelum Tengku Razeef mencelah.
"Ayah setuju dengan nel. Perkahwinan is the best way to solve this problem. Macam mana dengan kau Darius?" Tengku Razeef menoleh ke arah Tuan Darius yang hanya duduk diam memerhati saja dari tadi.
"Aku ikut mana yang terbaik. Kalau anak aku sanggup memikul tanggungjawab tu, why not kita proceed," kata Tuan Darius, setuju dengan penyelesaian tersebut.
YOU ARE READING
HER MAN [C]
RomancePrevious title : His Assassin Girl (Dalam proses editing dan publish balik) " No one can tame me, not even love - Tengku Airis Almas " "Some women like to be a man's last romance but not in my life. You are both, my first love and my last romance "...