BAB 10

5.7K 241 7
                                    

Tengku Airis menilik penampilannya di cermin. Dia mengenakan gaun berwarna biru cair, rambutnya dilepaskan dan ditambahkan sedikit volume pada rambutnya.

"Done." 

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia mencapai telefon yang terletak di atas meja kecil bersebelahan dengan katilnya.

Pintu bilik dikuak dari dalam. Dengan penuh berhati-hati dia melangkah menuruni setiap anak tangga yang menghubungkan tingkat atas dan ruangan bawah di dalam ruamh tersebut. Malam ini merupakan malam kemuncak bagi majlis reunion sekolahnya. 

Dia mendapat maklumat melalui group yang dibuat melalui telegram kalau hampir setiap batch ada di majlis tersebut. Bibirnya menghela keluhan berat. Belum berada di sana lagi dia sudah merasa sesak.

 Dia dapat bayangkan betapa ramainya manusia yang akan berkumpul di sana. Kalau bukan kerana Balqis, jangan harap dia bersetuju untuk pergi ke majlis yang tidak memberi manfaat apa-apa kepadanya.

"Wow! Angah! Lawanya!" Jerit Tengku Sarah dengan nada teruja ketika melihat Tengku Airis menuruni tangga. Jarang-jarang dia dapat melihat kakaknya itu berhias seperti itu. Semua yang berada di ruang tamu itu menoleh ke arah Tengku Airis apabila terdengar jeritan Tengku Sarah.

Tengku Airis melihat dirinya sendiri bersama jungkitan kening ke atas.

Apa yang diterujakan? Dia rasa biasa-biasa sahaja.

"Angah, kalau melawa macam ini, confirm nanti lepas majlis reunion angah tu nanti akan ramai jejaka-jejaka di luar sana beratur dekat luar rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Angah, kalau melawa macam ini, confirm nanti lepas majlis reunion angah tu nanti akan ramai jejaka-jejaka di luar sana beratur dekat luar rumah." sambung Tengku Sarah lagi dengan mata yang tidak lepas memandang Tengku Airis.

Tengku Airis menunjuk muka blurnya.

"Untuk apa orang datang beratur dekat luar rumah? Rumah kita bukannya pasar ikan pun." jawab Tengku Airis bersama kerutan di dahi. Yang aneh-aneh saja adiknya itu.

Tengku Sarah pula sudah menepuk perlahan dahinya. Aduh, susah juga dapat kakak yang lembab ini. Mungkin gara-gara virus terlalu lama single agaknya sehingga otak pun jadi blur mahu mencerna apa yang dia cakap.

"Aduh, muka dah lawa dah tapi blur pula. Benda simple pun adik nak kena jelaskan. Maksud adik, orang datang beratur ramai tu sebab nak datang meminang angahlah." balas Tengku Sarah bersama jelingan tajam. 

Tengku Airis diam tidak beriak. Dia tidak memberi respon kepada kata-kata adiknya itu. Malas mahu melayan.

Tengku Maleeka dan Tengku Razeef yang baru sahaja keluar dari ruangan santai mereka tersenyum lebar melihat penampilan Tengku Airis malam ini.

"Fuh, kalau macam gini punya gaya, tak lama lagi dapat menantulah kita sayang." usik Tengku Razeef bersama sengihan kecil.

Tengku Airis menolak lidahnya ke dalam pipi.

HER MAN [C]Where stories live. Discover now