"Kau tak dapat detect lagi ke?" tanya Tengku Airis.
Pagi ini dia masuk lambat sedikit ke pejabat kerana ada urusan yang hendak diselesaikan bersama Balqis. Mereka bertemu di restoran Balqis.
"Beb, aku tak tahu lah. Something off tau. Aku dah dapat tahu siapa orang itu. But that person is missing."
Berkerut-kerut kening Balqis melihat helaian kertas di hadapan mereka yang penuh dengan maklumat orang yang Tengku Airis cari.
Pemilik kereta semalam.
Semalam dia nyaris dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak dikenali, nasib baik dia sempat diselamatkan oleh Tuan Danial.
Dalam dia masa terkejut semalam, sempat juga matanya mengintai no plat kenderaan yang melanggarnya itu.
Balik itu, dia terus menggesa Balqis untk mencari maklumat pemilik kenderaan semalam. Namun pagi ini, tiba-tiba orang itu tidak dapat dikesan. Sungguh aneh ya.
"Kau tak rasa pelik ke?" Tengku Airis menoleh ke arah Balqis. Keningnya sijungkitkan.
"Apa yang pelik?" soalan dibalas dengan soalan balik.
"Dari first kau kena attack dekat Malaysia ni sampai sekarang, bila kita nak cari pelaku tu confirm at the end orang tu lenyap terus. Kau tak rasa curiga ke?"
Tengku Airis mendiamkan diri.
Ada benarnya juga kata Balqis itu. Dia juga pelik. Tidak pernah mereka mengalami situasi seperti itu. Selalunya orang yang mencari masalah dengan mereka akan terus dihabisi oleh mereka sendiri. Tapi kali ini berbeza. Tidak perlu bersusah payah. Orang itu sendiri hilang terus tanpa jejak.
"Kau rasa ada someone disebalik semua ni ke?" soal Balqis kepada Tengku Airis yang sedang menyisip minuman itu.
"Aku tak sure. Kalau ada pun, siapa?" soal Tengku Airis kembali. Rasa kusut pula kepala memikirkan perkara yang kurang penting itu.
"Mana lah aku tahu. Sebab tu aku tanya kau cerdik," kata Balqis sambil menggulingkan matanya ke atas.
Cerdik memang cerdik kawannya seorang ini, tapi kalau datang blur, punah.
"Entah. Aku pun macam lost. Niat aku balik Malaysia ni nak bertaubat tau. Tak nak dah buat benda haram semua tu. Itu kalau ibu ayah aku tahu, nama aku blacklist agaknya dalam senarai keluarga," seloroh Tengku Airis sekadar mahu mengurangkan rasa gusar di dalam hati.
Balqis mengangguk kecil. Benar apa yang dikatakan Tengku Airis. Mereka berdua sudah berazam tidak mahu terjebak lagi dengan semua itu.
"Habis tu macam mana ni?" soal Balqis sambil membelek kembali kertas-kertas di atas meja itu.
"Should we ignore? Tapi aku masih tak puas hatilah. Baran juga bila fikir balik."
"Baran? Aku lagi baran dengan kau ni. Pendirian tak tetap. Kalau nak cari, kita cari sampai dapat. Kalau tak, kita serahkan dekat pihak berkuasa je senang. Tak payah susah-susah fikir," ujar Balqis.
"Buat masa sekarang, kita diam je lah dulu. Risau kalau report polis, satu hal pula aku nak kena menjawab dengan ayah aku," kata Tengku Airis.
"By the way, kau dating eh dengan anak ikan kau tu? Bukan main sweet member siap tolong selamatkan lagi. Ah hati ku bergetar!"
Balqis menekup dadanya lalu menari kecil. Dia pula yang terasa rama-rama terbang apabila melihat CCTV kejadian yang melibatkan Tengku Airis itu.
Puk! Kaki Balqis dibawah meja ditendang sekuat hati.
YOU ARE READING
HER MAN [C]
RomancePrevious title : His Assassin Girl (Dalam proses editing dan publish balik) " No one can tame me, not even love - Tengku Airis Almas " "Some women like to be a man's last romance but not in my life. You are both, my first love and my last romance "...