"Kau betul nak tahu siapa aku?"
Garang dan kedengaran begitu dominan sekali suara yang dilontarkan membuatkan Dato Ibrahim semakin kecut perut.
Dia semakin mengundur ke belakang sehingga belakang badannya berlanggar dengan dinding.
Dato Ibrahim semakin tunduk menikus apabila lelaki muda itu menunduk kemudian memandangnya dengan pandangan yang begitu tajam sekali.
"Silap besar kau sentuh dia. Ingat nama aku sampai mati. Tuan Danial Firdaus. Itu nama aku."
Selesai berkata, satu tumbukan dilayangkan tepat pada wajah Dato Ibrahim.
"Argh!" jerit Dato Ibrahim begitu nyaring sekali. Tangan naik menekup pipi yang ditumbuk.
Bibir Tuan Danial terketap rapat menahan marah. Ikutkan hati, mahu saja dia habiskan lelaki tua yang tidak sedar diri itu dengan tangannya sendiri namun dia sedar, tidak berbaloi.
Tuan Danial menoleh ke belakang apabila kedengaran pintu bilik hotel tersebut dibuka dari luar.
Dia berdecit kecil melihat dua lelaki yang memakai pakaian hitam itu, tak lain tak
bukan pasti orang suruhan Dato Ibrahim."Habiskan dia!" arah Dato Ibrahim dengan penuh dendam. Rosak rancangannya mahu merosakkan Tengku Airis gara-gara lelaki muda itu.
Orang suruhan Dato Ibrahim yang muncul di hadapan bilik itu terus meluru laju ke arah Tuan Danial.
Mereka cuba melayangkan tumbukan namun gagal kerana Tuan Danial lebih cekap bertindak dengan menangkas lalu menendang kuat kedua-dua orang suruhan Dato Ibrahim tersebut sehingga mereka jatuh terduduk
Tuan Danial melangkah setapak ke hadapan lalu memijak kuat kaki kedua-dua orang suruhan Dato Ibrahim.
"Don't test me dude."
Tuan Danial memberi amaran serentak mengangkat kedua-dua kakinya lalu menendang dua lelaki tersebut sekali lagi sehingga mereka menjerit kesakitan
Dia menoleh belakang lalu kembali berjalan ke arah Dato Ibrahim.
Wajah Dato Ibrahim yang lega tadi kembali pucat.
"Kau jangan macam-macam dengan aku. Kau tak kenal lagi siapa aku. Aku boleh buat kau hilang semuanya," ugut Dato Ibrahim terketar-ketar.
Takut melihat wajah bengis yang ditayangkan Tuan Danial Firdaus.
" Go for it. Aku tak takut sebab aku bukan setakat mampu buat kau hilang kerjaya, aku boleh buat kau lenyap terus dari dunia ini."
Gerun Dato Ibrahim mendengar kata-kata itu.
Melihat orang tua itu terdiam, Tuan Danial terus melayangkan penumbuk ke arah perut boroi lelaki itu.
Dia menarik kepala lelaki tua itu ke atas dan dihentak ke dinding berkali-kali sehingga dia terkulai layu. Manakala dua pengawalnya tadi cuba untuk melarikan diri dengan kaki yang terjengket-jengket.
Tuan Danial tersenyum sinis.
"Dasar pengecut," desis Tuan Danial Firdaus perlahan.
Laju saja tangannya mencapai telefon bimbit di poket seluarnya lalu menghubungi seseorang.
"Kau hantar someone ke hotel keluarga aku. Nanti aku mesej nombor bilik. Tolong settlekan apa yang patut," arahnya sambil kakinya menendang Dato Ibrahim yang tidak sedarkan diri itu.
Dia terus pusing ke arah katil kemudian mencapai selimut tebal lalu menutup keseluruhan tubuh Tengku Airis dengan selimut yang diambil tadi.
Tubuh wanita itu terus dicempung keluar dari bilik tersebut.
YOU ARE READING
HER MAN [C]
RomancePrevious title : His Assassin Girl (Dalam proses editing dan publish balik) " No one can tame me, not even love - Tengku Airis Almas " "Some women like to be a man's last romance but not in my life. You are both, my first love and my last romance "...