BAB 14

5.5K 227 17
                                    

Di tengah keheningan malam, Tengku Airis mendirikan solat sunat dengan penuh khusyuk memohon petunjuk daripada Allah.

"Ya Allah, Aku memohon Engkau berikan jalan yang terbaik buat hambaMu ini. Sesungguhnya tiada tempat untuk aku memohon petunjuk dan pertolongan selain dari Engkau ya Allah. Aamiin ya rabal alamin."

Tengku Airis meraup kedua tapak tangan pada wajahnya. Lega sedikit hatinya setelah menunaikan solat sunat. Dia duduk termenung seketika di atas sejadah. Teringat perbualan bersama keluarganya di ruang tamu tadi.

FLASHBACK

"Princess okay? soal Tengku Razeef berhati-hati.

Kasihan juga dia melihat anaknya itu. Dia tahu gosip antara anak perempuannya itu dengan Tuan Danial masih berleluasa dan bahkan sudah sampai ke syarikatnya. Laju betul!

Tengku Airis mengukir senyuman kecil sekadar mengaburi mata keluarganya untuk menunjukkan dirinya dalam keadaan baik baik sahaja.

"Angah? Okay ayah," jawab Tengku Airis tenangz

"Betul? Kalau ada masalah bagitahu. Jangan simpan," sampuk Tengku Maleeka. Hatinya gusar melihat anak daranya satu itu. Tengku Airis nampak saja tenang di luar, di dalam hanya Tuhan saja yang tahu.

Tengku Airis mengeluh.

"Ibu ayah okay ke dengan apa yang terjadi?" tanya dia perlahan.

"Sepatutnya ibu ayah yang tanya angah tau. Sebab angah yang ada dalam situasi itu," balas Tengku Razeef.

"Angah tahu tapi maafkan angah ye ibu ayah sebab kan hal ini, ibu ayah terpaksa menanggung malu sekali."

Dia merasa serba salah dengan apa yang terjadi.

"Angah tenang. Ibu ayah okay saja. Kami lebih kenal anak kami ni macam mana," ujar Tengku Maleeka lebih kepada untuk menenangkan hati anaknya itu.

"Terima kasih ibu ayah sebab selalu jadi orang yang menenangkan hati angah."

Tengku Airis bangkit dari duduk lalu menuju ke arah orang tuanya yang duduk bertentangan dengannya dan memeluk mereka.

Sesungguhnya, mereka itulah harta dunia akhiratnya dia satu-satunya.

END FLASHBACK

Sekali lagi wajahnya diraup kasar. Dia berharap gosip murahan itu akan berhenti secepat mungkin. Dia risau akan keluarganya sahaja meski mereka mengatakan kepada dia kalau mereka baik-baik sahaja.

Ah, sulitnya!

Tengku Airis terus menekup perutnya yang berkeroncong. Tekaknya tiba-tiba teringin makan oden di Family Mart.

"Aduh buat hal betul lah. Dah malam kot ni," desisnya perlahan.

Dia mengerling jam di atas mejanya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.

"Bolehlah kot. Sempat lagi ni."

Dia terus bangun dari duduknya dan membuka telekung yang dipakai dan meletakkan di hanger. Dia mencapai hoodie berwarna hitam di dalam almarinya dan menyarungkan pada tubuhnya.

Dia mencapai kunci motornya. Lagi cepat daripada membawa kereta.

Tiba di bawah, ruangan bawah sudah gelap menandakan semua orang sudah masuk ke bilik masing-masing. Dia terus melangkah menuju ke pintu utama.

Berderum laju motornya keluar dari teratak keluarganya itu.

Sampai sahaja di Family Mart, dia terus membuat pesanan makanan dan minuman yang diingini bersama iaitu oden dan chocolate frape.

HER MAN [C]Where stories live. Discover now