Setelah dua minggu merehatkan diri setelah balik dari luar negara, Tengku Airis mula bekerja di syarikat keluarganya iaitu Raz Holding dan akan diperkenalkan kepada seluruh pekerja di syarikatnya itu.
Dia akan menggantikan posisi Tengku Razeef selaku pengarah di syarikat tersebut.
Abang sulungnya, Tengku Raziqin Syahir memilih untuk bekerja sebagai doktor di hospital terkemuka kerana tidak berminat dengan dunia perniagaan. Maka, dialah yang akan mewarisi jawatan Tengku Razeef.
"Assalamualaikum semua, seperti yang anda semua maklum, ini adalah anak perempuan saya yang baru saja kembali ke Malaysia, Tengku Airis Almas. Mulai hari ini, dia akan menggantikan posisi saya di dalam syarikat ini. Segala keputusan yang berkaitan dengan syarikat akan berurusan dengan dia selepas ini." ujar Tengku Razeef kepada semua staf.
Terdengar suara-suara yang berbisik memuji kecantikan Tengku Airis Almas apabila mereka semua melihat wanita itu. Dia yang mengenakan blouse lengan panjang berwarna putih dipadankan dengan seluar slack hitam serta rambut ikal mayangnya diikat satu yang menyerlahkan lagi kecantikkannya itu menunduk sedikit tubuhnya kepada semua staf.
"Good morning, everyone. I'm Tengku Airis Almas, I will start my duty on today and hopefully we will get along in future." ucap Tengku Airis, ringkas dan padat. Dia tidak suka bercakap banyak.
Kelihatan semua di situ hanya menganggukkan kepala mendengar pengenalan diri yang ringkas dari Tengku Airis.
"So, I think that's all. Everyone boleh kembali ke tempat masing-masing. Thank you."
Seusai Tengku Airis habis bicara, semua pekerja kembali ke department masing-masing.
"Amboi anak ayah, ringkas sangat tu." tegur Tengku Razeef bersama sengihan kecil.
"You know me, angah tak suka benda remeh temeh. Straight to the point, settled. Lagipun just nak perkenalkan angah saja kan. Anything, angah akan handle selepas ini." jawab Tengku Airis.
Tengku Razeef mengukir senyuman tipis. Ini yang membuatkan dia bersungguh meminta Tengku Airis menguruskan syarikat itu setelah sekian lama kerana dia tahu Tengku Airis orangnya sangat tegas dan mempunyai pendirian yang tetap.
"Anyway, good luck hari ini. Kalau ada apa-apa, boleh tanya ayah kalau ada yang tak tahu."
Tengku Airis hanya menganggukkan kepalanya.
Dia melihat jam di tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 7.00 malam. Dia mengerling ke luar bilik pejabatnya.
Kosong.
Semua pekerja sudah balik. Hanya tinggal dia seorang diri di bangunan ini.
Hari pertama bekerja dia sudah balik lambat. Banyak kertas kerja yang perlu disemak memandangkan syarikatnya itu mengambil banyak projek.
YOU ARE READING
HER MAN [C]
RomancePrevious title : His Assassin Girl (Dalam proses editing dan publish balik) " No one can tame me, not even love - Tengku Airis Almas " "Some women like to be a man's last romance but not in my life. You are both, my first love and my last romance "...