Matanya sudah melihat jam di tangan untuk yang keberapa kali dia pun tidak tahu. Tidak sabar ingin menamatkan perbincangan ini.
Hari ini dia ada meeting bersama clientnya Dato Ibrahim, pemilik syarikat yang sudah bertahun bekerjasama dalam projek sebelum ini di hotel milik keluarga Tuan Danial. Tidak sangka lokasi itu menjadi pilihan Dato Ibrahim untuk bertemu.
"Okay saya rasa itu sahaja. Selebihnya saya akan beritahu detail dengan lebih lanjut melalui email ya," kata Dato Ibrahim sambil melirik manja ke arah Tengku Airis.
Tengku Airis menarik nafas lega mendengarkan itu.
"Akhirnya! Habis juga!" desisnya dalam hati.Tidak betah dia lama-lama berada di situ kerana mata gatal Dato itu asyik melirik ke arahnya dari mula perbincangan sehinggalah ke akhir. Ini kali ketiga mereka bertemu atas urusan kerja.
"Terima kasih ya Dato. Saya harap projek ini berjalan dengan lancar," kata Tengku Airis dengan sopan.
Dia membawa nama syarikat keluarganya, jadi dia haruslah bersikap dengan lebih profesional.
"My pleasure. So you nak rush balik dah ke ni?" soal Dato Ibrahim.
Tunak matanya memandang Tengku Airis. Dia tidak sangka kalau pemilik syarikat Raz Holding mempunyai anak gadis yang begitu cantik sekali. Matanya menilik Tengku Airis atas bawah. Gadis itu memiliki tubuh yang begitu langsing. Otak Dato Ibrahim sudah menerawang jauh.
"Ya Dato. Saya ada urusan kerja di pejabat pula hendak diselesaikan."
Rimas dengan pandangan mata Dato itu. Bukan dia tidak tahu pandangan yang diberikan Dato tersebut.
"Why not kita lunch dulu? Dah berapa kali kita bertemu tak pernah lagi lunch bersama," pelawanya, cuba menahan Tengku Airis dari pergi. Tidak puas matanya memandang wajah itu.
Tengku Airis mengeluh dalam hati.
Serba salah pula Tengku Airis hendak menolak. Nanti dikatanya sombong pula.Demi menjaga nama baik syarikat dan ayahnya, Tengku Airis mengangguk tanda bersetuju untuk makan bersama.
Dato Ibrahim tersenyum lebar.
"Yes ini lah peluang aku," bisiknya dalam hati.
Matanya dilirik ke arah pengawal peribadi yang berdekatan dengannya lalu memberi isyarat yang hanya mereka saja yang tahu.
"Kita makan dekat sini saja lah ya. Sini pun makanannya quite sedap. Saya belanja."
"Baik Dato. Saya ikut sahaja," balas Tengku Airis tanpa nada.
"Jangan lah panggil Dato. Urusan kerja kita sudah selesai. You can call me by name," pinta Dato Ibrahim. Rasa tidak sedap pula telingannya mendengar.
"I prefer to adress you Dato." Ringkas Tengku Airis berkata.
"Nak aku panggil dia apa? Abang ke? Annoying," kutuk Tengku Airis. Wajahnya sengaja dimaniskan kerana tidak mahu terlalu ketara dia tidak suka kan lelaki itu.
Dato Ibrahim tersenyum sumbing. Tangan naik mengusap dagunya.
Wau tegas. Ini yang dia suka ini.
Setelah selesai memesan makanan, mereka hanya bersembang santai sahaja. Kebanyakannya Dato Ibrahim yang memulakan bicara.
Tengku Airis hanya mengiyakan saja dalam setiap perbualan mereka.
"Aduh time ini lah rasa hendak terkencing," getus Tengku Airis di dalam hati.
"Saya minta izin ke toilet sekejap."
Tengku Airis terus bangkit dari duduk. Dia tidak mampu lagi menahan.
YOU ARE READING
HER MAN [C]
RomancePrevious title : His Assassin Girl (Dalam proses editing dan publish balik) " No one can tame me, not even love - Tengku Airis Almas " "Some women like to be a man's last romance but not in my life. You are both, my first love and my last romance "...