BAB 5

5.9K 261 5
                                    

"Good morning  ayah, Ibu." sapa Tengku Airis yang sedang menuruni tangga itu,

"Morning princess, meh sarapan sekali." ajak Tengku Razeef yang sedang bersarapan berdua bersama Tengku Maleeka di meja makan.

"Adik mana?" tanya Tengku Airis sambil menarik kerusi dari meja.

Pelik, jarang melihat adiknya tiada di meja makan sekali waktu sarapan.

"Adik awal pagi lagi dah keluar, katanya ada event." beritahu Tengku Maleeka seraya menyisip air panas.

Dia mengangguk perlahan. Oh ya, dia baru teringat yang dia menemani Tengku Sarah mencari baju untuk pergi ke event hari ini.

"How's your work princess? Everything okay?" soal Tengku Razeef prihatin, bimbang Tengku Airis tidak mampu menguruskannya sendiri.

"Alhamdulilah setakat ni okay saja ayah cuma agak busy sikit sebab banyak kertas kerja perlu disemak memandangkan kebanyakan projek yang akan datang due date semakin dekat." balas Tengku Airis tenang.

"Anything jangan segan-segan tanya ayah kalau perlukan bantuan."

Tengku Airis melempar senyuman kepada Tengku Razeef. Risau benar ayahnya itu kalau dia tidak boleh menguruskan syarikat itu sendiri.

"Jangan risau, setakat ni Airis masih boleh uruskan sendiri lagi. Lagipun ada kak Mira dengan staf lain dekat sana yang boleh Airis tanya kalau ada masalah." jawab Tengku Airis.

Tengku Razeef menatap wajah Tengku Airis. Dia tahu, anak perempuannya yang satu itu sangat tenang orangnya walau dalam situasi apa pun kerana itu dia memberi kepercayaan kepada Tengku Airis menguruskan syarikat itu kerana dia tahu anaknya itu bukan jenis yang sembrono membuat kerja dan menguruskan sesuatu perkara.

"Oh ya, Airis hari ini boleh balik awal ke?" tanya Tengku Maleeka. Dia mencelah sekejap perbualan di antara ayah dan anak itu.

"Hm kalau tak banyak kerja, in sha Allah balik awal. Kenapa ibu?" soal Tengku Airis kembali.

"Malam ni, kawan lama ayah dengan ibu nak datang rumah. Baru semalam sampai dari London. Anaknya pun bukan siapa-siapa. kenalan arwah Am juga." beritahu Tengku Maleeka.

Berubah wajah Tengku Airis mendengar nama adiknya disebut oleh Tengku Maleeka.

Tengku Amir Fawwaz.

Insan yang sangat dirindui setiap masa. Sudah 5 tahun adiknya lelakinya itu pergi meninggalkan mereka sekeluarga.

"Princess, okay?" soal Tengku Razeef apabila melihat Tengku Airis hanya diam sahaja.

Tengku Airis tersenyum tipis cuba menyembunyikan apa yang dia rasakan dalam hati saat ini.

"Okay saja. Airis dah siap makan, nak pergi kerja dulu. Kalau kerja siap awal, Airis balik awal hari ini ya ibu. Terima kasih ibu untuk sarapan pagi ini, sedap sangat seperti biasa." tutur Tengku Airis dengan nada sopan.

Tengku Airis bangun menyalami kedua orang tuanya dan terus melangkah pergi mahu pergi kerja.

Tengku Maleeka yang mendengar bunyi kereta Tengku Airis itu melepaskan keluhan kecil. Dia tahu kenapa anaknya itu tiba-tiba berubah menjadi muram tadi.

Dia tahu bukan mudah untuk Tengku Airis melupakan kejadian 5 tahun yang lepas. Kejadian yang memberi kesan yang besar kepada Tengku Airis sehingga anak perempuan mereka itu hampir murung.

"Macam mana kita nak buat dia lupakan kejadian lalu itu abang?"

"Let time heal her darling. Bukan mudah mahu melupakan sesuatu yang buruk apabila terjadi depan mata. Kita tak ada dalam situasi dia ketika itu. Sakit kita sebagai orang tua kehilangan anak, sakit lagi dia yang harus menjadi saksi kematian adik sendiri di depan mata." ujar Tengku Razeef.

HER MAN [C]Where stories live. Discover now