Tengku Airis menghempas tubuh ke atas katil. Dia menghela nafas panjang.
Akhirnya boleh rehat santai di bilik setelah selesai melayan saudara mara yang sanggup datang ke rumah setelah tahu kepulangannya. Walau tidak suka macam mana sekalipun, dia harus menyantuni saudara maranya.
Tengku Airis bangun dari pembaringannya dan dudukd di birai katil. Matanya melilau melihat keadaan di biliknya. Masih sama seperti dulu. Tiada yang berubah.
Yang berubah hanya suasana di dalam rumah itu.
Ya, dia rindukan suasana yang dulu. Suasana dimana ketika dia sibuk menelaah buku di dalam bilik atau menonton movie, akan ada yang akan datang mengganggunya membuatkan bacaan dia terbantut.
Dia memejamkan matanya. Kejadian yang terjadi 5 tahun lalu kembali menerjah mindanya. Satu-satu terlayar di ingatannya.
"Aku akan pastikan kepulangan aku ini tidak sia-sia." Dia mengepal kedua tangannya. Sungguh, sakit bagi dirinya untuk menerima apa yang terjadi. Airmatanya mengalir tanpa dipinta.
Tok tok tok!
Tengku Airis mengerutkan keningnya. Mata dibuka perlahan. Tidak sedar bila dia terlelap tahu tahu saja dia sudah tertidur. Dia melihat jam ditangannya. Sudah pukul 5 petang. Nasib baik dia sudah menunaikan solat Zohor sebelum tertidur melayan perasaan.
"Angah oh Angah." Panggil Tengku Sarah yang berada di luar biliknya.
Tengku Airis bangkit dari baringnya dan melangkah menuju ke pintu.
"Hm kenapa?" soal Tengku Airis apabila pintu dibuka dari dalam.
"Sorry kacau angah rehat but I really need your help right now." Balas Tengku sarah sambil menguis kakinya antara satu sama lain.
"Tolong apa? selama ini elok saja adik buat sendiri. Ni tiba-tiba patah sayap terus kenapa?" soal Tengku Airis dengan wajah berkerut.
Tengku Airis menggelengkan kepalanya. Sudah dia duga adiknya yang satu ini. Memang tidak akan senang hati melihat dia ada di rumah. Pasti adiknya itu mahu mengajak dia ke suatu tempat.
Tahi lalat banyak sangat agaknya kat tapak kaki tu, asyik nak berjalan sahaja kerjanya.
"Ala, sekali sekala susahkan angah apa lah sangat kan." ujar Tengku Sarah sambil tersengih kecil.
Tengku Sarah hanya tersenyum menayang gigi putihnya melihat Tengku Airis menjegilkan matanya. Tengku Sarah tidak takut pun dengan jegilan kakaknya itu. Yang dia tahu, misinya harus dilaksanakan demi keamanan jiwanya yang sudah meronta dari beberapa hari yang lepas.
"Nak pergi mana?" tanya Tengku Airis dengan nada malas.
Tengku Sarah bersorak dalam hati. Ada peluang ini kalau angah bertanya macam itu.
"Nak pergi mall sekejap saja. Jom teman adik. Boleh tak angah? Please!" Tengku Sarah menghimpunkan kedua tangannya di hadapan Tengku Airis, berharap wanita itu setuju mahu menemaninya.
"Tunggu angah dekat bawah, angah nak bersiap kejap." kata Tengku Airis lalu menutup pintu biliknya. Dia turutkan jua permintaan Tengku Sarah. Tidak sanggup menghampakan adik sendiri.
Tengku Sarah yang melihat pintu bilik Tengku Airis tertutup rapat itu melompat kesukaan mendengarnya.
Yahooooo sayanggggggg angah!
Tengku Airis tercengang seketika.
Lah adik aku ni.Dia heret aku ke sini semata-mata untuk tengok mamat surgery ni ke?
Dia tahu betapa fanatiknya Tengku Sarah terhadap k-pop tapi dia tidak menyangka adiknya itu sanggup bersesak di shopping mall itu semata-mata untuk menghadiri fan-meeting group kpop itu. Apa teen tah, two teen ke? Eh lantak lah yang dia ingat teen je.
YOU ARE READING
HER MAN [C]
RomancePrevious title : His Assassin Girl (Dalam proses editing dan publish balik) " No one can tame me, not even love - Tengku Airis Almas " "Some women like to be a man's last romance but not in my life. You are both, my first love and my last romance "...