Bang!
Bang!
Bang!
"Last shot!"
Bang!
"Fuh, nasib baik skill masih ada."desis Tengku Airis perlahan. Dia meletakkan pistol yang dipegang lantas membuka kaca mata pelindung yang dipakai.
Terdengar sorakan kuat datang dari belakang. Tengku Airis mengherotkan bibirnya ke atas memandang Balqis yang bertepuk tangan sambil melompat kecil.
Tak sah kalau tak kecoh minah ni!
"Power, power! You still got the groove eh, Nice!" puji Balqis sambil memandang tidak lepas ke arah Tengku Airis.
"Boleh lah tapi masih nak kena asah lagi. Maklumlah dah lama letak jawatan pegang pistol." balas Tengku Airis tidak beriak.
Walaupun dia sudah meninggalkan dunia 'keduanya' itu, skill menembaknya masih perlu diasah lebih dalam lagi.
Semenjak kejadian dia diserang di syarikatnya itu, dia semakin bertekad untuk mengasah kembali 'parang' yang hampir tumpul.
"Penembak paling top kot, memang tak ada tandinganlah." ujar Balqis sambil menepuk lembut bahu Tengku Airis yang melabuhkan duduk di sisinya.
Balqis tahu tentang dunia kedua Tengku Airis itu kerana mereka pernah bekerjasama dalam melaksanakan misi yang diberi. Tidak perlu diragui lagi kehandalan Tengku Airis dalam menembak.
"Itu dulu. Aku dah lama cuci tangan" Tengku Airis bertekad untuk meninggalkan pekerjaan keduanya itu sebaik saja dia kembali ke Malaysia. Masak dia kalau keluarganya tahu tentang itu.
Tengku Airis meneguk minuman yang terhidang di hadapannya. Dia mengangkat kening apabila Balqis memandang dia.
"Tengok apa? Dah jadi geng pelangi ke tengok aku macam tu sekali?" tembak Tengku Airis selamba.
Balqis membuat muka geli. Geli-geliman. Minta dijauhi.
"Minta simpang ya. Kalau aku jadi geng pelangi sekalipun, kau termasuk dalam list paling bawah tau. Tak kuasa aku nak hadap orang beku macam kau. Tak romantik langsung. Aku ni suka orang yang romantik. Barulah sweet." bidas Balqis dengan mimik muka yang menyakitkan hati.
Tengku Airis hanya mengangkat bahu. Dia tidak ambil hati sedikit pun dengan kata-kata Balqis itu.
"Jadi yang kau pandang aku tu kenapa? Kau nak tanya apa?" tanya Tengku Airis lagi. Dia mengambil tisu di dalam begnya lalu menyeka wajahnya yang mula berpeluh.
"Dah kenapa pula tiba-tiba terasa panas dalam ini?" getus Tengku Airis dalam hati.
"Aku nak tanya pasal mamat pantun dekat pantai hari itu." Terhenti tangan Tengku Airis yang sibuk menyeka peluhnya ketika mendengar pertanyaan yang dilontar oleh Balqis.
" Kenapa dengan dia?" soal Tengku Airis tanpa nada.
"Kau kenal dia ke? Kenapa gaya dia tu macam dah lama kenal kau saja ke aku salah?" tanya Balqis sambil mengecilkan matanya memandang Tengku Airis.
Semenjak pulang dari healing bersama Tengku Airis lagi persoalan itu bermain di fikiran Balqis. Kepoh? Ya, dia memang kepoh sebab dia tak pernah tengok ada lelaki yang berani menyapa Tengku Airis yang garang seperti singa dan beku itu.
" Budak tak matang tu? Dia kawan arwah Amir rupanya. Aku pun tak kenal dia siapa sebelum ni." jawab Tengku Airis malas.
Balqis menekup mulutnya memandang Tengku Airis.
"Lah! Set-set anak ikan rupanya test kau ni."
Laju tangan Tengku Airis membaling tisu ke arah Balqis apabila kawannya berkata begitu.
YOU ARE READING
HER MAN [C]
RomancePrevious title : His Assassin Girl (Dalam proses editing dan publish balik) " No one can tame me, not even love - Tengku Airis Almas " "Some women like to be a man's last romance but not in my life. You are both, my first love and my last romance "...