BAB 3

6.9K 301 11
                                    

Tengku Airis melihat satu persatu buku-buku yang ada dihadapannya sementara menunggu Tengku Sarah selesai kelas. Hampir 30  minit juga dia berada di kedai buku.

Ni semua angkara Tengku Sarah. Tiba-tiba sahaja ingin mengajaknya menonton wayang, katanya nak tengok cerita Polis Evo 3.

Kalau tidak, jangan harap lah dia nak jejakkan kaki ke mall seorang diri. Dia lebih rela duduk di rumah, menghabiskan masanya dengan membaca buku-buku yang belum habis dibaca di biliknya itu.

Dia mencapai satu buku yang telah menarik perhatiannya itu di rak dan dibawa ke kaunter pembayaran.

"RM 20.00" kata pekerja di kedai buku itu.

"Pakai kad boleh tak dik?" tanya Tengku Airis.

Tengku Airis menyeluk poket seluarnya apabila pekerja tersebut mengangguk kecil. Aik? Mana beg duitnya? Ah sudah. Jangan cakap tertinggal dalam kereta.

Hari ini dia merasa malas mahu membawa handbeg jadi dia membuat keputusan untuk membawa kad holder saja. Lebih mudah dan ringan.

"Oh my god." keluhnya perlahan. Malasnya hendak berpatah balik ke parking kereta. 

"Sekejap ya dik, beg duit saya tertinggal. Sekejap lagi saya datang balik"

Pekerja di kaunter itu menganggukkan kepalanya.

Tengku Airis terus keluar dari kedai buku tersebut. Dia mengorak langkah laju menuju ke keretanya untuk mengambi kad holdernya. Memandangkan dia pergi ke shopping mall pada hari bekerja, kawasan parking di situ agak lengang.

Ketika dia sedang berjalan menuju ke keretanya, dia terdengar suara riuh seperti orang yang sedang bergaduh. 

"Takkanlah nak gaduh dekat park pula?" bisiknya perlahan. Dia meneruskan langkah. Apabila dia semakin menghampiri keretanya, bunyi riuh itu semakin dekat.

Dia menoleh ke kiri memandangkan bunyi riuh itu datang dari arah kereta. Keningnya terjungkit ke atas melihat senario yang sedang berlaku di depan mata.

Memang benar ada orang sedang bergaduh. Dia cuba untuk mengabaikan kejadian di depan mata dengan meneruskan langkahnya tetapi niatnya terbatal apabila dia melihat mangsa yang dibelasah itu terbaring lemah di lantai.

"Hoi!" Jerit Tengku Airis.

Dia berjalan dengan penuh elegan mendekati sekumpulan lelaki berpakaian merah yang menyerang lelaki yang terbaring itu

Terhenti semua perbuatan sekumpulan lelaki itu apabila disergah kuat oleh Tengku Airis. 

"Kau siapa? Jangan sibuk masuk urusan kitaorang." bentak lelaki yang memakai topi hitam. Tengku Airis mengagak lelaki itu mungkin ketua di antara mereka.

"Bakal mak tiri kau. As you know, sini tempat parking, bukan tempat bertinju tau. Kot-kot lah otak kau agak lembab sikit tak tahu tempat yang sesuai untuk menunjukkan kehebatan kau tu" balas Tengku Airis selamba. Sedikit pun dia tidak gentar berhadapan dengan lelaki-lelaki itu.

"Hei perempuan, kau jangan nak banyak bunyi. Kalau dah perempuan tu, buat cara perempuan. Jangan nak masuk campur dekat sini. Kauorang settlekan perempuan itu. Banyak cakap pula perempuan ini." arah lelaki bertopi hitam itu kepada dua lagi lelaki yang ada di situ untuk menyerang Tengku Airis.

Tengku Airis tersenyum sinis. Dia mematahkan jari-jemarinya. Pantang betul dia kalau ada lelaki yang cuba merendahkan perempuan.

Dia melihat dua lelaki itu sedang mara ke arahnya. Ah cantik. Dia pun sudah lama tidak 'berolahraga'.

"Boleh lah ni kira halal malam nanti tak payah bersenam." getusnya perlahan.

Apabila salah seorang daripada mereka tiba di hadapan Tengku Airis, lelaki itu cuba menghayunkan penumbuk ke arah Tengku Airis namun Tengku Airis berjaya mengelak. Dia menangkap tangan lelaki itu,  dipulas kuat lalu dibawa ke belakang badan lelaki itu.

HER MAN [C]Where stories live. Discover now