BAB 16

4.7K 215 8
                                    

Puas diselak satu persatu helaian surat khabar yang dipegang. Tiada topik sensasi yang menarik perhatiannya untuk dibaca. Dia mengerling jam di dinding.

"Aik, mana diaorang ni? Lama sangat keluar," getusnya di dalam hati.

Hari ini dia tidak menemani adiknya itu keluar berjalan-jalan kerana kepenatan balik daripada kerja tidak hilang lagi. Dia sampai di rumah pukul 7 pagi. Nasib baik mood adiknya itu baik hari ini. Jika tidak, nak tak nak terpaksa lah diikut kehendak adiknya yang selalu mengajaknya untuk keluar.

Kedengaran bunyi hon kereta berbunyi di halaman rumah menandakan mereka sudah sampai. Dia menggelengkan kepalanya. Ni tak lain tak bukan mesti kerja adiknya itu. Dia menunggu sahaja kehadiran mereka di sofa sambil baring santai.

"Abang!!!" Tengku Arifin menutup telinganya. Hampir pekak telinganya mendengar jeritan itu.

Buk!

Terasa berat tubuhnya apabila adiknya itu melompat ke atas tubuhnya. Sabar saja lah.

"Abang." Trsenyum ceria wajah gadis kecil dihadapannya itu.

"Amboi, ceria saja adik abang ni." Tengku Ayra tersengih menayangkan giginya mendengar kata-kata abangnya itu.

"Happy, kakak cantik."

Berkerut kening Tengku Arifin mendengar.

"Happy? Kakak cantik? Adik tengok movie ke tadi?"

Tengku Ayra menggelengkan kepalanya.

"Hukan. Happy. Kakak cantik!" Jerit Tengku Ayra teruja.

Tengku Arifin menoleh ke arah Mak Som yang sedang membawa barang dibantu oleh pemandu di rumahnya itu.

"Mak Som, Ayra cakap apa ini? Happy? Kakak cantik? Saya tak faham," soal Tengku Arifin. Rambut adiknya dielus lembut.

Mak Som tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala melihat tingkah Tengku Ayra yang teruja bercakap tentang gadis yang mereka temui tadi.

"Tadi, Tengku tantrum sekejap dekat Supermarket. Ada seorang perempuan ini tolong tenangkan Tengku. Elok je dia dengar kata perempuan itu. Siap dipeluk perempuan itu. Terkejut juga Mak Som."

Panjang lebar Mak Som memberitahu situasi tadi kepada Tengku Arifin.

"Adik? Peluk orang? Yang dia tak kenal?" soal Tengku Arifin dengan nada tak percaya.

"Ya Tuan. Kami yang ada dekat sana tadi pun terkejut juga tengok," jelas Mak Som lagi.

"Adik ada peluk siapa tadi?" tanya Tengku Arifin pula kepada Tengku Ayra, ingin mendapatkan kepastian walaupun adiknya itu istimewa tapi kefahamannya agak bagus cuma dalam pertuturan sahaja agak kurang sikit.

"Kakak cantik, hug."

Sekali lagi, tersenyum lebar bibir Tengku Ayra teringatkan kakak cantiknya itu.

"Adik, no more hug orang yang tak dikenali okay. Bahaya," pesan Tengku Arifin. Tengku Ayra terkebil-kebil mendengar pesanan abangnya itu.

Dia hanya mengabaikan kata-kata abangnya itu lantas merebahkan diri di atas sofa. Kepenatan berjalan bersama Mak Som tadi.

Hampir 20 minit Tengku Airis tersadai menunggu di ruangan menunggu di panggung wayang.

Orang yang dinanti masih belum tiba. Panas sudah punggungnya duduk saja dari tadi. Janji pukul 11 pagi sekarang sudah pukul 11.20 pagi tapi masih tidak muncul.

"Hei sotong ni. Ni bukan janji melayu dah ni," omelnya sendiri.

Hari ini dia ada 'date' dengan sepupunya, Tengku Luqman. Mereka berjanji untuk bertemu di Aeon untuk menonton wayang bersama memandangkan mereka sudah lama tidak lepak semenjak Tengku Luqman sibuk ulang alik dari London ke Malaysia.

HER MAN [C]Where stories live. Discover now