BAB 19

5.3K 216 18
                                    

Dia terkedu.

Lamaran jenis apa ini?

Bukan ke kalau dalam drama, orang  melamar ada bunga, candle light dinner?

Ini apa miska? Sudahlah di dalam bilik hotel, dengan penampilannya yang serabai baru tersedar dari pengsan.

Tengku Airis berdeham, cuba menghilangkan rasa debar yang bertamu di hati.

" Dah kau jangan merepek. Aku nak balik, dah lewat sangat ini!"

Dia mengengsot ke tepi katil, tidak dia peduli lelaki itu yang berdiri tegak di hadapannya macam tiang bendera.

Tengku Airis melangkah selamba ke pintu. Tuan Danial memincingkan matanya lalu mengejar langkah kaki wanita itu.

"Not until you give me the answer my baby cuantiksss," bisik Tuan Danial perlahan di telinga Tengku Airis.

Tangannya menghadang pintu menghalang wanita itu keluar dari bilik.

Tengku Airis mengurut perlahan dadanya dek kerana terkejut. Sejak bila lelaki itu mengekori dia sampai ke pintu?

"Eh kau ni. Jangan dekat-dekat lah! Shuh shuh pergi sana!"

Dia menepis tangan lelaki itu. Nasib baik lekaki itu mengenakan kemeja lengan panjang, beralas juga lah tangannya mahu menepis.

Sebenarnya dia menepis kerana lebih kepada ingin mengelak rasa berdebar dengan tindakan lelaki itu.

"Answer me first then you can go back."

Tengku Airis menggulingkan matanya ke atas. Rimas pula dia dengan budak mentah itu.

"Kau nak ke tepi atau nak aku tendang kau?"

Geram pula dengan lelaki itu. Sudah lah tubuhnya terasa penat. Tanpa pedulikan Tuan Danial, dia membuka pintu bilik ingin keluar tapi ditahan semula oleh Tuan Danial.

Tuan Danial menarik baju belakang Tengku Airis sehingga terdorong ke belakang mengakibatkan mereka berdua berpelukan sementara pintu sudah terbuka.

"Astaghfirullalhazim!"

Terangkat wajah mereka berdua ke arah pintu. Tuan Darius!

Terkulat-kulat mereka berdua dibuatnya. Tidak sangka akan adanya Tuan Darius di situ.

"Aduh habislah!" jerit Tengku Airis dalam hati.

Tengku Airis terus menepis tangan Tuan Danial yang memeluk pinggangnya dari belakang.

"Kamu berdua, ikut abi sekarang!"

Tuan Darius memandang Tengku Airis dan Tuan Danial  silih berganti. Suruh kahwin bukan main tak nak, lepas tu tiba-tiba berpeluk bagai.

Pasrah dengan keadaan, mereka hanya menurut perintah dengan mengikuti langkah Tuan Darius yang sudah ke depan.

"Satu satu lah masalah," getus Tengku Airis di dalam hati. Sempat dijeling lelaki di sebelahnya itu.

"Boleh pulak buat muka macam tak bersalah ya!" bentak Tengku Airis dalam hati manakala Tuan Danial hanya menayang riak selamba.



Tengku Airis berdiri tegak di tangga. Matanya sibuk melihat persiapan yang dibuat di ruangan bawah.

Dia melihat orang-orang di bawah begitu sibuk ke sana sini. Mereka sedang menyusun dan membuat dekorasi agar kelihatan cantik dan meriah untuk persiapan.

Persiapan apa? Persiapan pernikahannya yang akan berlangsung dua hari tidak lama lagi.

Tengku Airis melepaskan keluhan kecil.

HER MAN [C]Where stories live. Discover now