1

927 17 6
                                    

"FINALLY WE'RE DONE AND DUSTED!" Laung gadis dengan ketinggian 163cm itu seraya dia melangkah keluar dari Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya

Lekas gadis itu mencapai beg galasnya sambil melihat wajah rakan-rakan sekelasnya. Hmm semua muka seposen je ni mesti banyak main tembak tembak tadi ni.

"Eh Ayra kau ni happy semacam je, soalan senang sangat ke tadi?" Soal Diana merangkap rakan karib Ayra. Sepanjang pengajian Ayra di universiti terkemuka ini memang mereka tak ubah seperti belangkas kemana saja bersama-sama.

Nasib baik ke tandas berasingan, kalau tak sah mereka akan dilabel penyokong bendera pelangi.

"Tak lah aku main baca jampi je tadi beb. Kau tak nampak? Aku sempat kira berapa banyak mentol kat dalam dewan tadi tau" Seloroh Ayra sambil tertawa sendirian. Terhibur dengan lawak sendiri.

"Kau ni, kau punya kira mentol tu sebab dah siap kan? Acah macam tak tahu nanti kau dapat dekan siap kau!" Bentak Diana sambil berjalan meninggalkan perkarangan dewan peperiksaan tersebut.

"Kau kalau peform exam ni, memang kau belanja aku kfry. Tak payah buat muka tak study kau kat sini nyah kau shuh"

"Alahh kau ni Diana aku janji kalini pointer aku mesti tak sampai 3.8 punya la. Aku memang tembak tadi tak sempat pakai scope nyah" Yakin Arya berkata kepada Diana dengan muka bersungguh-sungguh

Diana hanya mencebir bibir sambil membuat muka bosan. Yela dia punya tak pakai scope la tembak la apa la tahu tahu je nanti naik pentas dapat sijil dekan. Kenal sungguh dengan sahabatnya yang satu ini.

Bijak tapi otak seminit!

"Eh Ayra jom pergi He&She. Kak Ariana dah tunggu kat situ dia ajak lepak sekali." Ajak Diana kepada Ayra sambil matanya masih tertumpu pada telefon bimbitnya.

"Aku on! Lepas habis paper kita kena healing. Jomla pau kak Ariana" Balas Arya laju. Semangat betul nak jumpa kak Ariana dia.

Ariana Fatma, merupakan seorang rakan sebilik mereka yang boleh dikategorikan rapat. Dikenali sebagai tiga abdul versi perempuan oleh salah seorang housemate mereka. Walaupun usia kak Ariana adalah 2 tahun lebih tua daripada mereka, namun perangai semeberononya sama aras sahaja.

Tiga-tiga otak senget bila bersama.

Selangor Turf Club. Kelihatan seorang jejaka tinggi lampai sedang mengikat tali stirrup kepada kuda betina bewarna hitam dihadapannya. 

"Hey Kamelia, buat baik baik ok harini?  Kau behave aku bawak kau keluar negara ni nanti okay?" Kata jejaka itu kepada mahluk berkaki 4 dihadapannya sambil menggosok badan kuda hitam kesayangannya itu.

"Woi Aidan, jomlah dah pukul berapa ni! Sudah-sudahla tu berasmara dana dengan kesayangan kau." Laung Qabil, rakan seperjuangan Aidan dalam sukan berkuda yang diceburinya sejak remaja lagi.

"Ha okay kejap" Sahut Aidan bersahaja. Matanya masih tertumpu kepada Kamelianya sahaja.

"Let's go my rockstar" Gumam Aidan sambil dia memanjat ke atas haiwan mamalia tersebut. Usai melabuhkan punggungnya ke atas saddle yang dilapik dengan dressage dimana terdapat ukiran namanya di situ, Aidan memukul lembut belakang badan kuda tersebut mengarahkan tunggangannya untuk mula bergerak.

Pelbagai aksi lompatan dan larian telah dilakukan oleh Aidan pada sesi latihan berkuda di kawasan lapangan latihan di Selangor Turf Club pada petang itu.
Tidak melebih jika jurulatih pasukan berkuda mereka yang diberi nama Sotogrande berjaya mencuri tumpuan kerana kecekapan dan ketangkasan Aidan dan kawan-kawannya sehingga mereka dipilih untuk mewakili Malaysia dalam sukan SEA akan datang.

"Aaaahh panasnya Malaysia!" rungut Daniel, sambil mengibas bajunya dengan sebelah tangan. Daniel merupakan salah seorang anggota Sotogrande yang turut bakal mewakili negara bersama dengan Aidan kelak.

"Kau ni Niel terang terang kau baru lepas bagi kulit kau makan vitamin c, sah sah la berketibas ketisam semua ada. Kalau tak panas bukan Malaysia la der" balas Qabil sambil mencabut peralatan yang ada di kudanya.

Tergeleng kepala Aidan melihat perangai dua sahabatnya yang sedang berceloteh itu. "Itu la kau, siapa suruh masuk sukan kena berjemur macam ni. Lain kali pilih la sukan yang boleh duduk bawah aircond." balas Aidan sambil mencabut sarung tangan sambil mengepit topi keselamatan berkuda di lengannya.

Aidan menggosok rambutnya yang basah akibat peluh dek kerana cuaca bahang ketika ini kemudian merapikannya dengan jari-jemari runcingnya.

"Uuuu main character moment sangat abe dan" usik Daniel sambil bersiul kepada Aidan. Sengaja. Suka melihat muka kosong Aidan yang satu itu. Aidan hanya menjeling sahabatnya seraya berjalan meninggalkan Daniel yang masih belum berganti kasut but kepada kasut biasa itu.

Bahu Qabil ditepuk Aidan dan isyarat mata diberikan. Serentak mereka meninggalkan Daniel yang masih melerai ikatan kasut butnya.

 "Aduh Aidan, Qabil tunggu aku, kita lepak mamak dulu!" laung Daniel. Kalut-kalut dia memakai kasut kasualnya. Takut kena tinggal, dia hanya memijak belakang kasutnya. Tak pakai betul-betul nak jalan dengan member punya fasal.


Macam tibe ja SKSKSKS
Kitonyo manjo. Mohon Complain

24/7/23

EquestrianWhere stories live. Discover now