"ARE YOU SURE AIDAN?" soalnya tak percaya. Mata masih membulat memandang pintu masuk yang gah berdiri di hadapannya kini.
"Yeap. 172%" jawab Aidan dengan penuh yakin. Bonet kereta ditutup sebelum beg yang diisi baju digalas.
"Jom" Aidan menarik tangan Ayra mengajak isterinya untuk masuk ke dalam. Tak sampai sesaat tautan tangan mereka dilepaskan oleh Ayra. Aidan berpaling memandang Ayra dengan riak bertanya.
"Nanti umi marah macam mana?"
"Tak punya. Umi mana tahu kita datang sini. Jomlah, kita enjoy je dalam ni" pujuk Aidan.
"Tapi umi suruh kita pergi Bali kan untuk honeymoon? Ini... honeymoon apa kat tempat macam ni" soal Ayra agak sangsi dengan keputusan suaminya untuk datang ke tempat sebegini.
"Alah jom je la. Kalau kau tak bagitahu, umi dengan abi takkan tahu punya. Orang lain pun takkan tahu punyalah!" serentak itu Aidan menarik tangan Ayra mengheretnya masuk ke dalam.
"Awak yakin ni tak apa apa masuk tempat macam ni?" soal Ayra risau.
"Ish kau ni. Tak ada apa-apa punya. Kau percaya aku tak?" tanya Aidan di hadapan kaunter tiket. Ayra hanya angguk dengan riak kosong.
"Good enough. Kak tiket dewasa dua" jari telunjuk dan jari hantu diangkat.
"Tiket dewasa dua ye kak" Ayra berpaling apabila mendengar suara seseorang. Terus saja tangannya menarik baju Aidan di hadapan.
"Kenapa? Nah tiket pakai ni kat tangan kau" Aidan berpusing seraya menghulurkan seutas gelang plastik buat Ayra.
"Tu" mulut Ayra memuncung. Laju saja Aidan turut melihat arah yang ditunjukkan oleh si isteri. Nak terbuntang matanya melihat gerangan yang sedang membeli tiket di kaunter sebelah.
"Damn" segera Aidan menarik lengan Ayra hendak berlalu pergi dari kawasan kaunter tiket. Sedaya upaya Aidan cuba menyorokkan wajah mereka berdua.
"Aidan?"
"Ayra?"
Kejung badan mereka berdua mendengar dua suara menyeru nama mereka. Tangan yang menutup muka direndahkan perlahan-lahan.
AIDAN FATHI buat muka toya apabila diugut oleh dua manusia di hadapannya. Rosak plan nak dating!
"Itu lah kau, mak kau suruh pergi honeymoon kau datang sini siapa suruh? Kan dah kena tangkap kering dengan kami berdua" Daniel senggol bahu Diana yang sibuk masukkan telefon pintarnya ke dalam bekas plastik lut sinar.
Diana pula hanya endah tak endah, yang penting boleh main air.
"Mana la aku tahu korang berdua nak dating kat sini. Dalam banyak-banyak waterpark dekat Malaysia ni, apasal korang datang Sunway Lagoon?" cebik Aidan tak puas hati.
"Coyy mulut kau dating! Kitaorang keluar jalan-jalan je" laju Diana nafi hubungan istimewa dia dan malaun senget si Daniel.
"Entah aku rasa nak main air dengan yayana aku. Aku ajak la datang sini. Kau tu, patutnya pergi Indonesia kan? Apasal kat sini? Nak jadi tanggang?" bukan Daniel tak tahu Puan Aisyah dan Encik Tarmizi menyuruh dua pengantin ini untuk berbulan madu di negara jiran. Tup tup eh ada kat sini pula.
"Bosan la honeymoon je kena romantik macam tu. Baik honeymoon main macam ni kan lagi best. Kan sayang kan?" Ayra hanya mengangguk penuh semangat. Tak kisah langsung dengan panggilan Aidan terhadapnya. Depan orang kan, takkan nak malukan suami. Gitu!
"Sekarang ni, kita double date jelah. Boleh main vuvuzela!" cadang Aidan.
"Tapi! Kau janji jangan report umi aku eh"
YOU ARE READING
Equestrian
Romance"Aku cabar kau Ayra." "Masalahnya, cabaran kau ni mengarut Aidan Fathi!" "Kau penakut Hasya Ayrana." "OK FINE ! Aku setuju. Kita kawin." Tak terlintas dek fikiran seorang Hasya Aryana yang berkepala batu bahawa dia akan tinggal sebumbung bersama seo...