12

268 8 3
                                    

"Aduh macam mana ni? Tuan Aidan tak balik lagi" luah Farhan gelisah. Farhan, salah seorang horse keeper yang diupah Aidan untuk menjaga Kamelia sepanjang ketiadaannya.

"Kita panggil vet jela nak buat macam mana lagi" balas Qabil tenang sambil menggosok badan Kamelia yang sedikit susut itu. Tak cantik dah dia hmm.

"Tak apa ke hantar dia dulu baru bagitau Tuan Aidan?"

"Tak apa kot, janji Kamelia selamat"

"Okay kejap aku start float bawak datang sini" laju sahaja Farhan berlari. Kalut sungguh nak Kamelia tak sihat.

"Tak payah la. kau call doc bertugas je. Nanti aku bagitau Aidan" Balas Qabil mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar Kamelia yang makin kurus itu.

"Kau rindu tuan kau eh? Sampai taknak makan langsung. Mengada macam tuan kau juga ya kau ni" Qabil menepuk perlahan bahagian hadapan muka Kamelia lalu digosoknya dengan lembut.

"Sabar la sikit, tuan kau angau nak bawak balik mak baru dekat kau. Jangan sakit macam ni, tak tenang mamat tu kat sana"








"Ahhhh letihnya harini!!" rungut Ayra sambil meregangkan tangannya ke atas dan kebelakang. Aksinya diperhati oleh Adila yang turut melepaskan keluhan berat. Letih!

"Wasup Rara!! Dah habis ke rumah ni?" tegur Daniel tiba-tiba dari belakang. Jari telunjuknya dihalakan ke sebuah rumah yang sudah nampak sedikit bersih daripada lumpur.

Terkejut, spontan Ayra menjauhkan sedikit badanya daripada Daniel. Jarinya dipatah-patahkan. Gemuruh.

Riaksi yang diberikan oleh Ayra membuatkan Daniel menjungkitkan sebelah keningnya. What was that? Daniel cuba mengintai wajah Ayra namun tidak berjaya apabila dia menundukkan kepala menekur lantai. Aneh..

"Ha haah rumah ni dah siap dah kitaorang dua cuci sampai dalam. Cuma peti sejuk dia tak boleh on la. Boleh tengokkan?" balas Adila menggantikan Ayra apabila muka Ayra sudah pucat. Terkejut betul barangakali?

"Em boleh la kejap aku pergi ambik tools" Daniel berlalu pergi sambil memikirkan kejadian tadi. Rara tak macam ni selalunya. Aku ada sergah dia pegang pegang ke tadi? Hmm macam tak ada.

Daniel mengangkat bahu. Lantak la bukan crush aku pun, nanti aku korek jela dengan Diana apa susah. Muehehe

"Niel, nak kemana tu?" laung Aidan yang sedang bermain teng teng dengan beberapa orang kanak-kanak. Ish dengan kotor lumpurnya, ada patut pergi main dengan budak.

"Repair peti ais!!" balas Daniel sambil mengangkat kotak tools yang diambilnya tadi. Kepalanya ditelengkan ke kanan sedikit, tanda 'jomlah'

Namun Aidan Fathi tetaplah Aidan Fathi. Nak harap dia menolong orang? Umpama air besar sampan tak hanyut saja. Memang mustahil!







(Play la lagu kat atas tu untuk part ni)

"Haih dah la Akif, abang letih dah ni melompat" keluh Aidan penat. Memang penat okay main dengan budak-budak! Lutut dah lembik dah ni melompat teng teng dari tadi.

"Alah abang ni, baru round ke 6" juih Medina, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun. Sempat dia buat sesi perkenalan tadi semua kelima-lima mereka Aidan dah kenal.

"Abang sambung main lagi la nanti Adam sedih" pinta Akif sambil mengoncang lengan Aidan menyebabkan Aidan menghembuskan nafas berat.

"Akif main dengan Medina dan Aisya dulu ya? Abang nak pujuk Adam" Aidan menggosok rambut Akif sambil tersenyum.

"Adam, Adam taknak bagitau abang lagi ke kenapa Adam sedih?" pinta Aidan lalu dia duduk bertinggung untuk bertentang mata dengan kanak-kanak itu.

"Kenapa abang nak tahu sangat sebab Adam sedih?" perlahan sahaja Adam bertanya

EquestrianWhere stories live. Discover now